15 July 2019

KISAH BENAR 1: PENGELUARAN CARUMAN KWSP

Salam sejahtera semua,

Sebelum saya bercerita lebih lanjut dan panjang, mari kita baca petikan pada gambarajah dibawah ini dahulu .. 


ini adalah kisah benar yang berlaku ditempat saya bekerja. Bukan sahaja ditempat sekarang, hal dan perkara ini telah berlaku sepanjang 12 tahun saya berkhidmat di hospital. Bayangkan, bagaimana kehidupan pesakit ini, serta ahli keluarganya apabila telah mencapai umur 60 tahun kelak. Duit manakah yang hendak diguna pakai apabila umur pesaraan kelak atau pun lebih malang lagi apabila dia meninggal dunia meninggalkan ahli keluarganya termasuk anak yg masih bersekolah dan masih kecil?

Kos perubatan meningkat saban tahun tidak kira lah ketika inflasi ataupun tidak. Ini kerana demand atau permintaan yang ada pada setiap hospital swasta itu sendiri. Dengan kehebatan perkhidmatan yang disediakan sehingga kepakaran seseorang doktor yang berada di hospital bekernaan adalah amat amat berpatutan sekiranya hospital itu menaikkan kos kerana kos penyenggelaraan peralatan disebuah hospital amat amat tinggi.

Bayangkan, seandainya sesebuah hospital itu ada menyediakan perkhidmatan pembedahan secara Hybrid, bayangkan berapa kos penyelenggaraan tersebut. Tanpa penyenggelaraan yang rapi dan terbaik, memungkinkan akibat yang buruk berlaku terhadap pesakit lain dan juga menjatuhkan reputasi hospital berkenaan. Bayangkan pula peralatan untuk pembedahan lain seperti laser, atau peralatan seperti rawatan kanser, rawatan jantung atau rawatan yang berkaitan dgn pembedahan kritikal seperi jantung, otak, dan juga mcm mcm jenis rawatan lain. Adakah anda fikir, hospital mahu menyelamatkan anda seorang tanpa anda fikir hospital dan doktor bertanggung jawab menyelamatkan nyawa pesakit lain. Fikirkan semula.

Seperti contoh diatas, adalah kejadian yg berlaku. Pesakit seorang lelaki berumur 32 tahun, terkena appendicitis dan ianya sudah pecah didalam perut. Doktor terpaksa membuat pembedahan kecemasan untuk mengelakkan infection terhadap organ dalaman lain. Maka segala consent dah diambil, pesakit dimasukkan kedalam bilik 2 katil memandangkan beliau bekerja disebuah syarikat yg agak terkenal dan juga eligibility beliau memang 2 katil sebilik.

Disebabkan oleh komplikasi yang dihadapinya, beliau ditahan didalam ward selama 5 hari dgn pemantauan rapi. Ye lah hospital pun bukan calang calang. Tiba masa untuk discharged. Total bill adalah RM24,000.00. Terkejut dengan bil tersebut, beliau memberitahu bahawa kos perubatan yang boleh ditanggung oleh majikannya cuma RM10,000.00 sahaja. Maka beliau kini terpaksa mencari lagi baki RM14,000.00  utk melunaskan bil rawatan tersebut.

Beberapa minggu kemudian, dia datang bersama isteri memohon laporan perubatan untuk mengeluarkan duit KWSP. Saya memberitahu bahawa masa yang diambil adalah dalam masa 14 hari dan sy membantunya mempercepatkannya. Dalam masa 3 hari laporan perubatan KWSP nya telah lengkap doktor isikan.

Selang 2 minggu, duit dari KWSP telah dikeluarkan dan dibayar kepada hospital akan tetapi hanya RM10,000.00. Katanya terlalu banyak nak keluarkan sebanyak RM14,000.00 dan lagi RM4,000.00 dipinjam dari isterinya.

Bila ditanya mengapa tak apply medical card, jawabnya, terlupa. Saya hanya senyum sinis. Dalam hati dah terbahak bahak ketawa ... Jawatannya bukan calang calang tau, senior manager !!! di sebuah sykt yg terhebat .. jangkaan saya RM15,000.00 sebulan !!!

Anda yang baca cerita benar  ini merasakan penting atau tidak medical card ini? Saya jumpa ramai orang, sy approach ramai orang berkenaan medical card. Mereka kata, majikan saya cover RM50k termasuk anak dan isteri, dan isteri sy juga majikannya ada cover RM50K termasuk anak anak.

Sedihkan mentaliti orang berkenaan. Saya hanya mampu tersenyum dan berdoa agar dia dikurniakan kesihatan yang baik baik.

Akhir sekali, setelah anda membaca tulisan saya ini, apa pendapat anda? Tidak perlu kata apa apa, buka lah EPF akaun anda sekarang, dan nilaikan sendiri sama ada cukup atau tidak. Dgn duit tu lah untuk rawatan kesihatan, san dgn duit tu lah utk hari tua, dan duit itu juga lah utk kegunaan ahli keluarga setelah anda meninggal dunia kelak.

Fikir fikirkan ....

Saya sertakan sekali list borang - borang pengeluaran KWSP untuk memudahkan pembaca mengeluarkan duit untuk bayar bill hospital kelak. Klik je pada link KWSP dibawah 

 KWSP HOME PAGE
KLIK PADA KWSP LOGO UNTUK KE LAMAN WEB PENGELUARAN KESIHATAN

Kalau sayang duit KWSP, cepat cepatlah mohon kad perubatan dengan menghubungi saya seperti no tertera dibawah. 













KhairulNizam Mohayan
Hong Leong MSiG Takaful (HLMT) Insurance Agent
Contact : 0139008424

No comments:

Post a Comment