31 December 2019

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2020




Salam pembaca sekalian,
Selamat menyambut Tahun Baru 2020 Mesihi. Terima kasih kerana menyokong saya, memberikan tunjuk ajar, dan juga nasihat serta pandangan yang bernas, dan terima kasih diatas menjadikan saya kuat dan berdiri terus, memberikan khidmat terbaik kepada ramai lagi orang diluar sana.
Anda yang menjadikan saya kuat, menjadikan saya bersemangat dan juga menjadi motivasi kepada aya untuk terus memberikan khidmat dan juga kesedaran tentang insurance ini.
Azam saya, saya akan terus membantu bukan sahaja kepada pembaca sekalian, akan tetapi juga kenalan yang para pembaca kenalkan kepada saya.
Akhir sekali,
Doa saya, semoga pembaca sekalian dikurniakan kesihatan yang baik-baik juga ahli keluarga pembaca sekalian.


Sekian, terima kasih.
Khairulnizam
Trusted
HLMT Takaful Consultant
0139008424

16 December 2019

KISAH BENAR 5 : SAYA TIDAK PERCAYA INSURANCE, SY ADA TUHAN


Salam pembaca sekalian,

Dah lama tak menulis, tapi penulisan kali ini, saya tak sabar nak ceritakan. Kisah benar ni, bukan main main. Berlaku baru lagi. Tengah panas !!!

pada 14/12/2019, saya dihubungi oleh seorang wanita, berhajat nak jumpa saya segera ingin bertanyakan mengenai polisi insurance. Product yang ingin dia ambil adalah HIBAH. Maka pada 15/12/2019, petang saya berjumpa dengannya di AEON Jusco Shah Alam. Tak le jauh sgt dari rumah. Ok lah

Pada Tarikh berkenaan, saya jumpa wanita berkenaan. Dia terus membuka pertanyaan tanpa sempat sy perkenalkan diri. Dia tanya, adik ada buat hibah tak? Sy jawab lah, ada puan. Kalau gitu, saya nak amik lah. RM500k sum insured. Berapa bulanan saya?

Umurnya dalam 39 tahun, biz sendiri, tak ada sebarang penyakit, so utk sum insured RM500K, dalam RM8,000.00 setahun puan. Sebulan RM666.66. Best part nya dia cakap, ok akak sign skrg. Ada borang? He he he.

Agak weird, sambil dia isi borang, saya bertanyakan pada dia. Kenapa akak nak sign HIBAH ini segera, dan yg kedua, kenapa akak pilih HLMT dan juga saya?

Sambil dia isi borang,
sebenarnya, akak dah lama follow you punya FB Page dan juga website. Akak baca satu satu, apa yg akak suka adalah, keberterusterangan you dalam menyampaikan info. Semua info dalam website tu buatkan akan terfikir yg you ni memberikan service tanpa ada selindung apa apa. So tu yg akak minat dan suka, terus akak contact you.

yang kedua nya, kenapa akak nak sign up cepat cepat sign HIBAH ini. Sebenarnya, suami akak meninggal dunia kena heart attack semasa drive balik kerja. Org jumpa dia kat tepi jalan dalam kereta pkl 11:00 malam. Kami sebaya. sebenarnya. Anak ada 2 org semua kecik kecik lagi. Dia sebenarnya tak percayakan insurance. Katanya insurance ini semua menipu. Nak claim susah, masa nak collect duit dan buat appointment, bukan manis mulut. Akak pujuk juga amik lah. Dia kata hidup bergantung dgn TUHAN itu adalah lebih baik. Semua selamat. Dia meninggal dunia tanpa ada sebarang INSURANCE !!!. Cuma dapatlah sedikit bantuan dari majikannya, dan juga SOCSO.

aku hanya mendiamkan diri sambil memerhatikannya mengisi borang. Lantas aku memberitahu bahawa, aku buat insurance ini part time, keje hakiki adalah di hospital. Aku memberitahu bahawa penyakit jantung adalah penyakit membunuh no 1 di Malaysia, kemudian stroke. Dia jawab, akak dah bgtau arwah suami akak tapi dia tak nak dengar.

