11 June 2022

KISAH BENAR: HIBAH, HARGA UNTUK SATU KECURANGAN

 


Tarikh kejadian : 09/06/2022 

Pada tarikh diatas, saya telah menerima panggilan dari seorang datin katanya untuk membuat hibah diatas nama suaminya yang bergelar dato. Katanya, beliau mendapat no telefon adalah dari sahabatnya yang juga pernah mengambil hibah dengan saya satu ketika dahulu akan tetapi tidak menyebut nama kawannya itu. Kisah ini adalah kisah benar dan saya tidak sabar untuk mencoretkan didalam blog sebagai bacaan umum. Beliau juga telah mengamanahkan kepada saya untuk menyebarkan kisah ini utk pedoman semua. Beliau juga mengamanahkan saya untuk menggunakan nama sebenar suaminya iaitu Dato Che Azman. 

Apabila bertemu dengan beliau pada malamnya, dia nampak tenang dan menyatakan hasrat untuk mengambil simpanan diatas nama suaminya dan nama datin tersebut sebagai penerima hibah. Lantas, dia menunjukkan satu set document yang menyatakan jumlah duit didalam akaun suaminya yang berjumlah tidak kurang dari RM1 juta secara total. Datin berkenaan menyatakan hasrat untuk mengambil hibah diatas nama suaminya dan meletakkan namanya sebagai penerima hibah. Jumlah hibah yang diperlukan adalah RM1 juta !!! 

Tanpa banyak bicara, saya terus membuat quotation dihadapan beliau sbb saya tiada maklumat awal berkenaan suaminya memandangkan pertemuan ini adalah secara drastik. Sedikit maklumat berkenaan dengan profile dato berkenaan 

  • Nama Suami            : Dato Azman Che Azman
  • Umur                        :45 tahun,
  • Pekerjaan                  :business man
  • Merokok atau tidak  : Merokok
  • sukan                        : aktif dalam golf dan marathon

Setelah siap quoataion tersebut, saya menunjukkan kepada beliau. Secara ringkasnya adalah seperti dibawah:- 


Setelah melihat quotation diatas yang telah saya terjemahkan didalam sale tool, terus saya terangkan kepada datin berkenaan secara terperinci Perinciaannya adalah seperti dibawah:- 

  1. Premium athunan yang diminta oleh datin tersebut adalah RM100,000.00 
  2. Mode of payment : tahunan 
  3. Policy term : Untuk package ini, perlindungan insurance yang diberikan adalah untuk 20 tahun sahaja 
  4. Payment term : datin tersebut memilih untuk pembayaran ditolak dari akaun suaminya utk 10 tahun 
  5. Utk pembayaran 10 tahun, jumlah death coverage adalah sebanyak RM3,347,000.00
  6. package ini akan menjadi wave atau tidak perlu bayaran sekiranya dato berkenaan mengidap penyakit kritikal dalam tempoh premium berjalan iaitu 10 tahun. 
  7. sekiranya dato tersebut tidak meninggal dan hidup sampai tempoh matang 20 tahun, maka kebarangkalian dato berkenaan akan mendapat balik wangnya sebanyak RM875K (berdasarkan 5% fund performance), RM1.75 juta (berdasarkan 10% fund performance) atau RM2,67 juta (berdasarkan 15% performance) 

Datin tersebut bertanyakan apa itu waiver. 
Waiver berkenaan membawa maksud andai kata husband dia mengidap penyakit kritikal dalam tempoh 10 tahun sebagai contoh pada tahun ke 5, dato kena jantung, maka pembayaran seterusnya tidak diperlukan sehingga tempoh 10 tahun. Datin terebut mengangguk faham. 

Bagaimana pula suami saya mati dalam tempoh 10 tahun? soalnya. 
Aku menjawab, datin akan mendapat sebanyak RM3,347,000.00 secara HIBAH dan tiada mahkamah syariah dalam malaysia yang boleh against keputusan HIBAH ini. Datin tersebut tersenyum. 

Lantas, dia membuka cerita. 

Husband dia iaitu Dato tersebut telah curang dengan dia dengan berkhawin satu lagi dengan perempuan lain, dan yang menjadikan hati datin tersebut sakit adalah, isteri kedua yang dinikahi suaminya itu berumur 33 tahun itu dibelikannya sebuah condo yang terletak di Mont Kiara. Betambah remuk hatinya apabila mendapat tahu bahawa perkhawiman tersebut tanpa diketahuinya dan telah menjangkau 8 bulan. ... saya hanya diamkan sahaja ketika dia bercerita. 

Lantas, dia melahirkan rasa kekecewaannya itu pada sahabatnya dan dia mengesyorkan datin ini membuat saving plan keatas nama husbandnya dan menghibahkan segalanya keatas nama datin tersebut. Bukan itu sahaja, selepas process ini selesai, datin akan membuka 3 lagi akaun keatas nama anaknya yang mana nama datin tersebut sebagai trustee. 

Sebelum datin tersebut berjumpa dengan saya, dia ada bertanyakan hal harta semua dengan pejabat agama, berapakan dia dan anak-anak dia akan dapat sekiranya suaminya telah meninggal. Disebabkan itu lah, datin berkenaan ada menunjukkan kepada saya jumlah duit didalam hampir kesemua akaun suaminya, tidak kurang dari RM1 juta. 

Hasil perkongsian datin tersebut dengan pejabat agama berkenaan dengan agama, dibawah ini adalah kiraan pembahagian harta yang akan diperolehi sekiranya suaminya meninggal 

  • 2 isteri : 12/96 
  • ibu kepada suaminya : 12/96
  • 2 anak perempuan (pasangan datin dan suaminya) : 34/96 
  • 1 anak lelaki (pasangan datin dan suaminya) : 34/96

Katakan dato meninggalkan harta bernilai RM10,000,000.00, maka kiraan tersebut adalah seperti dibawah 

  • 2 isteri, setiap sorang akan mendapat: RM625,000.00 
  • Ibu kepada suaminya akan mendapat: RM1,250,000.00
  • 2 orang anak perempuannya akan mendapat setiap sorang: RM1,770,833,33 
  • 1 anak lelakinya akan mendapat: RM3,541,666,67 

Sebagai seorang isteri, apakah perasaan tuan melihat pembahagian harta tersebut dikongsikan kepada isteri keduanya, apabila org yang bersusah payah yang membantunya adalah saya siang dan malam. --- dia dah start nangis. Aku hanya mendiamkan diri. Jauh disudut hati kecil aku, aku meletakkan bahawa bahawa datin ini betul dan suaminya salah. 

