25 September 2020

PERCUTIAN PERSARAAN ANDA YANG PANJANG


Salam pembaca sekalian, 

Hujan malam-malam ini ada idea nak menulis. Maka saya berminat nak huraikan tahuk diatas. Ini kerana, ketika jumpa client utk amik HIBAH, dia bercerita tentang, tak nak miskin ketika tua. Nak enjoy dgn wife bila anak-anak dah khawin. So hari ni ada byk idea nak tulis pasal tajuk diatas. Sebenarnya ianya lebih kepada RETIREMENT PLANNING. 

Cuba anda bayangkan ini, 

Apabila anda dan pasangan anda telah menginjak usia 65 tahun, dan pada bulan pertama, anda berdua menerima cek bernilai RM10,000.00. Apa yang anda akan belanjakan? 

Pada bulan ke dua persaraan anda, anda berdua menerima cek setiap seorang berjumlah RM10,000.00 , apa yang anda akan belanja dan lakukan? 

Pada bulan ke 3 persaraan anda, anda berdua menerima lagi cek yang berjumlah RM10,000.00 setiap seorang. Apa yang anda berdua akan lakukan lagi? 

Pada bulan ke 4, sekali anda berdua menerima cek yang sama jumlahnya seperti bulan pertama, kedua dan juga ke tiga. Masing-masing berjumlah RM10,000.00

Bukankah ini yang sepatutnya berlaku pada usia persaraan anda berdua suami isteri. 

menerima pendapatan bulanan tanpa risau mengenai apa jua keadaan, dan hanya memikirkan bagaimana nak HABISKAN duit ni dan dimana nak HABISKAN duit ini. Sebut je, MEKAH, MADINAH, LONDON, ALASKA, NEW YORK dan mcm mcm tempat lagi. Bukankah indah begitu apabila pada usia muda telah penah bekerja. Nah sekarang adalah masanya nak enjoy. Meskipun dah tua. 

Anda berdua juga tidak perlu merisaukan tentang simpanan anda itu, memandangkan anda menerima income ini setiap bulan sehingga MATI. 

Maka, apabila kita merancang persaraan dengan kaedah yang betul, ianya amat penting apabila anda berdua mampu mengenalpasti perbezaan diantara punca pendapatan apabila anda bersara kelak. 

Saya amat yakin apabila anda telah mencapai umur persaraan, benda terakhir yang anda berdua suami isteri akan lakukan adalah tidak mahu memikirkan ketiadaan sebarang income yang berterusan. 

Hakikatnya, terdapat beberapa siri sumber pendapatan untuk hari tua yang boleh anda perolehi:- 

    1) Dari Hartanah 
        - dari rumah anda yang disewakan. Anda akan menerima bulanan secara tetap. 
           akan tetapi, pastikan rumah anda itu bebas dari sebarang pinjaman perumahan

    2) Fixed Deposit
        - Dari interest yang anda terima dari simpanan Fixed Deposit di bank. Meskipun tak byk
          namun ianya tetap ada. 

    3) Dari KWSP / Pencen Kerajaan 
        - Soalan pertama saya, cukup ke RM200k dari duit KWSP? 
        - Sekiranya anda menerima RM10k dari RM200k, anda ada masa 20 bulan utk
          menghabiskannya. Cukup kot. 
        - Duit pencen anda mungkin cukup, mungkin tak. 

    4) Dari simpanan anda didalam INSURANCE COMPANY 
        - Anda mula menabung dari umur muda, sampai masa umur pencen, wang anda 
          telah berganda. 

Apabila anda memikirkan anda akan bersara kelak, anda bina seberapa banyak yang boleh income untuk hari tua anda tanpa memikirkan duit dari KWSP dan juga pencen kerajaan. Dengan membina based income, ianya akan memberikan keselesaan bahawa anda berdua tidak perlu untuk bergantung harap pada sesiapa termasuk anak-anak anda.

Dibawah ini adalah detail yang perlu ada perhatikan bagaimana hendak membina retirement income stream. 

    1) Berapa umur anda today? 
    2) Berapa banyak income yang anda perlukan sebulan ketika bersara kelak? 
    3) Bagaimana kesihatan anda? Jujur dgnnya 
    4) Berapa lama anda perlukan pendapatan anda itu? 