Aku menjawab, betul kak, kita sebagai orang Islam, percayakan semua itu adalah gerak dan juga ketentuan ALLAH. Namun ALLAH minta kita berusaha memperbaiki diri kita selaras dengan tuntutan agama. Sedangkan Nabi Muhammad pun pergi berperang, berusaha mengembangkan agama, inikan kita umatnya. ALLAH ada berfirman, 


Ini kan dah jelas ayatnya, tapi mengapa kita sebagai Hamba ALLAH hanya melihat firman ALLAH itu pada ayat-ayat tertentu sahaja? Rugikan kita.

Wanita itu menjelaskan, dia pernah nak amik insurance utk anak anak tapi dia kata, company dia ada memperuntukkan medical benefit untuk arwah suaminya, isteri dan anak anak. Tapi bila dia dah tak ada, kami terkontang kanting. Banyak urusan yang melibatkan duit terpaksa keluar dari poket akak. Dari hutang kereta di bank, sampai bayaran pinjaman perumahan sementara nak tunggu MRTA cover insurance loan rumah, akak kena bayar dulu. Nasib baik akak ni ada biz, dan dapat sikit bantuan dari bekan majikan arwah bagi sekaligus dan juga socso setiap bulan. Boleh lah. Tu nak settlekan kat amanah raya lagi, nak pakai duit. kos amanah raya je kat RM5 ribu. Akaun ASB, tabung haji semua tak boleh buat apa apa. Ujar wanita tu.

Selesai dia isi borang tu, dia terus bagi cek RM8,000.00 tanpa banyak bicara. ALLAH mudahnya tolong wanita ini. Untuk penama, dia letakkan kedua dua nama anaknya. Meskipun belum cukup 18 tahun, kemudian, HLMT akan uruskan TRUSTEE utk anak-anaknya. 
Tambahan wanita itu lagi, org cina, sanggup tak makan semata mata mereka nak pastikan bahawa isteri dan anak anak mereka akan terbela apabila mereka meninggal kelak. Sy dah jumpa ramai dah org cina yang amik hibah ini. Mereka amik hibah tau dik, bukannya wasiat atau apa sebab mereka tau, yg sykt insurance ni akan berikan pampasan pada waris mereka ni dalam masa 14 hari waktu bekerja. Cepat tau dari wasiat. Tu yg akan contact adik untuk amik hibah ni.

Satu lagi kak, yg RM8,000.00 ni akan cuma byr 8 tahun je tau. tapi coverage utk akak ni sampai 20 tahun premium. Akak akan dapat pampasan juga bila TPD. Dan bila kematian berlaku, HLMT akan uruskan hibah utk anak-anak akak ni dari segi process pembayaran kelak.

Terkejut wanita tu apabila aku memberitahu cuma byr 8 tahun shj. Dia ingatkan byr sampai umur nak meninggal nanti. Ha ha ha ... aku cuma boleh gelak je. Tak kak, byr 8 tahun shj. Then kalau mcm tu, akak nak tambah medical card lah sorg satu, utk akak dan 2 org anak akak. Nanti akak contact khairul lagi, sbb akak ada hal lain ni. Utk yg HIBAH ini, tolong cepat sikit processnya ye. Risau juga ni. he he he .

Dalam sejam, process sign up hibah ini berlaku. Alhamdulillah, semua settle.

------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Maaf bang, saya tak percaya insuran ni. Banyak penipu. Tak apalah. Terima kasih ya.”
Jawapan macam ni memang cari pasal sebenarnya hahaha. Mesti dia akan tanya kenapa tak percaya? Pernah ada pengalaman sendiri ke? Boleh share? Puas la pulak korang nak cerita panjang. Sebab ramai agent yang jujur kat luar sana tu. Nanti nganga korang nak tolak offer bila diorg bukak file claim.
------------------------------------------------------------------------------------------------------

Apa yang berlaku dan sy ceritakan diatas, jadikan pengajaran. Ye saya akan dapat komisyen dari apa yang tuan puan bayar, akan tetapi, ada objektif yang perlu anda semua lakukan, iaitu tidak meninggalkan isteri dan anak anak tanpa sebarang "hadiah berbentuk hibah". Bayangkan kehidupan mereka kelak tanpa anda !!!

Ayuh, sediakan hibah untuk isteri dan anak anak anda, sign up sekarang, sementara waktu (WAKTU ANDA HIDUP & SIHAT) masih ada. Jangan berlengah. Klik pada logo whatsapp sebelah kanan page ni. ------------- >. Dan jangan lupa like dan share FB page saya.

Sekian, terima kasih,



KhairulNizam
Trusted
Hong Leong MSiG Takaful Consultant
0139008424