Setelah hampir 3 jam duduk berbincang pasal package simpanan ini termasuk dengan mengisi borang secara online, saya memberitahu kepada datin tersebut yang saya perlukan tandantangan suaminya beserta salinan kad pengenalan. Dia kata minta saya dtg kepejabat suaminya pada esok (10/06/2022) pada jam 8 malam atau lepas solat Isyak. 

ketika aku jumpa husband dia tadi, tak banyak ckp, cuma dia tanya berapa isterinya akan dapat apabila dia mati kelak. Dengan jujur saya kata lebih kurang RM3 juta. Dia mengangguk perlahan. 

Jujur saya katakan, penampilan dan raut wajah dato terbabit memang good looking, tak terlalu tinggi, tidak berisi dan struktur badan memang tegap, wajah dgn tiada jambang tapi ada misai dan janggut yang bercantum dan juga berkulit putih dan rambut yang tersisir rapi. Memang package lengkap kalau seorang perempuan atau janda memang mudah terpikat. 



Datin tu juga ada memberitahu bahawa, curang itu bukan kebetulan, tetapi suaminya memilih untuk curang. Aku hanya mengangguk perlahan. Memang itu adalah pilihan bukan secara "ter" "ter" "ter" ni.

Datin tu juga ada memberitahu bahawa ada kelainan sikap suaminya beberapa bulan kebelakangan ini terutama suka bangun pagi, bersenam, marathon, suka dengar muzik lagi rindu rindu cinta cinta ini, dah pandai pakai perfume mahal mahal dan soft, rokok pun kdg hisap dan kadang tak, pakai pomed minyak rambut, penampilan jaga amat rapi atas alasan ada jumpa org kenamaan utk projek itu ini, dan yang paling ketara, ada meeting outstation setiap hari jumaat sampai ahad. Tak pernah miss. 

Diakhiar pertemuan, datin tersebut memberitahu agar kisahnya dicoretkan didalam blog saya ini supaya menjadi panduan dan juga pedoman kepada semua wanita diluar sana. Beliau juga memberitahu saya agar menyarankan setiap wanita yang tahu bahawa suami mereka ada kemampuan dari segi kewangan seperi suaminya untuk memaksa suami mereka mengambil hibah sampai juta juta ini sebagai perlindungan diri dan anak anak andai kata suami meninggal dunia. Setidak tidak, tiada siapa boleh rebut duit hibah ini dari diri para isteri. Beliau juga menyarankan bahawa jadikan dirinya sebagai contoh untuk tidak selalu ditindas. 

Ditanya kalau benar suaminya telah meninggal dunia, bagaimana pula dengan faraidh tersebut? katanya ringkas, kalau sy dah dapat RM3 juta, adakah saya nak heran dengan jumlah RM625,000.00 tersebut. Kalau bini no dia nak duit RM625k tu, dia uruskan lah sendiri semua harta suaminya kesayangannya itu. Ingat murah nak kena bayar utk uruskan faraid lagi lagi harta yang byk mcm tu. Saya tak akan amik tau pasal harta tersebut. Cukuplah dengan RM3 juta tersebut. Saya boleh manage. 

Dan hari ini 10/06/2022, saya berjaya menyelamatkan maruah seorang isteri beserta dengan anak-anaknya dengan membantunya membuatkan hibah keatas namanya diatas kecurangan sikap suami yang tidak amanah dan reti bersyukur. 

Akhir dari saya, 
Kisah ini saya coretkan sebagai panduan, dan juga iktibar. Kisah ini saya kongsikan adalah untuk memberitahu bahawa kisah ini bernar dan langkah awal yang perlu diambil oleh diri seluruh wanita di Malaysia ini untuk memastikan hak mereka sebagai isteri sentiasa terpelihara terutama selepas kematian suami. Hibah bukan perkara mainan, maka tunaikanlah tanggungjawab anda untuk memastikan pasangan hidup anda mendapat perlindungan hibah yang secukupnya meskipun anda tidak curang. Hibah bukan sahaja utk persediaan bagi yang akan dicurangi, akan tetapi ianya adalah tanda kasih sayang suami keatas isterinya. 

Hibah untuk semua bangsa, bukan sahaja bangsa melayu islam. Kerana konsep hibah adalah, wang hanya boleh dituntut oleh orang yang dinamai sahaja didalam polisi insurance suami. Tiada halangan yang boleh menghalang hibah dari terus sampai kepada penerima yang telah dinamai. Maka buatlah hibah wahai para isteri.

Sekian, terima kasih. 

KhairulNizam Mohayan 
Trusted 
Insurance Consultant 
Hong Leong MSiG Takaful (HLMT) 
Hong Leong Assurance (HLA)


01 August 2021

BERAPAKAH YANG SAYA PERLU BAYAR APABILA MENDAPAT RAWATAN DI HOSPITAL SWASTA

Assalamualaikum semua, 

kali ini saya nak bercerita mengenai jumlah bayaran yang perlu dibayar apabila mendapat rawatan dihospital swasta. Namun kali ini, saya telah sediakan beberapa keping gambar, dan membiarkan gambar yang berbicara berkenaan tajuk diatas. Ayuh kita mulakan. Rugi tak baca sampai habis. 































Sekian, terima kasih, 

"LUASKAN KUASA

KhairulNizam Mohayan 
Trusted
Insurance Consultant 

# Hong Leong Assurance 
# Hong Leong MSiG Takaful (HLMT)

20 June 2021

MENGAPA PREMIUM PERLINDUNGAN INSURANCE KESIHATAN SAYA BERTAMBAH SETIAP TAHUN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 

Apa khabar? Diharap semua pembaca didalam keadaan sihat walfiat didalam keadaan cabaran pendamik COVID-19 yang tengah melanda Malaysia dengan begitu tragis sekali. Apapun, jaga diri jaga kesihatan anda semua.

Hari ini, saya ingin mengupas berkenaan tajuk diatas. MENGAPA PREMIUM PERLINDUNGAN INSURANCE KESIHATAN SAYA BERTAMBAH SETAIP TAHUN. Saya pernah menjawab soalan ini dahulu, pembaca boleh menjejaki tulisan saya didalam list disebelah kanan.

Perlu diingati bahawa setiap tahun, premium medical card dan insurance kita dan umat manusia didalam dunia akan meningkat setiap tahun. Tidak dinafikan hal ini. Apakah kenaikkan ini membebankan atau pun tidak? Ianya bergantung kepada penerimaan dan juga pemahaman anda berkaitan dengan insurance.

Kenaikkan ini adakalanya meninggat diantara dua digit sehingga ada yang memakan sehingga 3 digit bergantung kepada usia. Tetapi, mengapa premium ini meningkat?

