21 July 2019

APA ITU DEDUCTIBLE DALAM MEDICAL CARD

Salam sejahtera semua,

Tajuk kali ini adalah kesinambungan pada tajuk KISAH BENAR 2: MEDICAL CARD NAK HARGA MURAH. Tapi kali ini, saya akan bercerita mengenai DEDUCTIBLE yang ada didalam plan medical card. 

Semua medical card yang ada didalam Malaysia ada deductible. Ianya merupakan satu option atau pilihan samada package tersebut hendak dimasukkan ataupun tidak bergantung kepada pilihan orang yang hendak mengambil medical card terbabit. Biasanya, deductible ini diambil apabila ada orang yang mempunyai benefit majikan yang ada sampai mencecah RM100k setahun.

Apa itu deductible?
Deductible merupakan satu plan kesihatan yang mana pemegang polisi (insurer) perlu membayar terlebih dahulu bil perubatan sebelum syarikat insurance menyambung bayaran perubatan selebihnya. Ianya berbeza dengan co-insurance. Co-Insurance pula merupakan insuran bersama adalah perjanjian bersama antara pemegang polisi dengan syarikat insurans kesihatan untuk membayar peratusan yang ditentukan dari jumlah kos perubatan. Ini bermakna insurer akan dikehendaki membayar sejumlah wang sementara syarikat insurans kesihatan akan menanggung baki tertunggak.

Mari kita lihat senario deductible dibawah.

Nama Client                                       : Abdul Karim
Tarikh Lahir                                       : 29/07/1981 (39 tahun)
Merokok?                                           : Tidak Merokok
Pekerjaan                                            : Office Administration Manager
Benefit Health dari Majikan tahunan : RM100,000.00

Bandingkan quotation dibawah :-

DESCRIPTION PACKAGE (PLAN 300/NIGHT)
TANPA DEDUCTIBLE
DENGAN DEDUCTIBLE
SUM INSURED
RM100,000.00
RM150,000.00
YEARLY LIMIT
RM1,180,000.00
RM1,180,000.00
LIFE TIME LIMIT
UNLIMITED
UNLIMITED
ANNUAL PREMIUM
RM5,000.00
RM3,500.00
HALF YEAR PREMIUM
RM2,500.00
RM1,750.00
QUATERLY PREMIUM
RM1,250.00
RM875.00
MONTHLY PREMIUM
RM416.70
RM291.67
Client yang sama, mengambil plan 300/night akan tetapi:-

1) Sum Insured
    a) Tanpa deductible    : RM100,000.00
    b) Dengan deductible : RM150,000.00

2) Premium dia
    a) Tanpa deductible    : RM5,000.00
    b) Dengan deductible : RM3,500.00

Nampak tak perbezaannya, plan DENGAN deductible amat jauh lebih murah berbanding dengan TANPA deductible plan.

BAGAIMANA DEDUCTIBLE INI BERFUNGSI.

katakanlah deductible plan ini ditetapkan pada
a) Pre-retirement (sehingga umur pencen)  : RM20,000.00
b) Post-retirement (setelah umur pencen)   : RM10,000.00

Kita amik senario dibawah:
- En Abdul Karim dimasukkan ke hospital disebabkan demam panas (viral fever)
- Dimasukkan ke ward 2 beded / room selama 4 hari,
- Total bill RM7,000.00

Apabila discharged, En Abdul Karim dikehendaki membayar bil RM7,000.00 secara tunai. Mengapa beliau dikehendaki membayar secara tunai? Sebab beliau ambil plan medical card dengan deductible plan. Maka, beliau boleh menggunakan wang tunainya sendiri atau menggunakan benefit dari majikannya. Nasib beliau baik kerana ada benefit dari majikan, kalau tak ada, mcmana?

Maka dengan itu, En Abdul Karim telah menggunakan RM7,000.00 dari RM20,000.00 deductible plan (pre-retirement) nya. Maka, ada lagi balance RM13,000.00 masih belum digunakannya lagi. Seandainya, beberapa bulan kemudian beliau dimasukkan ke hospital akibat appendicitis dan total bill nya adalah RM15,000.00 makanya, En Abdul Karim dikehendaki menjelaskan hanya RM13,000.00 secara tunai dan lagi RM2,000 akan ditanggung oleh pihak insurance. Dapat tak?

