Amat lama saya tidak menulis didalam blog ini. Idea banyak, tapi tak tau mana nak start. Tapi isu kali ini adalah berkaitan dengan kejadian yang berlaku semalam. Memandangkan semalam adalah cuti perayaan ganti bersempena deepavali, so adalah percaturan appointment yang saya buat, dan tak juga ada yang call saya nak tanya pasal insurance.
Pada hari Jumaat 25/10/2019, saya menerima panggilan telefon dari seorang perempuan, yang mengatakan ingin berjumpa dengan saya berkenaan dengan pertanyaan mengenai isurance dan juga hibah. Sudah menjadi kewajipan saya sebelum berjumpa, saya ingin mendapatkan serba sedikit latar belakang mengenai prospect yang menghubungi saya, namun dia kata, dia cuma buat business dan nak amik hibah tak lebih dari RM250.00 sebulan dan juga medical card tak lebih RM350.00 sebulan. umur dalam lingkungan 31 tahun. Ok lah, saya dah congak dalam kepala mana product bersesuaian dgn budget beliau.
Semalam, 28/10/2019, saya berjumpa dengan beliau di IOI Mall Putrajaya food court, ditemani oleh seorang lelaki yang diperkenalkan sebagai suaminya. well, berpakaian agak kemas sesuai dgn pekerjaan yang diberitahu kepada saya sebagai seorang usahawan / business man.
Belum sempat saya bertanyakan mengenai insurance, suami beliau telah memulakan bicara dengan bertanyakan, berapa lama dalam bidang insurance?, saya menjawab 5 tahun dengan 2 company. Sekarang dengan HLMT dah kat 2 tahun. Ditanyakan lagi kepada saya, pernah buat MLM, Multi Level Marketing, pernah dgr? Saya kata pernah dgr. Terus, dia ckp, tujuan hari ni adalah untuk mengajak saudara Nizam untuk menyertai group saya sebagai usahawan MLM HAI-O. Dalam hati saya berkata, dah terkena aku, dan buang masa aku.
Saya mengangguk lemah, dan dia terus bercerita mengenai system piramid HAI-O, dengan mengatakan bahawa group HAI-O ni adalah BMF, ramai lah org melayu Islam telah berjaya dan merentasi kemiskinan dengan menyertai HAI-O. Dah ramai dah dapat income melebihi gaji sekitar RM4000 sebulan dan mcm mcm lagi.
Apa yg menariknya, dia juga menceritakan bahawa, untuk mendapat income bulan pertama sebanyak RM1000 minimum, saya dikehendaki membeli barang HAI-O berjumlah RM4000.00. Lantas sy mengatakan bahawa, saya tidak ada punya wang sebanyak itu. Sambil tergelak sinis, sisuami mengatakan bahawa takkan org buat insurans tak ada duit sebanyak tu. Saya cuma senyum hambar. Tanpa berputus asa, sisuami berterusan menunjukkan pelbagai bukti yang menunjukkan kekayaan org melayu dalam bidang perniagaan HAI-O termasuk dengan cth cek ribu riban lah.
Saya pun bertanya, dalam ramai ramai ni, semua dah ada ke medical card dan hibah? Jawapan siisteri pulak, mereka tak perlukan medical card dan hibah kerana mempunyai duit yang banyak dan mampu duduk di kelas pertama hospital swasta secara percuma. Percuma kerana setiap bulan, apabila ada org bawah dalam groupnya buat sales, maka dia akan dpt juga komisen. Saya tanya bagaimana kalau org bawah tak mampu nak buat sales? Si isteri mengatakan bahawa org bawah kena buat sales berjumlah RM4000 juga untuk kita dapatkan komisyen overiding dan juga kenaikkan pangkat. Nampak tak permainan MLM disitu.
Saya pula bertanyakan, bagaimana kalau tak ada duit RM4000.00. Jawapan yang buat saya terkedu adalah, ooo tidak mengapa, boleh buat pinjaman peribadi sebanyak RM5000 dari RHB Easy. Dapat komisyen pertama RM1000 jgn pakai tapi terus byr ke RHB, dan seterusnya sehingga habis. Dalam tak sampai setahun, dah boleh settlekan pinjaman tersebut.