Anda berkira-kira bagaimana nak tahu cara untuk mendapat RM10,000 setiap bulan tanpa bekerja? Hubungi saya. Klik pada button merah sebelah Kanan "ANY INQURY, PLEASE CLICK". 

Sekian sahaja untuk malam ini, 

Sekian terima kasih, 


KhairulNizam Mohayan 
Trusted 
Insurance Manager
0139008424 

# Hong Leong Assurance (HLA)
# Hong Leong MSiG Takaful (HLMT)

20 September 2020

HLA PRODUCT : HLA WEALTH BOOSTER PLUS

 


APA ITU HLA WEALTH BOOSTER PLUS?


HLA WEALTH BOOSTER PLUS adalah plan INSURANCE YANG BERKAIT DENGAN PERLABURAN yang membolehkan anda mengumpul penjimatan supaya anda dan keluarga bebas dari masalah kewangan dan ketidakpastian hidup. 

Ianya plan yang membolehkan anda MELABUR DALAM PELBAGAI DANA khususnya DANA HORIZON FUND (klik sini utk dana info) yang memberikan potensi pulangan yang tinggi sambil memberikan anda dilindungi dari risiko pasaran pada masa dana yang matang. 

Secara mudahnya, HLA WEALTH BOOSTER PLUS ini adalah 

        a) plan insurance yang berkait dengan perlaburan 
        b) ianya meliputi plan perlindungan apabila berlaku KEMATIAN sahaja 


APAKAH MANFAAT ATAU FAEDAH YANG DIBERIKAN? 

1) Program ini ideal untuk sesiapa sahaja sebelum berumur 70 tahun yang mementingkan

    a) Retirement Planning 
    b) Educational Planning 
    c) Wealth Dsitrubution 
    d) Diversification 

2) Plan ini juga lebih kepada "SIMPAN DAN LABURKAN" iaitu, dengan meletakkan sebahagian wang dari dalam akaun bank anda yang biasa kedalam Plan HLA WEALTH BOOSTER PLUS 

3) Yang menariknya, plan ini hanya memerlukan anda untuk MEMBAYAR PREMIUM minimim RM12,000.00 secara TAHUNAN untuk selama 3 TAHUN sahaja. Namun, anda akan dilindungi selama 20 TAHUN. Namun begitu, sesiapa yang berhasrat untuk mencarum boleh mencarum seberapa banyak yang dimahukan.

4) Sekiranya berlaku KEMATIAN keatas pencarum, maka HLA akan membayar jumlah yang lebih TINGGI dari jumlah premium yang dibayar, dan jumlah asas yang diinsuranskan (Basic Sum Cover). 

5) Sekiranya, tiada kematian yang berlaku, pada tarikh akhir tempoh polisi iaitu pada tahun ke 20, maturity benefit iaitu bersamaan dengan account value akan dibayar. Apa yang pasti, ketika ini, jumlah yang dibayar kepada anda juga TINGGI sekiranya sepanjang tempoh 20 tahun tiada sebarang pengeluaran dilakukan. 


FAKTA PENTING LAIN 

1) Plan ini bermula dari tarikh 04/09/2020 

2) 3 tahun premium tahunan yang dibayar secara tahunan, yang mempunyai masa yang terhad sahaja iaitu sehingga RM30,000,000,000.00 (RM30 Billion) annual premium sahaja. 

3) Tiada medical checkup dikenakan sehingga 08/10/2020. Selepas dari tarikh ini, medical checkup akan dikenakan. 

4) Pencarum dikehendaki sihat 100% tanpa mempunyai sebarang penyakit seperti 

    i) 45 Critical Illness Type 

   ii) Diabetic / Hypertension / dan sebarang penyakit yang mempunya skala rawatan dengan doktor yang kerap. 


