21 July 2019

KISAH BENAR 2: MEDICAL CARD NAK HARGA MURAH

Beberapa bulan yang lepas, sy dihubungi oleh seseorang untuk bertanyakan mengenai medical card. Beliau mendapat no telefon saya dari sahabatnya yang dia mendapat no telefon saya dari facebook. Alhamdulillah, ini bermakna online marketing saya sampai kepada sasaran.

Sebelum saya lanjutkan dengan sebut harga @ quotation, saya adalah bertanyakan beberapa soalan kepada beliau mengenai package medical card yang mcmana dia inginkan, bertanyakan namanya, pekerjaannya, kesihatannya, ada merokok atau tidak dan yang penting tarikh lahirnya. Apabila saya dah dapat semua maklumat itu, maka saya pun buat lah quotation. Beliau juga inginkan medical card tersebut merangkumi anak dan isterinya. Dia juga kata nak yang paling murah

Ini adalah maklumat beliau:-

Nama         : Din (bukan nama sebenar)
Umur         : 57 Tahun
Merokok    : Tidak
Pekerjaan   : Perunding Perniagaan

Wife           : Aminah (bukan nama sebenar)
Umur         : 59 Tahun 
Merokok    : Tidak
Pekerjaan   : Suri rumah

Anak          : Abdul (bukan nama sebenar)
Umur         : 5 tahun 
Merokok    : Tidak
Pekerjaan   :Pelajar 

Setelah saya dapatkan maklumat diatas, maka saya pun mulakan pengiraan saya. Maka dibawah ini adalah hasilnya:- 


Detail
Amount
Sum Insured
RM30,000.00
Room and Board
RM200.00 / night
Yearly Limit
RM1,200,000.00
Limit Usage per life
Unlimited
Co-Insurance / Deductible
None
Waiver
None
Premium
Yearly:       RM15,000.00
Half Year:  RM7,500.00
Quarter:    RM3,750.00
Monthly:   RM1,250.00
Jadual diatas adalah premium untuk 3 orang dengan masing masing mendapat benefit yang berasingan. 

Alangkah terperanjatnya beliau kerana premium tersebut adalah diluar jangka budget beliau. Beliau ada menemplak saya mengatakan ianya sangat mahal, sedangkan syarikat insurance dari "A" jauh lebih murah dari apa yang saya berikan.

Saya menjelaskan bahawa, quotation tersebut adalah berdasarkan faktor umur beliau, dan isterinya yang sudah berusia merupakan satu risk kepada syarikat insurance. Beliau tidak berpuas hati diatas jawapan yang saya berikan. Apabila ditanya berapa budget bulanan maksimum yang en din mampu, jawapannya RM500 SEBULAN termasuk semua sekali. Saya pula yang terperanjat. Saya katakan bahawa tidak ada mana syarikat insurance yang boleh bagi seperti apa yg en mahukan memandangkan usia en dan wife dah lebih dari 50 tahun, dah separuh abad umur en dan wife.

Dia berterusan bahawa syarikat "A" dah bagi dia quotaiton yang bulanannya hanya RM570.00 sebulan dengan rate ROOM & BOARD RM500 sehari termasuk ada rider hospitalization income RM150 satu malam.

Saya mengatakan bahawa HLMT tak dapat nak bagi rate mcm tu, dan saya terus mencadangkan kepada en din supaya terus berjumpa kepada agent berkenaan untuk sign up policy insurance berkenaan.

Alhamdulillah, saya tidak ralat atau kecewa sama sekali tidak close sale berkenaan. Saya pegang kata - kata boss saya Mr DANIEL LIM, beliau menasihati saya supaya sentiasa berfikiran terbuka dan tidak terburu-buru nak close sale sampai langgar segala bentuk polisi dan tatacara sebagai seorang professional insurance agent. Tak pe tak ada rezeki, sekurang kurangnya, kita ada pengalaman berhadapan dengan kejadian dan case seperti ini.

Pada hemat saya, syarikat insurance "A" berkenaan ada melakukan perkara yang tidak client  tahu. Ini kerana, kemungkinan dia menjual med card tanpa memberitahu kepada client bahawa med card package yang dia ambil adalah STAND ALONE MEDICAL CARD atau package yang dijual adalah DEDUCTIBLE MEDICAL CARD PLAN. Nanti dalam topik yang lain, saya akan huraikan apa maksud stand alone medical card dan juga deductible plan kebaikkan dan keburukkannya.

Pada akhir pertemuan dengan client tersebut, saya meminta maaf bahawa HLMT tak dapat nak bagi quotation seperti yang dimintanya dan selagi lagi saya memberitahu beliau agar tidak terlambat untuk memohon polisi dari syarikat insurance "A".

Kesimpulan yang boleh saya ambil, dan saya kongsikan disini adalah, jangan lah kita bertangguh untuk dapatkan medical card, lagi lambat kita bertangguh, lagi tinggi harga yang kita perlu bayar. Lagi berusia seseorang itu, lagi berisiko seseorang itu terdedah kepada penyakit yang mana mana syarikat insurance tak nak cover. Ingatlah, satu jenis penyakit yang bisa merubah kehidupan anda dengan secara tiba-tiba adalah KANSER kerana hampir 90% kanser boleh dikesan ketika sudah berada pada stage 3 dan 4 iaitu ketika teruk. Seandainya kita tidak ambil med card ketika sihat, dan apabila terkena kanser, bagaimana kita nak dptkan rawatan kanser yang mencecah sehingga RM400k setahun? Fikir fikir lah,

Sekian terima kasih,

JANGAN LUPA UNTUK FOLLOW SAYA 



KhairulNizam Mohayan
Hong Leong MSiG Takaful (HLMT)
Insurance Agent
0139008424

No comments:

Post a Comment