17 August 2019

MAHALNYA QUOTATION MEDICAL CARD NI !!!


Salam sejahtera semua pembaca sekalian,

Sebelum saya berceloteh panjang, izinkan saya nak gelak sepuas hati saya dulu ...


Kenapa saya gelak?

Saya gelak kerana statement dari dr Sanjay Tolani tu.

Sebenarnya, saya ada berjumpa dengan ramai orang. Clients yang saya jumpa ni mereka mengatakan mereka nak medical card. Mereka menghubungi saya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan medical card. Ada diantara mereka ada yang dah ada budget, dan ada yang tak ada specific budget. Kadangkala budget yang mereka letak tak masuk akal. Senang cerita, mereka nak murah, tapi cover semua. Saya ada membincangkan topik ini dahulu. Boleh semak link dibawah 

BACA: KISAH BENAR 2: MEDICAL CARD NAK HARGA MURAH
Sebagai pengguna, sesiapa pun, kita pasti mencari yang murah, dan berkualiti. Jangankan orang lain, saya pun sama. Tapi untuk memenuhi kehendak berkenaan, saya akan menjelaskan kepada diri saya beberapa soalan dibawah:-

1) Nak yang murah atau nak yang mahal
2) Kalau murah, kualitinya biasa biasa, cukup sekadar pakai, mungkin tak tahan lama, luaran mungkin akan tahan beberapa lama dan kemudian akan pudar,
3) Kalau mahal, kualitinya amat bagus, puas hati pakai, tahan lama, menarik, cantik dan yang penting mesti berbaloi dengan harga yang dipakai.

Saya juga menjelaskan begitu kepada setiap client yang saya jumpa terutama pada penghujung pertemuan samada close atau tidak. Kerana saya nak jelaskan bahawa:-

1) Yang murah tidak semestinya bagus
2) yang mahal tidak semestinya tidak bagus

Ianya adalah diatas kelangsungan seseorang itu hendak mengeluarkan wang untuk mendapatkan sesuatu samada ianya ala kadar, atau setakat cukup sekadar ada, atau memberikan kualiti yang terbaik, terutama hal medical card ini.

Ceritanya banyak terjadi kepada saya, mereka yang ingin memohon medical card ini ada yang mengatakan bahawa harga yang saya berikan mahal, dan juga ada yang mengatakan tak masuk akal, dan ada juga yang mengatakan harga yang saya berikan adalah bersesuaian dengan tahap kualiti medical card HLMT yang mereka pernah dengar dan baca, dan tak kurang juga dari research mereka.

Apabila berjumpa dan saya pun start lah presentation saya. Biasanya untuk medical card ni ramai yang dah tau bagaimana fungsi medical card ni. Cuma biasanya saya terangkan mengenai package yang ada didalam medical card ni.

Ditanya kepada saya, apakah package atau rider yang perlu ada didalam medical card. Kita tolak dahulu mahal atau murah. Apa yang peting bagi saya adalah :-

1) ROOM & BOARD

Saya kalau masuk ward, saya nak selesa. Saya tak nak orang kacau dan saya nak sunyi sepi dan yang penting ianya cukup PRIVACY. Sebab itu lah saya pilih Hospital swasta. Bayangkan kalau anda sakit, anda dapat pula org sebelah katil yang tido berdengkur tak ingat !!! dan yang paling tak boleh tahan adalah kalau ada org yang menziarah jenis datang satu kampung, langut sampai tak kira masa dan sembang dengar riuh !!! Adakah anda rasa selesa? Nah, sekarang bayangkan anak anda masuk ward, pilihan bilik mana yang anda perlukan? Bilik bertiga / bilik berdua? Pilihan saya tetap single room !!! Bilik pilihan saya adalah bilik single dan kalau ikut kemampuan saya adalah bilik PLAN 300. Untuk Makluman, tak semua hospital, Plan 300 adalah bilik single, namun ianya akan membantu saya untuk mendapatkan bilik single. Bagaimana tu? Nanti saya ceritakan. Baca selanjutnya.

