03 August 2019

HIBAH DAN MANFAATNYA



Apa itu hibah ??? Hibah itu adalah HADIAH. Mudah untuk kita fahami maksud hibah ini sebenarnya. Tanpa hibah, maka tak ada hadiah? Tapi tanpa hibah, mana yang dikatakan hadiah? Tanpa hibah itu yg dikatakan hadiah itu adalah, simati meninggalkan "hadiah" berupa hutang dan kesengsaraan kepada ahli keluarganya seperti Isteri anak anak dan juga ibu bapanya. 

Apabila meninggal anak adam itu, selain ilmu yang bermanfaat, dia juga meninggalkan ahli keluarganya seperti Isteri dan anak anak. Bukan itu sahaja, dia juga meninggalkan hutang dari pinjamannya seperti pinjaman perumahan, kenderaan, kad kredit dan juga pinjaman perniagaan. Dia juga meninggalkan perniagaannya yang memungkinkan ditutup akibat tiada modal pusingan dan juga akibat tak tau nak uruskan. 




Pemberian hibah tidak dihadkan kepada sekumpulan orang tertentu. Ia berbeza dengan sistem faraid yang memberikan hak hanya kepada ahli waris-waris tertentu, manakala wasiat mengecualikan waris sebagai penerima wasiat. Pemberi hibah boleh menentukan sendiri kepada siapa harta dan jumlah hendak diagihkan dengan mengambil kira kesesuaiannya dari segi kedudukan ekonomi dan keperluan semasa waris-warisnya. Ini kerana, kebiasaannya keperluan seseorang individu dengan individu yang lain adalah berbeza.


Mari kita buat contoh. Saya ambil contoh diri saya sendiri.

Saya amik plan hibah seperti dibawah:-

Jantina : Lelaki
Umur : 38 tahun (lahir 1981)
Merokok : Tidak
Pekerjaan : Kelas 1 (bekerja di pejabat)
Plan Hibah : RM500,000.00
Premium Tahunan : RM6,840.00

Baki Hutang Sedia Ada :-
Rumah : RM120,000.00
Kereta : Tiada hutang
Kad Kredit : Tiada kad kredit
Personal Loan : RM13,000.00

Apabila saya meninggal, HLMT akan membayar kepada wife saya, kesemua plan hibah saya berjumlah RM500,000.00. Dari jumlah RM500,000.00 itu, wife saya akan membayar jumlah pinjaman peribadi saya memandangkan rumah saya telah saya insurance kan kepada pihak BANK. Maka, wife saya perlu membayar bulanan sahaja untuk seketika sebelum insurance cover pinjaman rumah tersebut. Maka, selepas wife saya mendapat RM500,000.00 dan tolak jumlah personal loan, baki yang ada adalah RM487,000.00

Memandangkan anak saya masih lagi bersekolah, maka wang tersebut akan digunakan untuk membiayai persekolahan anak saya. Memandangkan anak saya hanya seorang, maka wife saya akan melaborkan RM100,000.00 dari baki tersebut didalam amanah saham didik.

Ada lagi RM387,000.00. Wife saya kemudian turut melaburkan wang tersebut didalam income protection HLMT, sebanyak RM160,000.00 untuk jangkamasa 8 tahun. selebihnya adalah belanja sepanjang ketiadaan saya.

Nampak tak bagaimana plan hibah tersebut berfungsi? Kemampuan saya ketika ini adalah RM6,840.00 semalam setahun untuk hibah RM500,000.00. Bagaimana dengan pembaca sekalian? Plan hibah ini tak perlu mahal mahal, dan ianya adalah mengikut kemampuan kita. Supaya premium tahunan kita itu tidak ada laps.



Diatas ini adalah kelebihan hibah. Hibah tidak boleh sama sekali di cabar di mana mana mahkamah didalam dunia kerana ianya merupakan kontrak yang jelas dimana pemberi hibah hendak memberikan sejumlah wang kepada mana mana individu yang dinamai didalam plan hibah sebagai nominee. Dalam kes ini, 100% adalah kepada isteri saya.

Maka andai kata saya meninggal dunia, maka wang hibah tersebut tidak boleh dituntut oleh mana mana pihak. Faham kan. Wang tersebut akan wife saya laksanakan beberapa perkara yang patut terutama mencairkan semua aset aset saya yang lain seperti contoh, tukar nama rumah, pencairan aset didalam bank (wang simpanan), wang di tabung haji, wang di ASB, wang di KWSP dan lain lain simpanan saya yang lain. Kesemua aset saya yang dibekukan hendakalah dicairkan diamanah raya yang mana ianya akan diagihkan menggunakan hukum faradih.



