29 October 2019

KISAH BENAR 4 - DIRECT SELLING : INSURANCE VS MLM


Salam pembaca sekalian,

Amat lama saya tidak menulis didalam blog ini. Idea banyak, tapi tak tau mana nak start. Tapi isu kali ini adalah berkaitan dengan kejadian yang berlaku semalam. Memandangkan semalam adalah cuti perayaan ganti bersempena deepavali, so adalah percaturan appointment yang saya buat, dan tak juga ada yang call saya nak tanya pasal insurance.

Pada hari Jumaat 25/10/2019, saya menerima panggilan telefon dari seorang perempuan, yang mengatakan ingin berjumpa dengan saya berkenaan dengan pertanyaan mengenai isurance dan juga hibah. Sudah menjadi kewajipan saya sebelum berjumpa, saya ingin mendapatkan serba sedikit latar belakang mengenai prospect yang menghubungi saya, namun dia kata, dia cuma buat business dan nak amik hibah tak lebih dari RM250.00 sebulan dan juga medical card tak lebih RM350.00 sebulan. umur dalam lingkungan 31 tahun. Ok lah, saya dah congak dalam kepala mana product bersesuaian dgn budget beliau.

Semalam, 28/10/2019, saya berjumpa dengan beliau di IOI Mall Putrajaya food court, ditemani oleh seorang lelaki yang diperkenalkan sebagai suaminya. well, berpakaian agak kemas sesuai dgn pekerjaan yang diberitahu kepada saya sebagai seorang usahawan / business man.

Belum sempat saya bertanyakan mengenai insurance, suami beliau telah memulakan bicara dengan bertanyakan, berapa lama dalam bidang insurance?, saya menjawab 5 tahun dengan 2 company. Sekarang dengan HLMT dah kat 2 tahun. Ditanyakan lagi kepada saya, pernah buat MLM, Multi Level Marketing, pernah dgr? Saya kata pernah dgr. Terus, dia ckp, tujuan hari ni adalah untuk mengajak saudara Nizam untuk menyertai group saya sebagai usahawan MLM HAI-O. Dalam hati saya berkata, dah terkena aku, dan buang masa aku.

Saya mengangguk lemah, dan dia terus bercerita mengenai system piramid HAI-O, dengan mengatakan bahawa group HAI-O ni adalah BMF, ramai lah org melayu Islam telah berjaya dan merentasi kemiskinan dengan menyertai HAI-O. Dah ramai dah dapat income melebihi gaji sekitar RM4000 sebulan dan mcm mcm lagi.

Apa yg menariknya, dia juga menceritakan bahawa, untuk mendapat income bulan pertama sebanyak RM1000 minimum, saya dikehendaki membeli barang HAI-O berjumlah RM4000.00. Lantas sy mengatakan bahawa, saya tidak ada punya wang sebanyak itu. Sambil tergelak sinis, sisuami mengatakan bahawa takkan org buat insurans tak ada duit sebanyak tu. Saya cuma senyum hambar. Tanpa berputus asa, sisuami berterusan menunjukkan pelbagai bukti yang menunjukkan kekayaan org melayu dalam bidang perniagaan HAI-O termasuk dengan cth cek ribu riban lah.

Saya pun bertanya, dalam ramai ramai ni, semua dah ada ke medical card dan hibah? Jawapan siisteri pulak, mereka tak perlukan medical card dan hibah kerana mempunyai duit yang banyak dan mampu duduk di kelas pertama hospital swasta secara percuma. Percuma kerana setiap bulan, apabila ada org bawah dalam groupnya buat sales, maka dia akan dpt juga komisen. Saya tanya bagaimana kalau org bawah tak mampu nak buat sales? Si isteri mengatakan bahawa org bawah kena buat sales berjumlah RM4000 juga untuk kita dapatkan komisyen overiding dan juga kenaikkan pangkat. Nampak tak permainan MLM disitu.

Saya pula bertanyakan, bagaimana kalau tak ada duit RM4000.00. Jawapan yang buat saya terkedu adalah, ooo tidak mengapa, boleh buat pinjaman peribadi sebanyak RM5000 dari RHB Easy. Dapat komisyen pertama RM1000 jgn pakai tapi terus byr ke RHB, dan seterusnya sehingga habis. Dalam tak sampai setahun, dah boleh settlekan pinjaman tersebut.