Peningkatan ini adalah berdasarkan kepada beberapa faktor yang tidak dapat syarikat insurance terpaksa menaikkan. Disini saya menyenaraikan hanya beberapa sebab sebagai faktor utama.

1) Life style / stail kehidupan zaman ini. 

Tidak dinafikan bahawa semakin meningkat umur dek untuk mengikuti peredaran zaman, manusia juga mengubah keadaan dan cara kehidupan mereka. Dek kerana itu juga, manusia membuat sesuatu perkara tanpa sedari bahawa mereka juga menjurumus keadaan mereka kepada kehidupan yang lebih berisiko. Contoh, ramai dikalangan rakan-rakan saya menyertai aktiviti lasak diusia yang sudah berusia seperti berbasikal dan juga memanjat gunung. Ianya juga adalah satu perkara yang menyebabkan diri terdedah kepada risiko. Adakah tidak boleh melakukan aktiviti tersebut? Boleh sebenarnya tidak menjadi masalah kepada diri anda, malah syarikat insurance juga tidak mengetahui kehidupan dan perubahan style kehidupan anda tersebut. disebabkan faktor itu jugalah, syarikat insurance menaikkan kadar premium tahunan. maka ianya fair-fair situatioan. itu dari segi aktiviti. Bukan sahaja aktiviti lasak mcm tu, malah ada yang lebih berani menceburi aktiviti berlumpa kereta dan motor secara professional. Tidakkah itu mengundang kepada perubahah life style kepada kehidupan anda?

Bukan itu sahaja, perubahan life style juga berlaku dari segi pemakanan. Dari kehidupan yang mengawal pemakanan kepada yang kurang mengawal pemakanan. Dari tidak suka minuman manis kepada yang menimum yang manis. Kepada makanan yang kurang "memberangsangkan" seperti fast food, western food, kepada makanan yang ada style. Ini juga menyumbang keadaan dimana syarikat insurance menaikkan premium tahunan mereka.

Untuk lain-lain contoh, anda boleh melihatnya dari dalam diri dan aktiviti yang anda lakukan, dan buat sedikit pemerhatian, apakah perkara yang anda tidak lakukan dahulu, anda lakukan sekarang?

2) Kenaikkan caj rawatan hospital swasta.

Adil atau tidak anda seorang pekerja tidak mendapat imbuhan seperti kenaikkan gaji yang bagus dan juga bonus yang memberangsangkan? Sudah tentu tidak adil. begitu juga staff yang bekerja keras di sektor perubatan swasta. mereka ini adalah manusia yang memerlukan kenaikkan gaji dan juga bonus untuk pekerjaan mereka. Adakah cukup dgn kenaikkan sebanyak RM10 utk staff bawahan dgn bonus tak sampai satu bulan? Saya boleh katakan tidak adil sama sekali. Justeri itu, macamana hospital nak dptkan duit untuk membayar kenaikkan gaji dan juga bonus pada staff mereka di hospital swasta? Iaitu dengan menaikkan kos rawatan hospital. Bukan itu sahaja, sudah pasti doktor sendiri yang ingin menaikkan caj tersebut dan adakalanya tanpa sebarang sebab. namapun hospital swasta kan.

Adakah anda berani untuk datang kehospital swatsa untuk kes bersalin sebagai contoh dengan keadaan mesin dan kelengkapan dan teknologi bersalin seperti 5 hingga 8 tahun lepas? Sudah pasti tidak mahu bukan? Disebabkan faktor masa, hospital swasta selalu mencari alternatif untuk meningkatkan mutu dengan menyediakan peralatan hospital yang bersesuaian dengan teknologi zaman terkini. Atas faktor keselamatan juga, hospital terpaksa berbelanja jutaan ringgit untuk setiap 3 tahun untuk membeli peralatan canggih yang bersesuaian demi untuk meningkatkan kualiti perubatan yang diberikan.

Bukan itu sahaja, maintanance keatas peralatan hospital juga menelan belaanja yang cukup mahal. Apakah anda akan rasai apabila doktor bedah anda memberitahu, encik / cik / puan bolehlah mengucap syahadah sekarang sbb kita nak mulakan operasi jantung anda. Sebab saya kata demikian adalah kerana mesin bedah kami dah kat 6 bulan tidak diselenggarakan. kita org maintain sendiri secara trial and error? Apakah yang anda rasa ketika itu? nak teruskan pembedahan atau tidak?

Hospital swasta juga selalu memperbaharui peralatan hosptial dari semasa ke semasa. harga hingga jutaan ringgit ini dibeli secara tunai ataupun kredit term utk maksimum 60 hari shj. Contoh pembelian mesin x-ray atau mesin MRI, CTA dan lain lain mesin. Harga memang mahal.

Dari mana datangnya duit semua ini? Adalah dari kenaikkan harga medical yang dikenakan oleh pihak hospital. So jangan pertikaikan lagi kenapa.

3) Tidak ada pengetahuan tentang kenaikkan premium tahunan

Tidak kurang juga, ada beberapa ramai client yang saya temui tidak mengetahui bahawa mereka akan berhadapan premium tahunan mereka akan dinaikkan secara automatik. Rata-rata client yg saya approach, mereka mengatakan bahawa premium kredit kad mereka tidak akan naik sehingga bila-bila. Apabila mengetahui hal berikut, saya mengarahkan mereka untuk terus berhubung dengan syarikat insurance bukan dengan agent. Saya juga mengatakan bahawa tidak munasabah bahawa tiada sebarang kenaikkan sedangkan byk perkara yang berlaku disekeliling anda seperti kenaikkan harga minyak dan barang makanan juga mengalami nasib yang sama.

Hakikatnya, memang setiap tahun akan ada kenaikkan harga premium insurance anda cuma anda tidak mengetetahuinya. Mungkin agent insurance anda tidak memberitahuinya. Dah ramai yang saya jumpa. Akan tetapi, sesiapa yang mengambil polisi dari pada saya, saya akan meberitahunya secara telus.

Untuk bacaan tambahan, sila klik link dibawah :-

1) Mengapa premium perubatan saya terus meningkat - Berita Harian, Nov 2019.

2) Fakta sebenar mengenai insurance / takaful perubatan dan kesihatan - Berita Harian, Nov 2019. 