2) RIDER

Medical ini banyak sgt rider. Tapi yang menjadi kegemaran saya apabila saya approach orang adalah:-

Waiver (Waiver of Contribution on Critical Illness Waiver Plan)
katakan saya bayar setahun RM3000.00, dan selepas 3 tahun saya byr premium ini tanpa masalah, doktor mengesahkan saya mengidap penyakit kritikal (mana mana dalam 36 jenis) makanya, premium saya menjadi percuma sampai bila bila. Erti kata lain, HLMT akan menanggung premium saya ini sehingga umur 80 @ 100 tahun (mengikut plan yang kita ambil). Walaupun saya disahkan mengidap penyakit kritikal tersebut, seluruh package medical card saya berjalan seperti biasa iaitu seperti saya tidak sakit apa apa. menarik bukan !!!

Hospital Income Benefit
Ramai dari client saya bertanyakan rider ini kerana ianya adalah package yang memberikan ada duit apabila dimasukkan ke ward. Tidak kiralah dimasukkan ward atas sakit apa, pasti akan dibayar. Hospital income ini adalah dalam bentuk unit iaitu 1 unit = RM50.00. Ada sesetgh client saya dapat sehingga maksimum iaitu 8 unit, iaitu bersamaan RM400 akan dibayar sehari semalam apabila dimasukkan ke ward. Andai kata dia bermalam di ward selama 5 hari, maka dia akan dibayar sebanyak RM2,000.00.

Nah, ini yg saya katakan tadi saya amik plan 300 tapi mampu duduk bilik single. Biasanya utk plan 300, hospital incomenya adalah diantara 1 unit sehingga 5 unit. Kita amik 5 unit iaitu RM250.00 sehari semalam. Plan medical card anda adalah plan 300 (satu bilik 2 katil). Untuk pengetahuan anda harga single room adalah seperti dibawah (KL & Selangor)

1) Prince Court : RM280.00 (Standard Single)
2) Colombia Asia (all) : RM220.00 (Standard Single)
3) CVSKL : RM350.00 (Premium Single)
4) KPJ Tawakkal : RM320.00 (Standard Single)
5) KPJ Ampang : RM380.00 (Single Deluxe)
6) KPJ Selangor : RM380.00 (Standard Single Room)
7) Assunta Hospital : RM350.00 (Executive Suite)
8) Sunway Medical Centre : RM338.00 (Premium Single)

Rata rata room rate dalam Klang Valey adalah RM300 dan keatas kecuali Prince Court. Tapi tidak diketahui, akan datang, harga bilik ini akan naik atau tidak, saya tidak pasti. Kebiasaan akan naik.

Nilai plan bilik kita 300 semalam dan hospital income kita adalah RM250.00 makanya, kita dah ada RM550.00 sehari semalam. Katakan kita masuk ke CVSKL dengan room rate RM350.00, maka kita akan guna RM50.00 dari hospital income yang kita ada, dan balance adalah RM200.00 akan masuk poket kita sendiri. kalau 5 hari warded kat CVSKL, kita guna RM50 x 5 = RM250.00 yang perlu kita bayar perbezaan harga bilik itu masa kita discharge nanti. Total hospital income kita sehari semalam adalah RM250 x 5 = RM1250 - RM250 (harga perbezaan bilik yang kita byr cash semasa discharge). Faham tak?

Adalah sudahsedia maklum, package rider ini ada harganya tersendiri. Rider rider ini akan menyebabkan premium kita tadi akan naik. Katakan premium basic kita hanya RM250.00 sebulan @ RM3,000.00 setahun, dengan penambahan rider diatas, ianya mungkin akan menjadi RM300 sebulan @ RM3,600.00 setahun dan mungkin mencecah RM4 ribu ke RM5 ribu setahun. Mahal atau murah?

Adakah kita boleh tak amik rider diatas? BOLEH tiada masalah, tapi yang akan menjadi masalah pada kita kelak andai kata kita tak amik Waiver (Waiver of Contribution on Critical Illness Waiver Plan) ini. Sebab waiver ini membantu kita kelak. Bagi saya, waiver ini wajib untuk diambil. Sebab kita masih kena byr premium walaupun kita kena critical illness. Ada duit ke time tu nak bayar. Kalau tak bayar dan laps, kad tak boleh guna ketika nak masuk ward, siapa nak byr ??? Time tu, kita akan merasakan lebih baik aku mati !!!

Mengikut statistik yang saya buat, saya telah berjumpa seramai 55 orang, 32 daripadanya mengatakan ianya mahal, 15 mengatkan murah (tapi tak amik pun) dan 5 daripadanya murah dan terus signup.

