23 August 2019

RAKYAT MALAYSIA TIDAK CUKUP NILAI PERLINDUNGAN


KUALA LUMPUR: Rakyat negara ini wajar memperuntukkan kira-kira 10 peratus daripada pendapatan boleh guna mereka setiap bulan untuk produk perlindungan seperti takaful bagi mengurangkan beban kewangan sekiranya berdepan musibah seperti kemalangan, banjir, kebakaran, penyakit kritikal dan kematian.
Pengerusi Persatuan Takaful Malaysia (MTA), Muhammad Fikri Mohamad Rawi, berkata ketika ini, masih ramai rakyat Malaysia tidak mempunyai nilai perlindungan yang mencukupi untuk menampung standard kehidupan sedia ada sekiranya penjana utama pendapatan meninggal dunia.
Beliau berkata, di negara maju, rakyat mereka mempunyai sekurang-kurangnya dua produk perlindungan bagi melindungi keluarga untuk mengekalkan gaya hidup sedia ada sekiranya berdepan musibah.
“Lazimnya, tragedi boleh berlaku bila-bila masa dan tidak dapat dijangka. Justeru, setiap individu perlu sedar kepentingan mempunyai perlindungan takaful bagi memastikan keluarga dapat mengekalkan standard kehidupan sedia ada sekiranya pencari nafkah keluarga meninggal dunia,” katanya ketika ditemui baru-baru ini. 
Muhammad Fikri berkata, MTA komited untuk terus meningkatkan kesedaran rakyat di negara ini untuk mempunyai perlindungan takaful dengan pelaksanaan fasa kedua ‘Race for Cover Towards Takaful 2020’ menerusi pelancaran pelan takaful perubatan dan kesihatan serta penyakit kritikal.
Beliau berkata, kempen itu adalah usaha MTA bersama anggotanya untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia melanggan produk takaful.
“Misi kami di MTA adalah untuk meningkatkan pemahaman dan kesedaran mengenai takaful dan faedahnya kepada rakyat Malaysia. Kita perlu mengubah persepsi rakyat, sambil memastikan perlindungan untuk keluarga atau perniagaan mereka,” katanya.
Mengulas mengenai prestasi industri takaful tempatan, Muhammad Fikri berkata, setiap tahun industri takaful mencatatkan pertumbuhan kukuh dengan pertumbuhan dua angka.
Beliau berkata, sumbangan perniagaan baharu takaful keluarga meningkat 13.1 peratus kepada RM4.91 bilion pada 2018 berbanding RM4.35 bilion pada 2017.
Katanya, pada tahun lalu juga memperlihatkan nilai perlindungan takaful baharu meningkat 14.5 peratus kepada RM324.2 bilion berbanding RM283.1 bilion pada tahun sebelumnya.
“Kami berharap trend akan berterusan tahun ini disokong oleh promosi berterusan kami untuk menarik lebih ramai rakyat Malaysia untuk melanggan perlindungan takaful baharu.
“Kami menyasar nilai perlindungan takaful baharu akan mencecah kira-kira RM400 bilion hujung tahun ini,” katanya.
Muhammad Fikri berkata, MTA juga mensasarkan untuk mencapai kadar penembusan takaful di negara ini kira-kira 25 peratus menjelang 2020 berbanding 15.2 peratus ketika ini.
“Cabaran untuk mencapai kadar penembusan 25 peratus menjelang 2020 sangat mencabar. Bagaimanapun, kami akan terus mempertingkatkan usaha dalam meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap perlu adanya produk perlindungan takaful,” katanya.
RUJUKAN :
BH ONLINE @   4:25 pm 

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2019/07/591062/rakyat-malaysia-tak-cukup-nilai-perlindungan 

========================================================================

PERSOALANNYA ....

TIDAK CUKUP DUIT NAK CARUM TAKAFUL SEKARANG, KETIKA ANDA SIHAT. ADAKAH ANDA AKAN CUKUP DUIT UNTUK CARUM TAKAFUL KETIKA ANDA SUDAH SAKIT, KETIKA ANDA TELAH HILANG PEKERJAAN, KETIKA ANDA SEDANG TERBARING MENANTI PINTU SAKARATUL MAUT TERBUKA !!! TAK KESIAN KE KAT FAMILY !!! 


Tunggu apa lagi, whatsapp saya sekarang dengan klik whatsapp sign sebelah kanan tu. Kita jumpa kita bincang sampai jadi.

Sekian terima kasih,



KhairulNizam Mohayan
Hong Leong MSiG Takaful (HLMT)
Insurance Agent
0139008424

No comments:

Post a Comment