Akhir sekali, sebagai penutup saya merumuskan apa yang sampaikan diatas didalam bentuk yang mudah difahami

Adakah kad perubatan yang anda miliki sekarang cukup untuk menampung keperluan kesihatan anda selama lima (5) tahun akan datang? Semua hospital swasta menaikkan caj perkhidmatannya setiap tahun mengikut kos operasi seperti di bawah: -

✅ Gaji dan bonus kakitangan
✅ Peningkatan perkhidmatan hospital
✅ Kenaikan kos overhed kakitangan
✅ Kos penyelenggaraan peralatan hospital
✅ Kos penggantian peralatan hospital baru
✅ Kos membeli ubat dari pengeluar juga menaikkan harganya
✅ Kos pembayaran kepada syarikat luar
✅ dan Kos operasi lain 

Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih diatas pembacaan anda semua.

Sekian, terima kasih.

"LUASKAN KUASA"

KhairulNizam Mohayan
Trusted
Insurance Consultant

# Hong Leong Assurance (HLA)
# Hong Leong MSiG Takaful (HLMT)

08 June 2021

PINJAMAN KENDERAAN, BAGAIMANA MELINDUNGINYA DENGAN INSURANS?


Assalamualaikum,

Hari ini saya telah ditanyakan oleh seorang client berkenaan, bolehkah saya mengambil perlindungan insurance utk kenderaan barunya? Saya tanya tujuan dia untuk dia mengambil perlindungan insurance terhadap kenderaannya. Katanya, umur dia dah 41 tahun, takut nanti kereta tak habis bayar tapi dia dah meninggal dunia. Lantas, sy pun propose pada dia solution.

Untuk makluman semua, dia mengambil kereta Honda CRV 1.5 TC-P 4WD berharga RM162,500.00. Bulanan bayaran yang dia lakukan keatas pinjaman tersebut adalah RM1780.00 sebulan selama 9 tahun. Dengan umur belian sekaang 41 tahun, ini bermakna pada umur beliau 50 tahun barulah kenderaan tersebut habis dibayar. Namun katanya, dalam umur beliau 41 sehingga kepada umur 50 tahun, mcm mcm boleh berlaku terutama kematian. Justeru itu, langkah bijak apabila menghubungi saya untuk bertanyakan hal ini.

Saya mencadangkan beliau untuk mengambil plan polisi insurance hibah dari HLMT iaitu HLMTServ-i-Salam. Secara detailnya adalah seperti dibawah:-

Nama Client : Shamsuddin
Tarikh Lahir : 14/07/1980 (41 tahun)
status merokok : Tidak
Suminsured : RM200k.
Bulanan : RM71.67


Berdasarkan gambar diatas, client hanya perlu membayar sebulan RM71.67 sahaja untuk melindungi kenderaan kesayangannya. 

Katakan en shamsuddin terkena TPD akibat dari kemalangan jalan raya atau apa-apa pun, maka beliau akan diberikan pampasan sebanyak RM200,000.00. Maka dgn duit berkenaan, dapatlah beliau melangsaikan hutang kenderaannya itu. Ataupun sekiranya en shahsuddin meninggal dunia, maka pihak HLMT akan membayar pampasan penuh kepada warisnya sebanyak RM200k. Maka tidaklah menjadi beban kepada isteri dan anak-anaknya untuk membayar bulanan kenderaan tersebut.

Untuk maklumat lanjut, boleh lanjutkan pembacaan anda disini dan seterusnya boleh lah signup untuk pendaftaran.

HLM Takaful i-Salam 


Sekian Terima Kasih,

"LUASKAN KUASA"

DD KhairulNizam Mohayan (DDKM)
Trusted
Insurance Consultant

# Hong Leong Assurance (HLA)
# Hong Leong MSiG Takaful (HLMT)

06 June 2021

COVID 19 : ADAKAH SAYA DILINDUNGI OLEH KAD PERUBATAN YANG SAYA MILIKI?


Dari penghujung tahun tahun 2019 sehingga tahun 2021 adalah tahun yang cukup mencabar diatas planet muka bumi ini dek kerana kehadiran satu penyakit yang menyerang manusia sehingga membawa maut yang dikenali sebagai COVID-19. Tidak perlu saya menghuraikan lebih panjang berkenaan dengan penyakit ini kerana umum telahpun mengetahui apa itu penyakit COVID-19 dan kesannya kepada manusia sehingga ada yang membawa kepada kematian. 

Tetapi hari ini, saya bukan nak kupas panjang lebar apa itu COVID-19 akan tetapi persoalan yang sering ditanyakan kepada saya iaitu apakah atau adakah saya dilindungi oleh plan medical card yang saya ambil sekiranya saya telah disahkan mendapat penyakit COVID-19 ini. 

Daripada pembacaan saya dari beberapa laman web syarikat insurance di Malaysia termasuk pendedahan dari latihan yang saya di HLA dan juga HLMT, tiada sebarang medical card atau perubatan yang boleh digunakan untuk membayar kos rawatan akibat COVID-19 dimana-mana hospital swasta di dalam Malaysia. Sehingga artikel ini ditulis, ianya disokong oleh kenyataan oleh President APHM Dr Kuljit Singh [Pesakit Covid 19 Mungkin Perlu Bayar Rawatan Di Hospital Swasta, Malaysia Kini (2021)] yang menyatakan bahawa 

"syarikat insurance agak berat hati mahu berbuat demikian (iaitu untuk memberikan perlindugan keatas penyakit COVID-19). Kerana mereka (sykt insurance) memandang ini sebagai pandemik dan mereka meletakkan pandemik sebagai kriteria pengecualian didalam polisi insurance mereke. Kerana apabila mereka perlu menanggung pandemik, mereka rugi banyak. Tetapi kami (APHM) menggesa syarikat insurance untuk mempertimbangkan kembali hal ini."

Perkara ini telah dimuktamadkan dimana pengalaman syarikat insuruance berhadapan dengan kes pendamik sebelum ini iaitu INFLUANZA A H1NI dan juga racun arsenik yang pernah melanda dunia satu ketika dahulu. Berikutan dari kes itu, kebanyakkan syarikat insurance telah pun mengubahsuai polisi mereka dengan meletakkan bahawa kes pandemik tidak ditanggung oleh syarikat insurance. 

Berdasarkan kenyataan diatas, jelas bahawa tiada sebarang medical card pun yang boleh melindungai seseorang itu apabila mereka dimasukkan kedalam hospital swasta. Namun begitu, kepada mereka yang ada memiliki medical card, mereka masih lagi mendapat benefit tambahan dari syarikat insurance mereka. Untuk dari syarikat insurance lain, saya tidak pasti apakah additional benefit tersebut namun untuk pemegang medical card dari HLA dan juga HLMT, dibawah ini adalah kenyataanya.