DEDUCTIBLE PLAN
PRE-RETIREMENT
RM20,000.00
1st Admitted (Viral fever)
RM7,000.00 @ tunai sendiri / majikan)
Balance
RM20,000 – RM7,000 = RM13,000.00
(ada balance RM13,000 dari dalam deductible plan)
2ND Admitted (appendicitis)
RM15,000.00
(RM13,000.00 (dari dalam deductible plan) @ tunai sendiri / majikan)
Balance RM2,000 @ insurance byr)
Kemudian, dalam beberapa hari kemudian akibat dari komplikasi pembedahan appendicitis, En Abdul Karim masuk lagi ward dan total bill RM15,000.00, makanya keseluruhan bill RM15,000.00 tersebut akan dijelankan oleh pihak Insurance. Sebabnya, RM20,000 deductible plan dari medical card telah digunakan sepenuhnya pada tahun berkenaan. Sekiranya beliau masuk ward tahun hadapannya, maka process diatas akan berulang semula dan En Ahmad ada RM20,000 deductible plan nak kena settle sebelum insurance boleh cover selepas RM20,000 berkenaan.

Secara kesimpulannya, client bertanggungjawab terhadap 1st RM20,000.00 total bill, dan kemudiannya adalah tanggungjawab syarikat insurance menjelaskan bill seterusnya.

Begitulah cara bagaimana Deductible berfungsi. Ini amat jauh sekali bagaimana co-insurance berfungsi. Dalam perjanjian didalam polisi insurance, ada dinyatakan bahawa, insurer dikehendaki membayar 15% dari setiap total bil. Katakan seseorang itu dimasukkan ke hospital dan bil nya adalah RM24,000.00 (appendicitis with emergency operation, warded 1st class for 6 days) makanya, beliau dikehendaki membayar 15% dari RM24,000.00 iaitu RM3,600.00 dan baki RM20,400.00 akan dijelaskan oleh pihak insurance.

Maka disini sudah terang lagi bersuluh, bagaimana deductible ini berfungsi. Hal ini ramai orang yang hendak mengambil insurance tidak diberitahu. Itulah sebabnya, ada agent diluar sana yang terdesak nak sales sanggup merahsiakan hal ini dari pengetahuan prospect. Menipu lah namanya. So sebab itulah ianya amat murah.

Apakah kebaikkan dan kelebihan deductible plan ini, antaranya
a) Memberikan tumpuan pada client / prospect yang ada benefit medical coverage dari majikan
b) deductible juga digunakan untuk mengurangkan premium yang perlu dibayar dengan menumpukan half-half paid (company bayar separuh, dan client tak perlu byr banyak atas premium, maka premium menjadi rendah
c) amat sesuai bagi yang ada budget rendah dan menumpukan pada bahagian investment

Akhir sekali, sebelum anda membeli insurance medical card ini, sila pastikan bahawa anda faham pada terma dan syarat seperti deductible plan dan juga co-insurance. Tahukah anda, berapa ramai agent insurance diluar sana, setelah close insurance dgn anda, mereka tidak lagi menghiraukan anda sekiranya tiba masa anda dimasukkan ke hospital, dan beberapa masalah berlaku. Saya sendiri bekerja dihospital dah teramat lali dengan masalah ini. Begitu byk berlaku apabila medical card yang telah ada tidak dapat digunakan atas sebab deductible plan dan juga co-insurance. Maka jalan pintasnya adalah, keluarkan duit KWSP dan juga pinjam merata.

https://khairulnizamhlmtakaful.blogspot.com/p/free-quotation.html
APPLY YOUR MEDICAL CARD NOW

JANGAN LUPA UNTUK LIKE PAGE DAN FOLLOW BLOG SAYA,

Sekian, terima kasih, 














KhairulNizam Mohayan
Hong Leong MSiG Takaful (HLMT)
Insurance Agent
0139008424

No comments:

Post a Comment