28 August 2020

KISAH BENAR 5 : BIL HOSPITAL RM240 RIBU

Salam pembaca sekalian, apa yang hendak saya ceritakan ini adalah kisah benar. Diceritakan oleh isteri saya mengenai nasib yang menimpa kawannya. Hal ini baru sahaja berlaku didalam musim COVID19. 

Hal ini dikongsikan oleh kawan wife saya perihal yang berlaku keatas suaminya. untuk memudahkan pemahaman, saya menamakan kawan wife saya tu sebagai ETON dan suaminya AJIS. peristiwa ini terjadi pada diri AJIS. 

Ajis dimasukkan kehospital swasta akibat terjatuh dari tangga sehingga mengakibatkan fracture ankle (patah pergelangan tulang kaki). Beliau dimasukkan keward dan doktor mengesahkan bahawa Ajis ni boleh lah discharge esoknya. Namun, Eton mengatakan pada doktor agar diberikan satu malam lagi agar dirinya berpuas hati. Namun, peristiwa malang tu terjadi pada malam tersebut. 

Secara tiba-tiba, Ajis telah didapati mengalami sesak nafas yang agak terok. Rentetan dari incident tesebut, beliau telah di masukkan ke ward ICU untuk menjalani rawatan. Hasil daripada ujian ECG, doktor mengesahkan beliau mengalami serangan jantung. Bukan itu sahaja, doktor juga mengatakan bahawa Ajis telah lama mengalami serangan jantung berdasarkan pada pattern ECG report tersebut. Namun tidak disedari oleh Ajis sendiri. 


Gambar rajah diatas menunjukkan keadaan rhythm ECG bagi seorang pengidap sakit jantung
 

Lantas para doctor terus menjalankan rawatan yang sewajarnya. Namun keadaan Ajis bertambah terok dimana pada malam tersebut setelah rawatan untuk penyakit jantungnya itu, dia meraung kesakitan dibahagian bawah perut. Doktor dan jururawat menjadi bingung dan pelbagai pemeriksaan dijalankan keatasnya. Apa yang memeranjatkan para doktor hasil dari CT Scan keatas Ajis, terdapat limpahan darah yang cukup banyak memenuhi dikawasan perut. Ajis disahkan mengidap keadaan yang dipanggil Abdominal Aorta Aneurysm (AAA). Pada malam itu juga Ajis ditolak ke bilik pembedahan. 

Doktor mengesahkan peluang Ajis untuk hidup adalah teramat tipis. 8 daripada 10 orang yang mendapat AAA menemui ajal semasa dibilik pembedahan. Doktor telah mengarahkan Eton untuk memanggil semua sanak saudara, serta ahli keluarga dan bersedia terhadap apa jua kemungkinan yang akan berlaku. Apabila mendengar khabar tersebut, Eton menjadi lemah. Disaat itu tiada siapa yang berada disisinya. Setelah hampir sejam, barulah Eton menghubungi semua ahli keluarganya dan memberitahu situasi suaminya Ajis. 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Apa itu Abdominal Aorta Aneurysm? Baca SINI 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Setelah hampir 4 jam berada didalam bilik pembedahan, Ajis diusung keluar dari bilik pembedahan namun doktor mengatakan dan mengesahkan peluangnya amat nipis memandangkan darah dari salur pembuluh darah telah pecah dan memasuki ruang organ lain dalam badan Ajis. Kemungkinan, buah pinggangnya juga akan menghadapi masalah. 

Keesokkan harinya, hal yang ditakuti oleh doktor terjadi juga. Ajis mengalami simptom dimana buah pinggangnya mulai rosak akibat dari pendarahan AAA tersebut. Ketika dalam keadaan tidak sedar itu, doktor terpaksa membawa Ajis kebilik pembedahan bagi merawat buah pinggangnya itu. Doktor mengesahkan buah pinggang Ajis terjejas teruk akibat dari pendarahan tersebut namun berita baiknya, Ajis stabil dan dalam keadaan yang baik. 

