29 August 2020

FUND ADEQUACY INSUFFICIENT NOTIFICATION / INVESTMENT LINK POLICY SUSTAINABILITY

Salam pembaca sekalian, 

Baru baru ini, saya dan wife ada menerima surat dari sykt insurance iaitu HLA dan juga HLMT berkenaan tajuk diatas. agak terkejut dengan tajuk diatas, lantas saya pun menghubungi HLA dan juga HLMT untuk mendapatkan makumat lanjut. Memandangkan saya adalah agent utk HLA dan HLMT, maka saya yakin akan ramai client saya menghubungi saya bertanyakan hal ini. Maka, dengan cara mudah, saya akan menerangkan secara detail didalam page ini dan berharap ianya akan menjawab pertanyaan dari client saya. 

Untuk makluman semua, hal ini hanya terpakai mana-mana polisi medical card atau life insurance yang mempunyai saving dan investment atau juga dikenali sebagai investment link. 

Apa itu investment link? 
Investment link adalah jenis produk yang ditawarkan berkaitan perlaburan yang direka untuk membantu memaksimumkan pulangan atas perlaburan anda. Ia menawarkan kebebasan untuk melabur dalam pelbagai dana dengan ekses kepada peluang pelaburan yang baik samada didalam atau diluar negara. 

Apa yang disediakan oleh investment link? 
1) kebebasan melabur 
2) mengimbangi dana secara autiomatik 
3) lonjakan nilai perlaburan anda 
4) faedah hilang upaya menyeluruh 
5) faedah kematian 
6) dana berkaitan perlaburan yang bersesuaian dgn kehendak anda

Saya tidak tau pun mengenai Investment link ini. 
Untuk membezakan samada anda ada atau tidak mempunyai investment link ini mudah sahaja. Apabila anda memohon kad perubatan sebagai contoh, apakan anda pernah mendengar perkataan SUM INSURED? Itulah dia nilai investment anda. Lagi tinggi nilai sum insured anda, maka lagi tinggi nilai premium yang anda kena bayar. 

Bagaimana Investment link ini berfungsi? 
Mudah sahaja, katakan selepas 3 tahun dan keatas anda membayar premium medical card anda, tiba satu ketika dimana anda mengalami sedikit kegawatan ekonomi rumah tangga dan anda perlukan duit, sudah tentu anda akan skip untuk byr premium tersebut. Maka, disini lah nilai tersebut digunakan. Sykt insurance akan mengambil nilai dari faedah keatas investment (sum insured) tadi dan membayar bulanan anda tersebut. 

Yg keduanya, hakikatnya, nilai premium setiap tahun akan meningkat selaras dengan peningkatan peralatan dan juga kos operasi hospital, maka katakan tahun pertama, anda membayar premium sebanyak RM200.00, maka tahun kedua, hakikatnya, nilai premium anda bukan lagi RM200.00 akan tetapi mungkin ada kenaikkan sebanyak RM30 sebulan. Maka dalam setahun, akan ada kenaikkan sebanyak RM360.00. Jadi disinilah sykt insurance akan mengambil faedah keatas nilai investment link tadi. Maka anda tidak terasa terbeban terhadap kenaikkan tersebut. 

Berbeza keatas medical card stand alone, kebanyakkan medical card stand alone tidak ada sum insured dan tidak ada investment link didalam pakej tersebut. Dan kebiasaannya, medical card stand alone ni murah. RM150 sebulan boleh dapat malah lagi rendah daripada itu pun boleh dapat. Akan tetapi, nilai tersebut akan naik dan sentiasa naik disebabkan oleh kenaikkan kos perubatan hospital. Kenaikkan tersebut mungkin dalam RM5 sebulan bergantung kepada jenis med card dan dari sykt insurance mana. Kenaikkan ini sedikit sebanyak akan mengganggu budget seseorang tersebut meskipun murah. 

Jadi, disinilah isunya timbul berkaitan dengan investment link. Disebabkan penularan COVID19, maka nilai investment yang telah dimohon oleh kebanyakkan orang tidak mampu untuk sustain sehingga keumur maksimum yang ditawarkan semasa permohonan med card. Ada diantara yang mohon sehingga 80 tahun, dan ada yang memohon hanya 60 tahun sahaja. Akibat penularan COVID19 tersebut, investment yang dilakukan oleh kebanyakkan sykat insurance terjejas dan memungkinkan akan tidak dapat menampung jumlah dan keuntungan yang bakal diterima kelak. 

Maka, dengan itu kebanyakkan sykt insurance telah pun mengeluarkan satu notice kepada semua pemegang med card yang mempunyai pakej investment link untuk melakukan topup. Didalam surat  tersebut, ada dinyatakan 3 option iaitu:- 

a) membuat pembayaran premium tambahan secara regular. 