Sekiranya pemegang Kad Perubatan dari HLA atau HLMT (samada yang telah lama memiliki kad perubatan atau yang masih baru) yang disahkan secara klinikal bahawa mereka telah dijangkiti COVID-19, maka mereka layak untuk menerima benefit tambahan tanpa ada sebaran PENAMBAHAN KOS seperti dibawah:- 

1) Progam ini berjalan dari 28/02/2020 sehingga 30/09/2021, atau setelah habis dana sebanyak RM1 juta (yang mana lagi awal) 

2) RM200 sehari akan diberikan kepada mereka yang dijangkiti sehimgga maksimum selama 30 hari dan dimasukkan kemana-mana pusat kesihatan seperti Hospital Besar Kerajaan, Hospital Swasta dan juga Pusat Kuanrintin dibawah perlaksanaan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) shj (kuanrintin dirumah tidak diambil kira). Sekiranya pesakit dikuarintin selama 14 hari, maka dia layak menerima benefit tambahan sebanyak RM200 x 14 hari = RM2,800.00

3) Sekiranya berlaku kematian akibat dari COVID-19 tidak kira sekiranya mereka dimasukkan ke hospital sebelum kematian, sebanyak RM10,000.00 pembayaran akan dibuat sekaligus kepada ahli keluarga orang yang diinsurancekan. 

4) HLMT dan HLA juga menawarkan kepada pesakit penggantian bil perubatan mengikut kategori rawatan covid 19 (seperti jadual dibawah) untuk pesakit yang dimasukkan ke hospital swasta di seluruh Malaysia yang hanya dirujuk oleh KKM / Hospital Kerajaan dengan syarat perlindungan perubatan mengecualikan penyakit berjangkit yang memerkukan kuanrintin oleh undang-undang Malaysia. 

Additional Benefit for HLA
Additional Benefit for HLMT


Pada awal Feb 2021, kerajaan telah mengumumkan plan program immunisasi kebangsaan sebagai langkah pencegahan kepada penyakit COVID-19. Ada kenyataan mengatakan bahawa vaksin ini memberikan kesan sampingan lain kepada penerimanya, namun ada sesetengah penerima vaksin tidak langsung menerima kesan sampingannya. 


dan saya sendiri telah menyahut seruan kerajaan untuk menerima vaksin covid ini 




Bagaimana keadaan dan situasi dimana ada penerima vaksin ini mendapat kesan sampingan? Adakah medical card ini melindungi mereka juga? Jawapannya tetap sama, tidak dilindungi namun ada benefit tambahan juga diberikan kepada pemegang medical card HLA dan HLMT (samada baru atau dah lama). 



Program kami berhasrat untuk melindungi seluruh rakyat Malaysia dari kemungkinan kesan sampingan yang mungkin timbul dari vaksinasi dengan memberikan faedah kemasukan ke hospital setiap hari dan faedah belas kasihan. 

Faedah tambahan ini diberikan kepada semua pemegang medical card samada HLA atau HLMY|T seperti maklumat dibawah:- 

1) Mereka yang mendapat kesan sampingan ini selepas 30 hari suntikan vaksin diterima, dimasukkan keward selama maksimum 7 hari sahaja. Setiap daripada mereka akan menerima RM200.00 hanya untuk 7 hari sahaja. Sekiranya mereka dimasukkan untuk jangka masa 2 minggu, maka HLA / HLMT hanya membayar sekitar RM1400.00 sahaja maksimum. 

2) Sekiranya berlaku kematian, maka HLA akan membayar RM5,000.00 kepada ahli keluarga, manakala HLMT akan membayar sehingga maksimum RM10,000.00 sahaja. 

Secara kesimpulannya, 


Untuk mendapatkan bacaan lanjut. boleh layari 

1) COVID-19 Complimentary Benefit HLA 

Sebelum saya mengakhiri penulisan saya hari ini, diharap agar pembaca dapatlah menjaga diri masing-masing dan orang sekeliling yang disayangi. Patuhi SOP dan apa jua saranan kerajaan demi menurunkan kadar statistik COVID-19 ini dengan segera. 

Sekian, Terima Kasih, 

"LUASKAN KUASA"

DD KhairulNizam Mohayan (DDKM)
Trusted 
Insurance Consultant 

# Hong Leong Assurance (HLA) 
# Hong Leong MSiG Takaful (HLMT) 


24 January 2021

SELAMAT TAHUN BARU 2021

 


Salam sejahtera semua pembaca, 

Belum terlambat utk aku mengucapkan selamat tahun baru 2021 masehi kepada semua pembaca yang selalu menanti-nantikan tulisan baru aku. Aku akui bahawa keadaan sekarang ni yang amat sibuk membataskan aku untuk terus menulis. Aku terlalu sibuk dengan tugasan aku di tempat kerja, dan tambahan dengan appointment aku dgn client berkenaan dengan insurance, hibah, dan macam-macam lagi. Aku sedaya upaya untuk mencari masa untuk terus menulis berkongsi pendapat dan idea berkenaan dengan insurance ini. 

Kepada pembaca sekalian, 

Sepanjang aku bekerja didalam bidang healthcare ini, iaitu dari tahun 2008 sehingga kini, aku telah banyak melihat banyak karenah pesakit. Macam-macam dah aku perhatikan. Ada diantaranya yang tidak mempunyai sebarang wang utk membayar bil hospital, ada yg tak cukup nak byr bil hospital, malah ada yang cuba menyogok wang membolehkan org lain mengeluarkan rekod hospital kepada org lain utk tujuan yang tak elok. 

Pengalaman yg tak boleh aku lupakan, aku simpan sebagai pengajaran dan lebih-lebih lagi memantapkan pegangan diri supaya tidak terjerumus didalam sesuatu perkara yang melanggar undang-undang dan juga agama. 

Sepanjang tahun 2020, aku banyak melihat ramai pesakit yg datang kehospital, dan yang menghubungi aku untuk mendapatkan medical card dan perlindungan insurance, namun hakikatnya mereka tidak boleh memiliki sama sekali disebabkan telah mengidap penyakit yang kritikal seperti jantung, buah pinggang, kanser dan juga hypertension. Maaf memang tak boleh. 

Ada juga yang aku temui, ada medical card akan tetapi tiak boleh digunakan disebabkan medical card telah LAPS atau tidak boleh digunakan disebabkan kegagalan bayaran premium terutama pada medical card stand alone. Ada juga yang mempunya medical card namun limit hanya RM ratus ribu sahaja setahun dan tak cukup nak bayar bil hospital. Ada juga medical card yang tak cover penyakit tertentu memandangkan pesakit telahpun mendapat sakit berkenaan (existing illness condition) sebelum mereka memohon medical card. Dan byak lagi sebenarnya. 