Lantas, saya mengeluarkan kad keahlian HAI-O dan menunjukkan kepada pasangan terbabit. Alangkah terperanjatnya mereka. Saya mengatakan bahawa saya tidak pernah jumpa mana mana produk yang bagus selain HAI-O akan tetapi kebanyakkan orangnya oversell. Saya tidak pernah jumpa mana mana MLM Company, yang buka stokis pkl 11.30 dan tutup pkl 6 ptg pada hari biasa, dan buka pkl 11.30 dan tutup pkl 3.30 ptg setiap sabtu kecuali HAI-O. Product dan ahli mereka oversell.

Saya juga menceritakan bahawa, saya menerima hadiah berupa jam FAKE dari org atas dan atas apabila membeli barang dari stokisnya secara pos berjumlah RM500.00. Bayangkan apabila hadiah yang saya terima amat amat mengecewakan. Saya buat complaint, dan mutu barangan tetap sama. Alasan yang diberikan adalah, takkan belanja RM500.00 nak dpt jam tgn Swarisky Original. Sy bgtau balik, dalam dunia ni ada banyak barangan yang ori tapi harga bawah RM100 even bawah harga RM50.00. Jam tgn saya sendiri pun berharga RM980.00.

kemudian, page FB saya dihujani dengan pelbagai promosi dan juga ayat copyright sales yang saya rasa seperti harm dan spam. Lantas sy blocked fb beliau. Sperti sy diminta beli belenket HAI-O yang berharga ribu ringgit, kerana selimut tu mampu memberikan tenaga dan memulihkan org stroke. Bukan ke ayat tu ayat oversale. Kalau betul selimut tersebut mampu menyelamatkan orang, kenapa harus dijual dengan harga yang mahal. Org miskin dan berpendapatan sederhana tak mampu nak pakai, maka hanya menunggu mati je lah.

Saya terus "hentam" dia balik, saya amat tidak bersetuju yang tuan dan puan menggunakan duit cash sendiri apabila masuk kedalam hospital. Tuan dan Puan ada medical card? (yg isteri menggeleng kepala, yg suami kata dah ada medical card), sy mencelah, ada ke tak ada? mereka diam.


Tuan dan Puan ada RM30k tak sekarang kalau masuk ke hospital disebabkan appendicitis, kena pula emergency operation. Puan nak duduk kelas berapa kalau kena operation ni. Saya ada client yang kena buat emergency operation appendicitis, seminggu warded di Colombia Puchong, kos utk 7 hari RM24,000.00. Puan ada RM800k utk rawatan kanser selama setahun? Puan ada RM100k untuk rawatan pembedahan pintasan jantung di hospital swasta? nak masuk kerajaan, bila nak buat operation? Dan puan ada RM1200 dibayar setahun tak untuk amik plan kritikal illness yang mana puan dpt suminsured sebanyak RM500k?

Aset tuan dan puan ada berapa? agak agak lah ada berapa. Jawapan mereka RM500k. Saya ckp, semua aset tu dalam loan kan? terutama pinjaman perumahan, kereta dan juga mungkin kad kredit dan personal loan. Kalau tuan dan puan, saya berikan setiap sorg hibah plan berjumlah RM500,000.00 dengan setiap sorg byr RM450 sebulan? Beban ke tak? Mereka diam. kalau ini pun rasa beban, bagaimana pula rasa apabila kita keluarkan cash sendiri untuk byr bill perubatan. Kos kena dengue, RM5000.00, mampu nak byr?

Sbb tu saya amat tak bersetuju kalau tuan dan puan mengatakan tidak perlu sebarang medical plan kerana punyai cash yang banyak untuk biayai rawatan perubatan. Bayangkan satu hari nanti org bawahan anda tidak lagi mau buat MLM HAI-O ini, adakah anda akan punyai pendapatan seperti sekarang? Mereka hanya diam. Anda sebenarnya mengayakan org atas anda dengan point dan juga overiding yang anda beli.

So sekarang bagaimana? Mana yg penting? HAI-O atau HLMT? mereka still diam. Saya juga memberitahu bahawa, saya sedang mencari sesiapa yang ingin join group HLMT saya, memberikan kesedaran betapa pentingnya Insurance daripada Cash apabila dimasukkan ke ward. Suami nya memberitahu, nanti kami fikirkan dahulu. Dalam hati saya, memang tak le kau nak join.