Didalam surat notice terbabit, telah dinyatakan berapa jumlah topup yang perlu dibayar. Bermakna, syakt insurance telahpun mengirakan jumlah tambahan siap-siap 

b) membuat pembayaran premium tambahan secara lump sum 

Didalam surat notice terbabit, juga telah dinyatakan berapa jumlah yang perlu anda bayar secara single topup premium. 

c) dengan mengurangkan perlindungan insurance anda dengan mempertimbangkan salah satu perkara berikut 

        i)     dengan mengurangkan sum covered didalam plan asas anda 
        ii)    dengan mengurangkan sum covered didalam rider 
        iii)    dengan mengurangkan term / tempoh masa didalam rider 
        iv)    Downgrade rider plan yang anda pilih 
        v)    Membatalkan kesemua rider 

Apa akan jadi sekiranya saya tidak memilih ketiga-tiga option terbabit? 
Ianya tidak menjadi masalah buat sementara waktu akan tetapi memberi kesan kepada masa selepas itu. Katakan plan perlindungan anda sehingga umur 80 tahun, akan tetapi disebabkan anda utk tidak memilih mana-mana option diatas, maka had tawaran coverage umur pasti akan dikurangkan dari umur 80 tahun mungkin hanya sampai kepada umur 50 tahun 60 tahun or sampai 70 tahun bergantung kepada nilai investment yang ada pada suminsured anda tadi. 

Maka apa yang perlu saya buat? 
Apa yang perlu anda lakukan sekarang, jangan panik. Tenang dan dalam masa yang sama, anda boleh hubungi saya KHAIRULNIZAM MOHAYAN, TRUSTED INSURANCE CONSULTANT dengan klik pada tab FREE QUOTATION DIATAS atau klik pada "ANY INQUIRY PLEASE CLICK". Saya akan tunjukkan jalan terbaik untuk anda review semula polisi anda. 

Tanpa disangka-sangka, saya menerima whatsapp dari seorang client. Beliau dapat no telefon saya dari website sy ini. Dia mengutarakan untuk review policy med card yang sedia ada dgn sykt insurance PXXX. Beliau juga ada menerima notice seperti yang saya ceritakan diatas tadi. Dibawah ini adalah policy yang dia ada dgn sykt insurance PXXX 

            Room and Board          : RM200/ Day 
            Sum Insured                : RM50,000.00 
            Limit peryear              : RM500,000.00 
            Life time limit             : Unlimited 
            Monthly                      : RM510.00 

Beliau memberitahu saya untuk buat quotation baru yang mana agak similiar atau pun boleh overtake packate yang dia ada. Budget dia tak nak lebih. Setelah memperhalusi detail dia seorang lelaki cina, bekerja sebagai senior manager di sykt perumahan, tidak merokok dan berumur 46 tahun, maka dibawah ini adalah quotation beliau 

            Room and Board        : RM200 / day 
            Sum Insured              : RM50,000.00 
            Limit peryear            : RM2,500,000.00 
            Life time limit           : Unlimited 
            Monthly                     : RM466.00

Nah, nampak tak disitu perbezaannya, dari sykt insurance PXXX limit peryear RM500,000.00 sahaja, manakana limit peryear dari HLA RM2,500,000.00. Apabila mendengar shj hal ini, beliau bersetuju untuk berjumpa dan seterusnya utk sign up plan ni. Kami akan berjumpa pada 01/09/2020 di cyberjaya. Tempat kerja beliau. Amin 

Seandainya anda juga memerlukan khidmat nasihat seperti client saya tadi, jgn teragak-agak untuk terus menghubungi saya. Saya sentiada ada untuk melihat anda tersenyum. 

Akhir sekali, 

Saya mengucapkan terima kasih kerana sudi membaca website saya ini. Saya amat berharap agar dapat membantu para pembaca sekalian merancang kewangan dan seterusnya membantu ahli keluarga anda semua mendapat khidmat nasihat dari segi kewanan dan juga insurance. 

Sekian, terima kasih 


KhairulNizam Mohayan 
Trusted 
Insurance Consultant 
0139008424 


#Hong Leong Assurance 
#Hong Leong MSiG Takaful (HLMT)

28 August 2020

KISAH BENAR 5 : BIL HOSPITAL RM240 RIBU

Salam pembaca sekalian, apa yang hendak saya ceritakan ini adalah kisah benar. Diceritakan oleh isteri saya mengenai nasib yang menimpa kawannya. Hal ini baru sahaja berlaku didalam musim COVID19. 