CONTOH CASE 

Penama    : KhairulNizam Mohayan
Age          : 40 years Old 
Merokok   : Tidak 
Pekerjaan : Pegurus Rekod Kesihatan (Records Manager)

a) Premium RM12,000.00


Saya hanya menyimpan RM12,000.00 selama 3 tahun dgn jumlah RM36,000.00, maka apabila 20 tahun kelak, maka jumlah terkumpul yg saya telah perolehi adalah RM82,770.00. Bukan itu sahaja, sepanjang itu juga saya dilindungai sebanyak RM200,000.00 lebih. katakan sebelum 20 tahun (pada tahun ke 15) saya dah meninggal dunia, maka waris saya akan memperolehi RM216,000.00 dalam masa 14 hari. 

b) Premium RM50,000.00 


Saya hanya menyimpan RM50,000.00 selama 3 tahun dgn jumlah RM150,000.00, maka apabila 20 tahun kelak, maka jumlah terkumpul yg saya telah perolehi adalah RM374,326.00. Jumlah return yg saya akan dapat adalah sebanyak RM224,326.00. Bukan itu sahaja, sepanjang itu juga saya dilindungai sebanyak RM900,000.00 lebih kurang. katakan sebelum 20 tahun (tahun ke 10) saya dah meninggal dunia, maka waris saya akan memperolehi RM921,200.00 dalam masa 14 hari. 


APA AKAN JADI SEANDAINYA SAYA MENYIMPAN DIDALAM AKAUN BANK BIASA? 

1) Simpanan anda tidak berkembang. Malah dividen tahunan juga teramat rendah. 
2) Simpanan anda tiada perlindungan. Andai kata anda meninggal dunia, wang didalam bank akan dibekukan kesemuanya. 
3) Anda tidak mendapat jaminan perlindungan seperti faedah kematian
4) Berapa yang anda akan dapat seandainya anda menyimpan RM12,000.00 didalam akaun biasa selama 3 tahun tanpa disentuh. Tidak mendapat apa apa. 



BAGAIMANA SAYA NAK SERTAI PROGRAM INI? 

1) Anda jumlahkan berapa banyak wang yang anda didalam setiap akaun bank anda termasuk ASB dan juga Tabung Haji, 

2) Keluarkan minimum 30% sahaja dari kesemua jumlah terbabit. 

3) Hubungi saya dgn klik pada pautan "any inquiry please click" disebelah kanan yg berwarna merah. 

4) kita akan berhubung melalui medium berkenaan. 


PETIKAN KENYATAAN DR SANJAY TOLANI 

1) Mengapa anda perlu membuat saving di insurance? Ini kerana apa yg akan terjadi kepada diri anda apabila meletakkan semua wang didalam bank. Wang anda akan dibekukan. Yang tinggal hanyalah rumah anda sebagai asset tunggal. Keluarga anda mula consolidate semua asset yang anda ada termasuk juga perniagaan anda. kerana mereka memerlukan cash. Asset amat susah untuk dicairkan. maka anda perlu buka akaun simpanan dgn insurance sekarang. Yg penting didalam kehidupan bukan asset akan tetapi cash flow. 

2) Sekiranya anda mendapat kecemasan seperti penyakit kritikal (penyakit kritikal datang secara mengejut) !!!. Terdapat satu kenyataan atau konsep dipanggil INFLASI. Inflasi mula memakan kesemua duit didalam akaun kerana ianya tidak berkembang. Apa yang anda perlukan adalah mengembangkan duit anda kepada sesuatu yg lebih bermanfaat.

3) Apa yg anda perlu ada adalah memastikan bahawa income anda akan sentiasa ada dan dijamin. Sekiranya anda tidak mempunya income, anda tidak mempunyai sebarang duit / cash yang tinggal. pastikan anda mempunya perlindungan terhadap cash anda. Sekrianya anda tidak mengatasi inflasi, bermakna anda akan kehilangan duit. anda tiada cash flow.

4) Sekiranya anda sedang menjalani perusahaan atau perniagaan, dan anda sedari bahawa sesuatu bakal terjadi dan ianya menjadi semakin buruk, apa yang anda akan lakukan? Begitu juga dgn duit anda. 


Saya yakin, anda berminat nak tahu dengan lebih lanjut mengenai skim simpanan dan product ini. Boleh hubungi saya dengan klik pada pautan "any inquiry please click" disebelah kanan yg berwarna merah. Saya akan membantu anda dengan segera. 