Akhir sekali, sebelum sy dan kedua org kaya dari HAI-O tu beransur, saya sempat menunjukkan kepadanya ini.



kalau org sekaya JACK MA pun beli insurance, takkan baru buat HAI-O dah tak pandang Insurance tuan dan puan. kan kan kan. Ha ha ha sambil saya gelak.


Para pembaca sekalian,

Insurance amat penting, kalau cash anda ada banyak, tak salah beli insurance berapa byk pun sbb insurance tak akan membuatkan anda bankrupt, tapi tanpa insurance anda pasti bancrupt apabila ada krisis kesihatan dan juga kewangan. Nak tau apa produk yang sy ada bersesuaian dengan kehendak dan keperluan anda, klik logo whatsapp disebelah kanan ni. Saya akan reply.

Sekian, terima kasih,



KhairulNizam Mohayan
Hong Leong MSiG Takaful (HLMT) Consultant
0139008424
FB : KhairulNizam - HLMT Takaful Consultant

01 October 2019

HARGA SEBUAH KUALITI, NAMPAK MAHAL SEBENARNYA TIDAK


Salam pembaca sekalian,

Ketika ini ramai yang mencari medical card yang murah-murah, dengan erti kata lain, cukuplah ada medical card walaupun limit tahunan RM150,000.00 dan majikan punya medical coverage ada dalam RM50,000.00 maka jumlah keseluruhan RM200,000.00.

Baik,
Setiap hospital swasta didalam Malaysia PASTI akan menaikkan charges setiap tahun kerana apa, kerana, staff didalam HOSPITAL pun gaji nak naik, bonus nak banyak, medical equipment pun nak kena selenggara, banyak peralatan office pun nak kena tukar dan selenggara, ada department yang nak tambah staff, staff hospital pun nak ada annual dinner, peralatan pembedahan, mesin pun nak kena upgrade sbb nak bagi the best pada pesakit, logik atau tidak hospital swasta HARUS MENAIKKAN HARGA operasinya? Sudah semestinya HARUS DAN WAJIB.

Akan tetapi, logik atau tidak
Satu hari nanti RM150k dari limit medical card tahunan anda tersebut cukup untuk kenaikkan tahunan tersebut? Bayangkan kelak anda dah tak lagi bekerja dgn majikan anda, makna kata RM50,000.00 tu dah tak ada lagi kan !!! Mana nak cari kalau 10 tahun kemudian RM150,000.00 limit tahunan yang anda ada sekarang sudah tak mampu nak tanggung bil perubatan anda?

Kos utk emergency operation appendicitis di ward klas pertama utk 5 hari berjumlah RM24,000.00. Bill perubatan untk rawatan sakit jantung di hospital swasta (CVSKL) mencecah RM110,000.00 termasuk dengan beberapa procedure. RM150k cukup? Kos utk rawatan kanser mencecah RM400,000.00 setahun di swasta. Cukup ke RM150,000.00? Anda nilai sendiri

Anda mungkin mengatakan, tak pe, nnti apply lah medical card yg ada limit sehingga RM2 juta tu. Jawab soalan saya:-

1) Adakah premium tahunan anda ketika itu murah? Tidak, ianya pasti mahal kerana perubahan life style anda dan umur semakin meningkat

2) Apabila dah terkena je penyakit 36 kritikal ILLNESS, harapan untuk dapatkan medical card yang mempunyai coverage juta juta setahun amat amat tipis, dan memungkinkan tak akan dapat langsung. Kalau istilah perbankan, ianya digelar BLACKLIST. 

3) Kalau ada masa dan sempat sebelum TIBA-TIBA kena penyakit kritikal illness, ada ke syarikat insurance nak layan permohonan anda. Kalau ada, baguslah, tapi anda mungkin dan PASTI akan kena byr premium yang amat amat mahal.

So apa tunggu lagi, saya cuma memberikan penjelasan, namun semua ini bergantung kepada keputusan anda sendiri. Lagi lama bertangguh, lagi parah.

Anda nak apply medical card yang NAMPAK MAHAL SEBENARNYA TIDAK? Klik logo whatsapp sebelah kanan ini untuk kita sembang-sembang dan untuk jumpa.

DUIT MUNGKIN TAK BERGUNA APABILA ANDA TELAH TERLAMBAT KELAK.

Sekian, Terima kasih


KhairulNizam Mohayan
Hong Leong MSiG Takaful (HLMT) Consultant,
013-9008424

FB : khairulnizam - HLMT Takaful Consultant