Bayangkan, anda ada aset berupa wang tunai hasil penat lelah anda bekerja untuk anak dan isteri, apabila anda meninggal dunia tetiba, isteri dan anak-anak anda dapat sikit kerana wang tersebut dikongsikan dengan adik beradik anda yang lain. Katakan aset tunai anda RM150,000.00 sahaja (ASB, KWSP, TABUNG HAJI), adakah ianya adil? Bagaimana kehidupan isteri dan anak anak anda selepas itu? Adakah wang yang diagihkan kepada adik beradik anda itu akan digunakan untuk menyara kehidupan anak anak anda kelak? 99% sy boleh katakan, selepas adik beradik anda dapat duit faraidh berkenaan, mereka lupa akan tanggungjawab tersebut. 







Amat dahsyatkan impak terhadap harta anda yang ditinggalkan meskipun hanya RM150,000.00. Hal ini dah banyak sekali berlaku. Tapi ramai juga yang tak sedar akan hal ini. Sikap yang suka bertangguh dalam nak amik hibah untuk ahli keluarga tercinta menyebabkan insan yang ditinggalkan merana seumur hidup. Saya dah banyak jumpa hal hal seperti diatas ini.

Apa yang saya boleh sarankan, cepat cepatlah amik hibah. Jangan tunggu lama lama. Lagi lama anda tunggu, lagi lama risiko yang anda perlu tanggung. Andai kata lah sementara nak menunggu tu, anda terkena penyakit 36 jenis penyakit kritikal, maka HLMT pasti akan reject permohonan anda tu. Kalau tak pun, anda terpaksa membayar harga yang mahal disebabkan penyakit anda tu. HLMT tak nak tanggung risiko. 


Lihat infografik diatas, sudah RM66.6 Billion harta tak dituntut. Salah satu selain dari perebutan dari ahli keluarga adalah, kos pengurusan yang juga amat tinggi. Sebelum harta berkenaan dicairkan, waris dikehendaki membayar sejumlah harga atau processing fee 


Agak agak berapa kos yang harus dibayar oleh waris (isteri) untuk mencairkan aset (tunai RM150,000.00 & harta benda termasuk rumah RM250,000.00) kepada amanah raya, dan kemudiannya, apabila aset tersebut telah cair, aset tersebut diberikan kepada waris yang lain tanpa ada mengeluarkan se sen pun untuk process amanah raya berkenaan. Anda rasa adil? Isteri anda kena byr, adik beradik lain bergembira dengan hasil berkenaan. apa yang anda akan rasa? Kerana itulah, terdapat lebih RM6.6 Billion aset dan harta tidak dituntut di amanah raya hingga kini. 

Wahai pembaca yang budiman, saya telah huraikan dengan panjang lebar persoalan ini. nah sekarang adalah part pembaca sekalian. Jangan lah ditunggu lama lama untuk buat hubah ini. Segerakanlah. Ikutlah kemampuan anda. Kasihanilah isteri dan anak anak anda. Andai kata anda tidak tahu bagaimana nak bermula, klik butang merah dibawah ini, saya akan terangkan satu persatu. Bawalah isteri anda sama ketika seisi penerangan itu nanti agar dia pun tahu bahawa tindakan anda itu adalah kerana sayangnya anda sebagai seorang suami kepada Isterinya.

Para suami, lihatlah wajah isterimu, meskipun dia bekerja, ketahuilah, kekuatan isterimu adalah ketika adanya suami disisinya. Kelak apabila anda telah pergi buat selama lamanya, ketahuilah, ada isteri yang berjawatan CEO pun tak mampu menangguh semua ini berseorangan. Itu kalau berjawatan CEO, bagaimana pula hanya sebagai kerani biasa atau tidak bekerja? Dimana kemampuan mereka.

BACAAN TAMBAHAN 

1) Memahami Konsep Hibah (Harian Metro 14/08/2018)
2) Suami Meninggal Dunia, Keluarga Mertua Berebut Harta, Isteri Merempat.


Justeru itu, usahlah berlengah lagi, klik butang merah dibawah, dan saya akan beri penerangan secara keseluruhannya.

 KLIK UNTUK MEMOHON


Akhir sekali, jangan lupa untuk like dan follow fb saya dan juga blog ini

Sekian, terima kasih



KhairulNizam Mohayan
Hong Leong MSiG Takaful (HLMT)
Insurance Agent
013-9008424

No comments:

Post a Comment