Hal ini dikongsikan oleh kawan wife saya perihal yang berlaku keatas suaminya. untuk memudahkan pemahaman, saya menamakan kawan wife saya tu sebagai ETON dan suaminya AJIS. peristiwa ini terjadi pada diri AJIS. 

Ajis dimasukkan kehospital swasta akibat terjatuh dari tangga sehingga mengakibatkan fracture ankle (patah pergelangan tulang kaki). Beliau dimasukkan keward dan doktor mengesahkan bahawa Ajis ni boleh lah discharge esoknya. Namun, Eton mengatakan pada doktor agar diberikan satu malam lagi agar dirinya berpuas hati. Namun, peristiwa malang tu terjadi pada malam tersebut. 

Secara tiba-tiba, Ajis telah didapati mengalami sesak nafas yang agak terok. Rentetan dari incident tesebut, beliau telah di masukkan ke ward ICU untuk menjalani rawatan. Hasil daripada ujian ECG, doktor mengesahkan beliau mengalami serangan jantung. Bukan itu sahaja, doktor juga mengatakan bahawa Ajis telah lama mengalami serangan jantung berdasarkan pada pattern ECG report tersebut. Namun tidak disedari oleh Ajis sendiri. 


Gambar rajah diatas menunjukkan keadaan rhythm ECG bagi seorang pengidap sakit jantung
 

Lantas para doctor terus menjalankan rawatan yang sewajarnya. Namun keadaan Ajis bertambah terok dimana pada malam tersebut setelah rawatan untuk penyakit jantungnya itu, dia meraung kesakitan dibahagian bawah perut. Doktor dan jururawat menjadi bingung dan pelbagai pemeriksaan dijalankan keatasnya. Apa yang memeranjatkan para doktor hasil dari CT Scan keatas Ajis, terdapat limpahan darah yang cukup banyak memenuhi dikawasan perut. Ajis disahkan mengidap keadaan yang dipanggil Abdominal Aorta Aneurysm (AAA). Pada malam itu juga Ajis ditolak ke bilik pembedahan. 

Doktor mengesahkan peluang Ajis untuk hidup adalah teramat tipis. 8 daripada 10 orang yang mendapat AAA menemui ajal semasa dibilik pembedahan. Doktor telah mengarahkan Eton untuk memanggil semua sanak saudara, serta ahli keluarga dan bersedia terhadap apa jua kemungkinan yang akan berlaku. Apabila mendengar khabar tersebut, Eton menjadi lemah. Disaat itu tiada siapa yang berada disisinya. Setelah hampir sejam, barulah Eton menghubungi semua ahli keluarganya dan memberitahu situasi suaminya Ajis. 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Apa itu Abdominal Aorta Aneurysm? Baca SINI 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Setelah hampir 4 jam berada didalam bilik pembedahan, Ajis diusung keluar dari bilik pembedahan namun doktor mengatakan dan mengesahkan peluangnya amat nipis memandangkan darah dari salur pembuluh darah telah pecah dan memasuki ruang organ lain dalam badan Ajis. Kemungkinan, buah pinggangnya juga akan menghadapi masalah. 

Keesokkan harinya, hal yang ditakuti oleh doktor terjadi juga. Ajis mengalami simptom dimana buah pinggangnya mulai rosak akibat dari pendarahan AAA tersebut. Ketika dalam keadaan tidak sedar itu, doktor terpaksa membawa Ajis kebilik pembedahan bagi merawat buah pinggangnya itu. Doktor mengesahkan buah pinggang Ajis terjejas teruk akibat dari pendarahan tersebut namun berita baiknya, Ajis stabil dan dalam keadaan yang baik. 

Setelah Ajis ditahan selama 44 hari dihospital tersebut, akhirnya Ajis dibenarkan keluar dari hospital. Satu lagi hal yang mengerikan oleh Ajis dan Eton adalah bil hospital. Bil hospital utk rawatan dari hari pertama Ajis adalah sebanyak RM240,000.00. Terkejut dengan perkhabaran tersebut, namun ianya tetap harus dilunaskan. Lebih malang, Ajis dan Eton tidak mempunyai sebarang medical kad tetapi benefit dari majikan yang mereka ada. 

RM240,000.00 tersebut dilunaskan dari majikan Ajis dan Eton melalui medical benefit, wang KWSP mereka berdua dan juga simpanan yang mereka ada termasuk didalam tabung haji. 