Pada tahun 2021 ini, aku akan bekerja keras lagi menyebarkan pengetahuan dan pengalamana aku didalam hospital utk mereka mendapatkan medical card dan juga insurance lain-lain. 

Apa yg aku sedih, ada dikalangan kawan-kawan yang menolak untuk mendapatkan insurance atas alasan yang amat tidak munasabah antaranya duti tak berapa nak ada disebabkan kumpul untuk membuat renovation rumah dan dapur, ada yang tgh kumpul duit nak buat deposit X70, ada yg kata duit nak pakai utk beli itu dan ini, dan kebanyakkan mereka ini tidak mempunyai sebarang medical card atau insurance dan hanya berharap kepada medical benefit ditempat kerja sahaja. Bayangkan ada kawan-kawan yg telah berumur 40 tahun masih tak ada sebarang perlindungai insurance, dan apabila bersara kelak, duit mana yang hendak mereka harapkan selain KWSP? Dengan duit KWSP yang tak seberapa tu, bagaimana mereka hendak teruskan kehidupan andai kata telah digunakan untuk kegunaan kesihatan bayar bil hospital? Itu belum lagi mereka keluarkan utk I-sinar? 

Pembaca sekalian, saya amat berharap agar saya dihubungi oleh anda sekalian untuk saya bantu mendapatkan sebarang perlindungan kesihatan. Saya berharap pada tahun 2021 ini, saya dapat membantu ramai orang untuk mendapatkan perlindungan insurance seperti medical card, hibah, life insurance dan banyak lagi. Saya telah menyediakan banyak platform untuk anda semua menghubungi saya dan juga saya memberikan banyak input dan output berkenaan insurance ini. Amat berharap agar anda dapat menghubungi saya. 

Akhir kata, 

Selamat menyambut tahun baru 2021, saya doakan pembaca yang selalu membaca penulisan saya ini dikurniakan kesihatan yang baik-baik, rezeki yang banyak dan mampu mengambil insurance dengan saya. 

Sekian terima kasih, 

"LUASKAN KUASA

DD KhairulNizam Mohayan (DDKM)
Trusted 
Insurance Manager 

#Hong Leong Assurance (HLA)
#Hong Leong MSiG Takaful (HLMT)  

21 November 2020

BELAJAR BAGAIMANA INSURANCE PENTING UNTUK GENERASI MUDA


Salam sejahtera semua, apa khabar? Terkejutkan dalam masa tak sampai 24 jam 2 artikel terus keluar didalam blog saya ini. 

Tajuk diatas amat menarik. Ini disebabkan saya baru shj approach seorang pegawai bank yang muda, baru grad dari universiti, dan rezekinya diterima bekerja disebuah bank sebagai salah seorang executive dimasa COVID 19 ini. Syukur rezekinya. Sebenarnya, saya terjumpa sahaja beliau dikedai makan berseorangan dan terdengar beliau sedang bercakap dgn boss nya barangkali melalui telefon. Saya mendekatinya. 

Saya memperkenalkan diri dengan menyebut seseorang yang suka bekerja dgn alam iaitu membantu orang lain. Dia agak pelik melihat saya. Lalu sy mengatakan bahawa saya bekerja di hospital jantung CVSKL dan juga mempunyai rangkaian pekerjaan lain iaitu sebagai auditor, sebagai tutor di universiti, sebagai penasihat kepada sesiapa yang memerlukan, sebagai seorang perunding hartanah, sebagai seorang perunding insurance dan juga takaful. Dia hanya mengangguk faham. 

Saya juga bertanyakan sedikit kerja apa yang dia buat. Bekerja dgn salah sebuah bank sebagai sales executive iaitu menjual produk bank seperti insurance, credit card, saving, unit trust tapi baru je join tak sampai 3 bulan. Muda lagi. Saya tanya dia, sepanjang keje sebagai executive bank, dah banyak ke close sale? Dia kata agak susah sikit sbb COVID 19 ni. Rupanya yang dia hubungi tadi adalah boss nya yg bertanyakan mengenai jumlah sales yang dia buat sepangjang minggu ini. Boss dia call dihari sabtu pagi. What the mess !!! Common, cuti is cuti, keje is keje. 

Dia agak stress disitu. Saya bgtau dia jgn stress-stress tapi bersyukurlah ada keje time covid ni. Saya tanya dia sepanjang keje sales ni, kereta apa pakai? dia jawab, dia pakai myvi kakak dia memandangkan dia tinggal serumah dgn kakak dia di USJ. Saya bgtau dia bagus tu. Jimat tak payah beli kereta waktu sekarang. Guna apa yang ada. 

Soalan saya lagi, sepanjang bekerja ni dah ada medical card? Dia ckp tak ada medical card even sebarang perlindungan. Saya tanya kenapa? Dia kata tak terfikir. Saya tanya balik, boss tak suruh amik medical card or insurance ke? Dia kata tak. Yg ada boss dia suruh dia amik kad kredit dan juga ASB Loan. Sy tanya, amik tak? dia ckp kakak dia tak bagi amik. Alhamdulillah kata saya. Betul apa yang kakak awak suruh buat tu jawab saya. 

Kenapa tak amik medical card, jawapan dia tu amat bahaya, tidak terfikir. Dan lagi menambah bahaya adalah boss dia suruh tambah hutang. Amat bahaya. Namun kakaknya ada sebagai penyelamat. 

Pembaca sekalian, 

Saya faham bahawa insruance adalah bukan sesuatu perkara yang indah untuk dibincangkan lebih-lebih lagi kepada anak-anak generasi sekarang ni atau dikenali generasi Z agaknya. Mereka lebih berminat untuk menambah hutang agar dikenali dan hidup dalam keadaan yang bergaya. Kata pepatah, biar papa asal bergaya. Mereka tidak sama sekali memikirkan bahawa diri mereka sesungguhnya lebih bernilai dari apa yang mereka inginkan. 

Saya telah berada didalam industri ini agak lama, dan telah melihat ramai anak muda skrg lebih kepada kereta berjenama HONDA, handphone IPHONE yang paling latest, kehidupan yang megah dan bermacam-macam lagi. Lebih malang seperti budak yang saya critakan diatas, andailah dia tidak memberitahu kakaknya cadangan boss dia tu, saya rasa dia telah terjerat dgn hutang pada usia muda. 