Saya nak focus pada 32 orang berkenaan sahaja !!! Sila baca dan fahamkan.

Apabila mereka mengatakannya mahal, mereka menjelaskan bahawa sebut harga daripada syakt insurance lain lagi murah dan berpatutan harganya. Lantas saya mengajukan kepada mereka soalan dibawah:-

1) Murah dengan different berapa banyak? RM10 / RM50 / RM100 / RM1000 ???
2) Bila encik / cik / puan berjumpa dengan agent insurance tersebut? Semalam / minggu lepas / tahun lepas / beberapa tahun lepas / atau tidak berjumpa langsung?
3) Seandainya murah, kenapa tak sign up terus dari agent tersebut yang encik jumpa semalam / minggu lepas / tahun lepas / beberapa tahun lepas. Kenapa bertangguh sampai sekarang ???
4) Andai kata mahal, bahagian mana yang mahal? Boleh bagitau saya ???
5) Andai kata sykt lain murah, bahagian mana yang murah?
6) Adakah pacakge yang diberikan oleh syarikat insurance lain tersebut stand alone atau ILP? Adakah ianya deductible plan?
7) kalau syarikat insurance lain itu murah adakah ianya berbaloi, dan HLMT mahal menyebabkan kerugian?

Daripada soalan diatas, hampir kesemuanya tidak mampu dijawab lebih lagi apabila saya ada minta salinan quotation untuk saya buat comparison. Rata rata mereka terperangkap dengan soalan ini. Namun, saya tidak memaksa mereka mendapatkan medical card dari saya memandangkan tugas saya sebagai agent insurance selain mengharapkan ianya close dan ada income diatas usaha saya itu, saya juga menyampaikan perkara yang perlu yang saya hadap hari hari dihospital. Saya juga berharap agar mereka tidak terlalu lewat untuk mendapatkan medical card yang mempunyai fungsi bukan setakat memberikan perlindungan ketika berada di ward, malah mereka tidak ditipu dengan package yang dikatakan murah dari syarikat insurance lain.

selain soalan diatas, uka juga saya buat comparison terhadap harga medical card dengan mengambil contoh dibawah sebagai kesimpulan saya setiap kali seisi pergulungan iaitu:-

Harga kopi di kedai mamak RM2.00 secawan sedangkan harga kopi di starback or coffee bean adalah RM15.00. Walaupun ianya hanya kopi, tapi keenakkan pada kopi itu yang kita nak, rasanya, kualitinya, aromanya membuatkan kita ketagih nak minum lagi. Pernah tak org tambah topping cream pada kopi dikedai mamak? Tak pernah kan, tapi topping tu ditambah pada kopi di starbuck dan coffee bean betulkan? Topping itulah juga bersifat rider. Tambah topping, lain harga.

Begitu juga kereta, adakah kita 4 beranak nak bawa PRODUA KANCIL dari KL ke Perlis nak balik kampung? Sudah tentu tidak. Sekurang kurangnya PROTON PERSONA. Ianya hanya sebuah kereta, namun kita nak keselesaan, nak kan keselamatan semasa perjalanan, dan juga ruang yang selesa untuk penumpang. Bagitu juga medical card. Gunalah medical card yang berkualiti (PROTON PERSONA @ mungkin X70 @ dan lebih lagi), bukan sekadar medical card (produa kancil) yang mampu memberikan keselesaan kepada anda dan penumpang (ahli keluarga)

Panjang lebar saya bercerita hari ini, saya harap sudilah membaca sehingga habis setiap kali membaca penulisan saya ini. Penting agar maksud yang ingin saya sampaikan itu jelas dan membawa kebaikkan kepada pembaca sekalian.

Berminat nak dapatkan medical card, klik button dibawah:-

 KLIK UNTUK MENDAPATKAN QUOTATION MEDICAL CARD


Akhir sekali, Andai ada punyai perkara yang ingin bertanyakan kepada saya, boleh klik terus pada no telefon dibawah image gambar saya yang handsome tu, nanti saya akan reply secepat munkin. Jangan lupa untuk terus mengikuti blog saya ini, follow blog saya ini dan yang penting like page FB saya.

Sekian, terima kasih,


KhairulNizam Mohayan
Hong Leong MSiG Takaful (HLMT)
Insurance Agent
013-9008424

No comments:

Post a Comment