Lantas, saya mengeluarkan kad keahlian HAI-O dan menunjukkan kepada pasangan terbabit. Alangkah terperanjatnya mereka. Saya mengatakan bahawa saya tidak pernah jumpa mana mana produk yang bagus selain HAI-O akan tetapi kebanyakkan orangnya oversell. Saya tidak pernah jumpa mana mana MLM Company, yang buka stokis pkl 11.30 dan tutup pkl 6 ptg pada hari biasa, dan buka pkl 11.30 dan tutup pkl 3.30 ptg setiap sabtu kecuali HAI-O. Product dan ahli mereka oversell.
Saya juga menceritakan bahawa, saya menerima hadiah berupa jam FAKE dari org atas dan atas apabila membeli barang dari stokisnya secara pos berjumlah RM500.00. Bayangkan apabila hadiah yang saya terima amat amat mengecewakan. Saya buat complaint, dan mutu barangan tetap sama. Alasan yang diberikan adalah, takkan belanja RM500.00 nak dpt jam tgn Swarisky Original. Sy bgtau balik, dalam dunia ni ada banyak barangan yang ori tapi harga bawah RM100 even bawah harga RM50.00. Jam tgn saya sendiri pun berharga RM980.00.
kemudian, page FB saya dihujani dengan pelbagai promosi dan juga ayat copyright sales yang saya rasa seperti harm dan spam. Lantas sy blocked fb beliau. Sperti sy diminta beli belenket HAI-O yang berharga ribu ringgit, kerana selimut tu mampu memberikan tenaga dan memulihkan org stroke. Bukan ke ayat tu ayat oversale. Kalau betul selimut tersebut mampu menyelamatkan orang, kenapa harus dijual dengan harga yang mahal. Org miskin dan berpendapatan sederhana tak mampu nak pakai, maka hanya menunggu mati je lah.
Saya terus "hentam" dia balik, saya amat tidak bersetuju yang tuan dan puan menggunakan duit cash sendiri apabila masuk kedalam hospital. Tuan dan Puan ada medical card? (yg isteri menggeleng kepala, yg suami kata dah ada medical card), sy mencelah, ada ke tak ada? mereka diam.
Tuan dan Puan ada RM30k tak sekarang kalau masuk ke hospital disebabkan appendicitis, kena pula emergency operation. Puan nak duduk kelas berapa kalau kena operation ni. Saya ada client yang kena buat emergency operation appendicitis, seminggu warded di Colombia Puchong, kos utk 7 hari RM24,000.00. Puan ada RM800k utk rawatan kanser selama setahun? Puan ada RM100k untuk rawatan pembedahan pintasan jantung di hospital swasta? nak masuk kerajaan, bila nak buat operation? Dan puan ada RM1200 dibayar setahun tak untuk amik plan kritikal illness yang mana puan dpt suminsured sebanyak RM500k?
Aset tuan dan puan ada berapa? agak agak lah ada berapa. Jawapan mereka RM500k. Saya ckp, semua aset tu dalam loan kan? terutama pinjaman perumahan, kereta dan juga mungkin kad kredit dan personal loan. Kalau tuan dan puan, saya berikan setiap sorg hibah plan berjumlah RM500,000.00 dengan setiap sorg byr RM450 sebulan? Beban ke tak? Mereka diam. kalau ini pun rasa beban, bagaimana pula rasa apabila kita keluarkan cash sendiri untuk byr bill perubatan. Kos kena dengue, RM5000.00, mampu nak byr?
Sbb tu saya amat tak bersetuju kalau tuan dan puan mengatakan tidak perlu sebarang medical plan kerana punyai cash yang banyak untuk biayai rawatan perubatan. Bayangkan satu hari nanti org bawahan anda tidak lagi mau buat MLM HAI-O ini, adakah anda akan punyai pendapatan seperti sekarang? Mereka hanya diam. Anda sebenarnya mengayakan org atas anda dengan point dan juga overiding yang anda beli.
So sekarang bagaimana? Mana yg penting? HAI-O atau HLMT? mereka still diam. Saya juga memberitahu bahawa, saya sedang mencari sesiapa yang ingin join group HLMT saya, memberikan kesedaran betapa pentingnya Insurance daripada Cash apabila dimasukkan ke ward. Suami nya memberitahu, nanti kami fikirkan dahulu. Dalam hati saya, memang tak le kau nak join.
Akhir sekali, sebelum sy dan kedua org kaya dari HAI-O tu beransur, saya sempat menunjukkan kepadanya ini.