19 August 2020

APA KHABAR ANDA SEMUA

Salam sejahtera semua pembaca, 

Saya memohon maaf sangat-sangat dimana telah tidak menulis sejak dari bulan Jan 2020 sehingga hari ini. Ini disebabkan saya terlalu sibuk dengan menyiapkan thesis saya. Thesis? Ye, saya sedang berada disemester akhir dalam pengajian saya diperingkat master. Master dalam Quality Management dari Open Universiti. 

Saya menyambung pengajian ini adalah kerana minat saya terhadap kualiti. Saya pernah katakan dahulu didalam page "MY Self", saya bekerja didalam bidang hospital sejak tahun 2010 sehingga kini. Ketika itu lah saya diberikan tugas yang mencabar iaitu menjadi sebahagian dalam pengurusan kualiti hospital iaitu di KPJ Sentosa Specialist Hospital, Kuala Lumpur. 

Dan kini, thesis saya sudah pun hampir siap. Dalam kepala ini macam-macam nak share kepada pembaca sekalian berkenaan insurance, dan ianya adalah pengalaman saya 100% dan tidak ada saya cedok dari mana-mana blog. Kalau adapun, ianya hanyalah kebetulan dan juga hasil diskusi saya bersama teman-teman seperjuangan saya dan juga manager saya yang baik hati dan supportive. 

Akhir sekali, saya berharap kepada yang ternanti2 akan tulisan saya ini, saya ucapkan terima kasih kerana setia, menjadi penasihat, dan juga memberikan saya banyak sekali idea untuk saya menulis. Semuanya saya tulis dalam buku peribadi saya yang saya bawa kemana-mana. 

Sebelum penutup, jangan lupa like my page dan subscribed page saya ini. 

Sekian, terima kasih 

KhairulNizam 
Trusted 
Insurance Consultant
 

# Hong Leong MSiG Takaful (HLMT) 
# Hong Leong Assurance (HLA) 

No comments:

Post a Comment