Sekian, terima kasih 

KhairulNizam Mohayan 
Trusted Insurance Manager
013-9008424 

# Hong Leong Assurance (HLA)

# Hong Leong MSiG Takaful (HLMT)

16 September 2020

FAKTA MENGENAI INSURANCE DIHARI MALAYSIA 2020


Salam pembaca sekalian, 

Dihari Malaysia hari ni, saya ingin berkongsikan beberapa fakta terbaik yang dikongsikan oleh beberapa orang mentor saya. Sila lanjutkan bacaan anda semua

FAKTA 1

Tahukah anda, seandainya duit yang ada didalam bank hilang, maka akan ada satu badan yang diselenggara oleh Bank Negara Malaysia (BNM) akan menggantikannya yang dikenali sebagai PIDM (Perbadanan Insurance Deposit Malaysia). 

Namun, ramai orang tidak sedar apabila mereka kehilangan nyawa, nyawa mereka juga boleh diinsurancekan. Mereka boleh menginsurancekan nyawa mereka di syarikat insurance dibawah product Life Insurance / Hibah. Malah bukan itu sahaja, andai kata nyawa mereka dalam keadaan tidak sihat, maka nyawa mereka boleh dirawat dihospital dengan menggunakan perlindungan yang dipanggil medical card. 

FAKTA 2

Tahukah anda bahawa kebanyakkan kenderaan didalam dunia terutama mempunyai insurance sebelum kenderaan tersebut bergerak atau boleh digunakan. Adalah menjadi satu kesalahan andai kata, kenderaan tersebut digunakan tanpa sebarang perlindungan insurance. 

Namun, kebanyakkan manusia yang bergerak diatas muka bumi bergerak kesana kesini kesana kesini tanpa ada sebarang perlindungan insurance. Menggambarkan bahawa mereka lebih kebal dari kenderaan yang ada dimuka bumi ini, kebal dari sebarang penyakit, kebal dari sebarang kemalangan. Sebab itu mereka enteng dari sebarang perlindungan insurance. 

FAKTA 3 

Setiap orang yang mempunyai pinjaman perumahan harus mengambil 2 jenis insurance ini iaitu MLTA / MRTA dan juga Insurance Kebakaran. 

Namun, tuan punya rumah berkenaan tidak berminat untuk mendapatkan insurance kerana menganggap bahawa rumah tersebut sudah mampu untuk melindungi mereka dari panas dan hujan. Akan tetapi mereka tidak sedar kuman dan penyakit juga boleh mereka peroleh meskipun berlindung didalam rumah yang diperbuat dari besi seperti baju ironman. 

FAKTA 4

Tahukah anda semua, terdapat satu benda orang paling ramai tak suka untuk insurancekan iaitu NYAWA kerana nyawa yang ALLAH / Tuhan anugerahkan adalah secara PERCUMA. Cuba ingat balik benda yang anda perolehi secara percuma, berapa lama anda kekal bersama dengan nya sepanjang hari tanpa miss, yang tidak rosak sama sekali. Rumah rosak anda repair, malah tak rosak pun anda repair dan besarkan. Kenderaan rosak, anda repair malah tak rosak pun anda akan upgrade. Duit hilang, anda bising meskipun RM50.00. Bagaimana pula dgn nyawa anda? Kalau "rosak" anda biarkan atau anda harapkan org lain yg tolong repair? Kenapa anda tidak siapkan "tool" untuk repair nyawa dan jasad anda. Tool yang dipanggil INSURANCE. 

Disebabkan NYAWA itu diberi PERCUMA, maka ramai orang tidak menghargai nilai tersebut dgn wang ringgit. Disebabkan harta itu dibeli dgn jerih payah terpaksa sekat sana sini, kumpul, berpanas terik dan bermacam-macam keadaan lagi untuk mendapatkan harta tersebut maka, harta tersebut di insurance kan. Adil ke?. 