Ramai anak muda sekarang tidak berminat dgn insurance ini memandangkan mereka beranggapan mereka masih muda dan sihat. Hal-hal ini tidak pernah diajar di mana-mana universiti malah pihak universiti tidak pernah memberikan tunjuk ajar dan pengetahuan bagaimana pentingnya insurance pada setiap pelajarnya. Sedih bukan !!!. Yg mereka selalu terapkan adalah mempunyai kerjaya yang bagus seandainya mempunyai result yang bagus. Rata-rata saya temubual pelajar saya mengatakan mereka tidak didedahkan dengan kebaikkan insruance ini samada di rumah (ibu-bapa) dan juga para pensyarah. Mereka selalu diajukan dgn kaedah belajar rajin-rajin dan bila dapat result dapat elok, maka mudah mendapat kerja. Baik persoalan saya, adakah betul sekarang ni kesemua pelajar yg grade ini 100% mendapat pekerjaan meskipun mereka mendapat keputusan yang cemerlang? berapakah peratusannya? 

Hakikatnya, perkara pertama yang sepatutnya para graduan ini apabila keluar dari univesiti adalah mendapatkan perlindungan insurance. Kenapa? Baik, saya terangkan. Terdapat tiga sebab utama mengapa mereka perlu mendapatkan insurance samada ketika belajar di universiti ataupuna telah mendapat pekerjaan. Tiga sebab utama itu adalah:-

TIDAK SELAMANYA HIDUP MEMBUJANG

Perkara yang asyik dibincangkan adalah graduan ini pasti berkhawin dan memiliki anak. Mereka akan dibebani bermacam-macam kehendak dan keperluan apabila telah berkhawin dan juga memiliki anak. Mereka inginkan yg terbaik untuk isteri dan anak-anak, akan tetapi berilah sesuatu yang penting kepada diri sendiri sebelum memberikan sesuatu yg bermakna kepada mereka. Apakah itu? Keselamatan diri dari sebarang musibah iaitu INSURANCE

MURAH DAN BERBALOI

Kebanyakkan para graduan ini tidak mengetahui bahawa mereka boleh mengambil insurance seawal umur 17 tahun dah keatas. ini bermakna, apabila mereka masuk universiti, umur mereka telah pun mancapai 18 tahun dan mereka ada wang sendiri iaitu PTPTN. Hanya dengan membuat SIMPANAN KEDALAM TABUNGAN INSURANCE seperti medical card RM100.00 - RM200.00 setiap bulan, mereka telah pun melengkapkan diri mereka dari sebarang kemalangan. Bayangkan, seaidainya mereka ada medical card, dan secara tiba-tiba mereka dimasukkan ke ward akibat denggi (penyakit femes di universiti) ataupun demam panas, dia ada pilihan untuk masuk kedalam hospital swasta. Bayangkan, mereka cuma bayar RM100 - RM200 setiap bulan, akan tetapi bill hospital telah dibayar oleh pihak insurance sebanyak mgkin RM5000.00. Bagaimana pula andai mereka terlibat dgn kemalangan? Pada usia muda ini, mereka mempunyai jumlah perlindugan yg tinggi dgn harga yang murah. Beli sekarang !!!~ 

MENCIPTA KEKAYAAN

Sesungguhnya para graduan ini tidak mengetahui bahawa insurance juga mempunyai kaedah simpanan yang terbaik. Bayangkan seandainya mereka mampu menyimpan duit sebanyak RM100 - RM200 dari duit PTPTN yang mereka perolehi, berapa kah jumlah tabungan yang akan mereka perolehi pada umur 21 tahun? iaitu selepas konvo? Dah bolah keluarkan buat duit khawin beb kalau kena gaya. Maka, buka akaun anda sekarang. 

Ketahuilah, ada banyak lagi benda yang penting yang boleh dilakukan dari sikap untuk menambah hutang dan kelihatan seperti orang yang mempunyai life style yang bagus walhal didalam tabung simpanan tidak ada duit sgt. Menabunglah dari sekarang, tidak rugi. Insurance merupakan medium terbaik untuk menambah kekayaan dan dalam masa yang sama melindungi diri dari malapetaka. Andai anda sakit, tak ada sapa org yg akan menghulurkan bantuan dari segi wang ringgit melainkan sykt insurance. 

Sekian, terima kasih, 

"LUASKAN KUASA

DD KhairulNizam Mohayan 
Trusted 
Insurance Manager 

# Hong Leong Assurance 
# Hong Leong MSiG Takaful

20 November 2020

MRTA VS MLTA: APA YANG PERLU ANDA FAHAMI


Salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca yg sudi melayari page / website saya ini. Hari ini, nak bercerita sikit berkenaan MRTA dan juga MLTA, dan bagaimana kedua-dua jenis insurance ini amat penting dalam urusan jual beli rumah. 

Sebelum jauh saya merantau, he he he, saya ingin perjelaskan kefahaman anda mengenai apa itu MRTA dan MLTA. 

MRTA atau singkatannya Mortgage REDUCING Term Assurance adalah jenis insurance yang memberikan perlindungan terhadap pembeli rumah keatas kecacatan kekal dan juga kematian. Seandainya pembeli rumah tadi terkena kecacatan kekal atau kematian, maka insurance akan menangung dan seterusnya membuat bayaran kepada bank berdasarkan kepada baki pinjaman yang tinggal. Ada sesetengah kes dimana, jumlah insurance tidak mampu menampung jumlah baki pinjaman perumahan tadi maka terjadinya yang dikatakan "Short fall" dimana waris dikehendaki membayar sejumlah amount tambahan bagi mencukupkan jumlah baki pinjaman perubahan terbabit. Kebiasaannya, kaedah pembayaran ini adalah jenis ONE-OFF iaitu lumpsum kepada pihak bank. 

MLTA atau singkatannya Mortgage LIFE Term Assurance adalah jenis insurance jaminan gadai janji dimana, pembeli / peminjam perumahan mengambil sejumlah perlindungan insurance (kebiasaannya) jumlah perlindungan itu adalah sama dengan jumlah pinjaman perumahan yang diambil. Katakan jumlah pinjaman perumahan itu berjumlah RM500,000.00, maka peminjam akan mengambil jumlah perlindungan RM500,000.00 dan keatas. Maka kaedah pembayarannya adalah tetap. Tetap bagaimana? Nanti dibawah ini akan saya jelaskan. 

Kedua-dua jenis insurance ini mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing. Sebagai contoh dibawah ini:- 


Gambarajah diatas menunjukkan perbezaan diantara MRTA dan juga MLTA. 