Apa yang agak mengecewakan adalah, mereka sebelum ini menolak sama sekali sesiapa sahaja yang call berkenaan atau menawarkan mereka medical card dan juga insurance. Hal ini secara jujur diceritakan Eton kepada wife saya. Sehingga kini, mereka masih berhutang dengan hospital swasta berkenaan sebanyak RM85,000.00 dan menunggu tahun hadapan kerana menggunakan medical benefit daripada majikan masing-masing untuk melangsaikan bil hospital Ajis. Kini, duit simpanan KWSP (akaun 2) telah habis digunakan untuk membayar bil rawatan. Mereka juga tidak mempunyai simpanan sama sekali. 

Walapun begitu, ajis kini semakin pulih namun harus menjalani rawatan susulan di hospital swasta berkenaan. Rawatan tetap rawatan, setiap rawatan susulan juga harus dibayar dengan duit. Untuk Ajis memohon kad perubatan juga adalah mustahil dengan keadaan kesihatan yang tidak terjamin tersebut. Apa kan daya, mereka berdua bertindak untuk tidak percaya dan berkehendak kepada kad perubatan dan insurance. Andai kata, mereka berdua memohon kad perubatan meskipun tidak sampai setahun, untuk kes seperti AAA ni, pasti mereka akan menggunakan medical card sebagai medium untuk melunaskan bill hospital. 

Habis sahaja bercerita, lantas wife tanya, abg ada apply medical card tak? Jangan kata abg guna medical card dari hospital tempat abg bekerja. (had limit hospitalization yang majikan saya hadkan tahunan adalah RM75,000.00 sahaja). Lantas aku menunjukkan medical card dari HLA dengan had tahunan sebanyak RM2,500,000.00. Barulah dia tersenyum. Nasib baik aku dah apply awal awal. 

Para pembaca sekalian, 

Adalah amat penting, kita perlu ada medical card untuk sebarang kes emergency seperti cerita diatas. Memang benar, kita bayar tapi kita tak pernah masuk hospital sebelum ini, tapi bagaimana pula keadaan untuk akan datang? Adalah anda yakin bahawa anda tidak akan sakit? Tidak akan ditimpa kemalangan? Tahukah anda, tidak semua sakit kita kenal simtomnya. Sebagai cth Ajis. Dia telah mengalami serangan jantung berkali-kali namun disebabkan serangan tersebut tidak ketara, Ajis menganggapnya sebagai remeh. Apabila ECG dilakukan, hasilnya mendapati bahawa Ajis memang ada penyakit jantung !!! Anda pula bagaimana? Yakin bahawa anda sihat? 

Mohonlah kad perubatan sekarang. Hubungilah saya segera. Klik pada "any inquiry, please clik" disebelah kanan page ni atau klik pada Tab FREE QUOTATION diatas

Sekian, terima kasih 


KhairulNizam Mohayan 
Trusted 
Insurance Consultant
0139008424 

#Hong Leong Assurance (HLA)
#Hong Leong MSiG Takaful (HLMT)

19 August 2020

APA KHABAR ANDA SEMUA

Salam sejahtera semua pembaca, 

Saya memohon maaf sangat-sangat dimana telah tidak menulis sejak dari bulan Jan 2020 sehingga hari ini. Ini disebabkan saya terlalu sibuk dengan menyiapkan thesis saya. Thesis? Ye, saya sedang berada disemester akhir dalam pengajian saya diperingkat master. Master dalam Quality Management dari Open Universiti. 

Saya menyambung pengajian ini adalah kerana minat saya terhadap kualiti. Saya pernah katakan dahulu didalam page "MY Self", saya bekerja didalam bidang hospital sejak tahun 2010 sehingga kini. Ketika itu lah saya diberikan tugas yang mencabar iaitu menjadi sebahagian dalam pengurusan kualiti hospital iaitu di KPJ Sentosa Specialist Hospital, Kuala Lumpur. 

Dan kini, thesis saya sudah pun hampir siap. Dalam kepala ini macam-macam nak share kepada pembaca sekalian berkenaan insurance, dan ianya adalah pengalaman saya 100% dan tidak ada saya cedok dari mana-mana blog. Kalau adapun, ianya hanyalah kebetulan dan juga hasil diskusi saya bersama teman-teman seperjuangan saya dan juga manager saya yang baik hati dan supportive. 

Akhir sekali, saya berharap kepada yang ternanti2 akan tulisan saya ini, saya ucapkan terima kasih kerana setia, menjadi penasihat, dan juga memberikan saya banyak sekali idea untuk saya menulis. Semuanya saya tulis dalam buku peribadi saya yang saya bawa kemana-mana. 

Sebelum penutup, jangan lupa like my page dan subscribed page saya ini. 

Sekian, terima kasih 

KhairulNizam 
Trusted 
Insurance Consultant
 

# Hong Leong MSiG Takaful (HLMT) 
# Hong Leong Assurance (HLA)