Setelah Ajis ditahan selama 44 hari dihospital tersebut, akhirnya Ajis dibenarkan keluar dari hospital. Satu lagi hal yang mengerikan oleh Ajis dan Eton adalah bil hospital. Bil hospital utk rawatan dari hari pertama Ajis adalah sebanyak RM240,000.00. Terkejut dengan perkhabaran tersebut, namun ianya tetap harus dilunaskan. Lebih malang, Ajis dan Eton tidak mempunyai sebarang medical kad tetapi benefit dari majikan yang mereka ada. 

RM240,000.00 tersebut dilunaskan dari majikan Ajis dan Eton melalui medical benefit, wang KWSP mereka berdua dan juga simpanan yang mereka ada termasuk didalam tabung haji. 

Apa yang agak mengecewakan adalah, mereka sebelum ini menolak sama sekali sesiapa sahaja yang call berkenaan atau menawarkan mereka medical card dan juga insurance. Hal ini secara jujur diceritakan Eton kepada wife saya. Sehingga kini, mereka masih berhutang dengan hospital swasta berkenaan sebanyak RM85,000.00 dan menunggu tahun hadapan kerana menggunakan medical benefit daripada majikan masing-masing untuk melangsaikan bil hospital Ajis. Kini, duit simpanan KWSP (akaun 2) telah habis digunakan untuk membayar bil rawatan. Mereka juga tidak mempunyai simpanan sama sekali. 

Walapun begitu, ajis kini semakin pulih namun harus menjalani rawatan susulan di hospital swasta berkenaan. Rawatan tetap rawatan, setiap rawatan susulan juga harus dibayar dengan duit. Untuk Ajis memohon kad perubatan juga adalah mustahil dengan keadaan kesihatan yang tidak terjamin tersebut. Apa kan daya, mereka berdua bertindak untuk tidak percaya dan berkehendak kepada kad perubatan dan insurance. Andai kata, mereka berdua memohon kad perubatan meskipun tidak sampai setahun, untuk kes seperti AAA ni, pasti mereka akan menggunakan medical card sebagai medium untuk melunaskan bill hospital. 

Habis sahaja bercerita, lantas wife tanya, abg ada apply medical card tak? Jangan kata abg guna medical card dari hospital tempat abg bekerja. (had limit hospitalization yang majikan saya hadkan tahunan adalah RM75,000.00 sahaja). Lantas aku menunjukkan medical card dari HLA dengan had tahunan sebanyak RM2,500,000.00. Barulah dia tersenyum. Nasib baik aku dah apply awal awal. 

Para pembaca sekalian, 

Adalah amat penting, kita perlu ada medical card untuk sebarang kes emergency seperti cerita diatas. Memang benar, kita bayar tapi kita tak pernah masuk hospital sebelum ini, tapi bagaimana pula keadaan untuk akan datang? Adalah anda yakin bahawa anda tidak akan sakit? Tidak akan ditimpa kemalangan? Tahukah anda, tidak semua sakit kita kenal simtomnya. Sebagai cth Ajis. Dia telah mengalami serangan jantung berkali-kali namun disebabkan serangan tersebut tidak ketara, Ajis menganggapnya sebagai remeh. Apabila ECG dilakukan, hasilnya mendapati bahawa Ajis memang ada penyakit jantung !!! Anda pula bagaimana? Yakin bahawa anda sihat? 

Mohonlah kad perubatan sekarang. Hubungilah saya segera. Klik pada "any inquiry, please clik" disebelah kanan page ni atau klik pada Tab FREE QUOTATION diatas

Sekian, terima kasih 


KhairulNizam Mohayan 
Trusted 
Insurance Consultant
0139008424 

#Hong Leong Assurance (HLA)
#Hong Leong MSiG Takaful (HLMT)

No comments:

Post a Comment