Graph diatas menunjukkan trend dimana terdapat penurunan amount pinjaman selari dengan jumlah pembayaran bulanan pinjaman dibank. Semakin lama kita membayar pinjaman di bank, maka semakin menyusut lah jumlah baki pinjaman yang tinggal dan juga semakin menurunlah jumlah atau pelindungan insurance rumah yang peminjam ada ambil dahulu. 

Katakan pada tahun ke 15 pinjaman perumahan diambil dan secara tiba-tiba, peminjam menghidapi penyakit lumpuh / meninggal dunia, maka baki lagi 15 tahun akan ditangggung oleh pihak insurance di bank. Maka, waris tidak perlu mengeluarkan sebarang duit untuk membayar bulanan pinjaman perumahan tersebut. Namun, terdapat 2 kes dimana, waris dikehendaki membayar sejumlah wang kepada pihak bank iaitu, (1) sekiranya terdapat shortfall pada insurance coverage. Ini disebabkan ketika peminjam yang membuat pinjaman perumahan telahpun berusia dan terdapat shortfall ketika insurance MRTA diambil. Dan yang ke (2), waris dikehendaki membayar bulanan sementara menunggu sykt insurance membayar pampasan kepada pihak bank. 



Manakala gambar graph diatas menunjukkan patern atau trend dimana semakin lama pinjamanan perumahan dibayar, semakin tinggi nilai insurance yang diambil. Ini kerana, Plan MLTA mempunyai nilai simpanannya dan ianya boleh dikeluarkan apabila tempoh matang iaitu selepas habis pinjaman perumahan dibayar. Akan tetapi, sekiranya insurance ini lapse, atau tidak berbayar, maka apabila berlaku kematian terhadap peminjam, maka waris dikehendaki menyambung bayaran pinjaman perumahan ini sampai habis. Sekiranya tidak lapse, andai kata kematian berlaku, maka waris boleh membayar baki pinjaman perumahan dari duit yang dia dapat dari perlindungan insurance berkenaan. Katakan peminjam ada mengambil insurance dgn nilai perlindungan sebanyak RM500,000.00 maka apabila meninggal waris akan menerima pampasan sebanyak RM500k dan mungkin lebih. Duit dari situ kemudiannya digunakan untuk menjelaskan baki pinjaman perumahan tersebut. 

Akan tetapi, ada beberapa org client yang bertanyakan pendapat saya bolehkan mereka mengambil kedua-duanya sekali. Maka jawapan saya ... 


Sebenarnya saya pun melakukan hal yang sama. Saya juga ada mengambil MRTA insurance dan dalam masa yang sama saya ada mengambil MLTA. Mengapa? 

Begini, apabila mula-mula saya buat pinjaman perumahan, saya masih belum lagi join mana-mana syarikat insurance, selepas hampir 7 tahun barulah saya join sykt insurance. Ketika saya mengambil loan perumahan dgn Hong Leong Bank, MRTA yang dikenakan keatas saya adalah berjumlah RM3800.00 yang mana saya dikehendaki membayar sekaligus. Ketika itu saya berumur 29 tahun. Maka ianya murah. selepas 7 tahun kemudian, saya berhasrat untuk mengambil life insurance, maka saya tidak tahu berapa jumlah berapa yang saya perlu ambil. Setelah saya memberitahu kepada mentor saya, maka beliau mencadangkan agar saya mengambil harga semasa rumah (current market value) iaitu nilai sekarang adalah RM410,000.00 meningkat sebanyak hampir 54% dari harga beli. 

Apa yang meneranjatkan saya, apabila quotation dibuat, maka jumlah premium yg saya perlu bayar adalah sebanyak RM1,200.00 sebulan untuk nilai perlindungan RM500,000.00 dan saya hanya perlu membayarnya untuk selama 3 tahun sahaja. Apa yang menariknya, didalam RM1,200.00 tu telah dimasukkan rider dimana seandainya saya terkena penyakit kritikal, maka segapa pembayaran insurance saya terhenti serta merta akan tetapi saya juga mendapat pampasan sebanyak RM500,000.00. Meskipun saya telah disahkan mengidap penyakit kritikal namun pinjaman perumahan still kena bayar memandangkan MRTA hanya melindungi saya utk kecacatan kekal dan kematian. Dengan RM500,000.00 itu juga saya boleh menyelesaikan kesemua jumlah baki pinjaman tersebut tanpa ragu-ragu, maka saya masih ada lagi baki dari pampasan insurance tersebut. 

Katakanlah, saya meninggal dunia, waris saya iaitu isteri saya akan memperolehi sebanyak RM500,000.00 dari insurance saya berkenaan memandangkan ianya berupa HIBAH. Sudah pasti dalam masa yang sama isteri saya akan menyelesaikan baki pinjaman di bank. Kemungkinan, wife saya dikehendaki membayar kepada pihak bank 2 perkara yang saya nyatakan diatas iaitu shortfall insurance dan juga bulanan sehingga urusan pampasan insurance MRTA selesai. Oleh sebab saya telah siapkan life insurance atau MLTA berupa bentuk hibah, maka wife saya akan menerima cek berjumlah RM500,000.00 dalam masa paling lambat sebulan. Maka isteri saya tidak akan ketandusan cash meskipun kematian saya semata-mata untuk uruskan hal pinjaman perumahan saya itu. 

Telah acapkali saya war-warkan ini kepada kesemua client saya, akan tetapi saya tidak memaksa untuk mereka ikut cara ini kerana faktor kewangan dan juga kebanyakkan mereka mempunyai motive mengambil medical card bersama saya. Saya juga berkongsi kan kaedah ini agar mereka mengerti dan faham, insruance bukan sahaja pada medical card akan tetapi byk produk yang mereka boleh ambil. 

Kepada pembaca sekalian, apa yang saya sarankan, meskipun tidak mampu untuk mengambil sejumlah harga rumah, sekurang-kurangnya, ambillah pada separuh harga rumah, atau tetap tak ada, mungkin harga pada suku harga rumah pada pasaran semasa. Ianya akan melindungi orang yang kita tinggalkan apabila kita telah tiada kelak. Andai kata rumah anda menjadi rebutan dari orang yang berkempentingan dari pembahagian harta pusaka dan faraidh, sekurang-kurangnya wife dan anak anak anda ada cash yang besar untuk memulakan hidup baru. Fikir-fikirkan lah. 

Akhir sekali, saya ucapkan terima kasih diatas kesudian membaca blog saya ini. Berjumpa lagi akan datang. 

Sekian, terima kasih. 

"LUASKAN KUASA"

DD KhairulNizam Mohayan (DDKM)
Trusted 
Insurance Manager 

# Hong Leong Assurance (HLA)
# Hong Leong MSiG Takaful (HLMT)