Tak ada duit nak beli insurance? Then, ada pula duit nak beli rumah, beli kereta, beli handphone mahal, beli itu ini meskipun tak perlu pun. Kalau tak beli rumah, nanti wife dan anak-anak tak ada tpt nak duduk. Then kalau tak ada insurance lepas anda mati, apa situasi mereka? Ada duit nak teruskan kehidupan? Rumah dan kenderaan tidak boleh dicairkan, tapi duit boleh dicairkan. Duit anda didalam insurance boleh dicairkan ukt kehidupan mereka selepas anda mati. 

kalau anda menghargai nyawa anda, nyawa isteri anda, nyawa anak-anak anda, sudah pasti telah lama anda menghubungi saya (haruslah) dan syarikat insruance untuk mengambil polisi insruance walaupun ianya mahal. Kalau anda menghargai nyawa anda, anda tidak merokok pun. Tahniah kepada sesiapa yang tak merokok. ha ha ha . Rokok lebih murah dari insurance. tak begitu? 

Hakikatnya, 
hilang duit boleh diganti sbb ada insurance 
hilang kenderaan boleh diganti sbb ada diinsurancekan 
hilang rumah akibat kemusnahan boleh diganti sbb diinsurancekan 
Hilang NYAWA, memang tidak boleh digantikan akan tetapi boleh diinsurancekan. utk kegunaan isteri dan anak2 apabila anda dah tak bernyawa

Soalan saya, 
susahkan NYAWA anda diinsurancekan? Kalau belum, klik pada TAB QUOTATION atau boleh klik pada "any inquiry please klik" disebelah kanan page ini. 

Sekian terima kasih,

KhairulNizam Mohayan 
Trusted 
Insurance Consultant 
0139008424 

# Hong Leong Assurance (HLA) 
# Hong Leong MSiG Takaful (HLMT) 

15 September 2020

KISAH BENAR 6: BILL HOSPITAL YG TIDAK ADIL


 Salam pembaca sekalian, 

Tgh idea nak menulis, sy terus menulis sambil bersarapan pagi. Bukan apa, kalau ditangguh nanti terlupa dan termalas pulak. 

Tajuk diatas, kisah benar yg terjadi Sabtu lepas 12/09/2020 ketika bertemu dgn seorang client di Taman Medan, PJ. Pasangan suami isteri. Isteri nak amik medical card utk husband. Semua detail telah saya perolehi 4 hari sebelum pertemuan dan quotation telah pun diberikan. Umur husband 41 tahun, tidak merokok dan bekerja sebagai pegawai pemasaran proton edar. Bulanan utk takaful yang dia nak amik RM780.00 sebulan dan konventional RM410.00 sebulan. Sebelum berbincang mengenai medical card, sempatlah saya bertanyakan mengenai keluaran terbaru protong iaitu X50. Harga Minimum RM50k dan maksimum RM98k katanya. Menarik !!! 

Kemudian saya terus masuk kepada medical card. Kenapa lambat amik medical card en? Tanya saya. Sebenarnya, dia ada medical card dgn PXXX ni akan tetapi terbatal disebabkan terlupa nak byr. pembayaran medical cardnya adalah tolak akaun yg dia akan masukkan duit setiap bulan. Bukan dari akaun gaji. So dah tak byr 3 bulan, medical card pun tak aktif lagi. Beliau dah pergi bertanyakan kepada sykt insurance tu akan tetapi dalam pertimbangan untuk mendapatkan kembali wang dari sykt insurance meskipun beliau tahu tak akan dpt semua. Rupanya, medical card yang di guna selama ini adalah jenis stand alone. 

Apabila mengetahui kenapa saya punya mahal sangat, jawapan saya, pakej yang saya bagi tu dah murah sgt berbanding "hidden" items dari syarikat insurance lain. Saya bentangkan satu-satu kenapa amount tersebut mahal. Dengan rider yang saya sertakan sekali termasuk waiver dan juga living allowance, barulah dia faham. 

Satu persoalan yang menarik perhatian saya adalah, apabila dia bertanyakan, kenapa bil hospital swasta sekarang mahal-mahal belaka. Kadang-kadang tak masuk akal harganya. Dia juga memberritahu apabila adik beliau dimasukkan ke hospital akibat demam panas (viral fever) selama 4 hari, Bill nya mencecah RM6k. 

Jawapan saya ringkas. 

Begini encik, memang betul bil hospital swasta sentiasa naik setiap tahun. Ini kerana hospital swasta tak dapat bantuan atau dana dari kerajaan seperti mana hospital kerajaan dapat. Bukan itu sahaja, setiap tahun hospital swasta harus memperbaharui lesen perkhidmatannya dan permohonan berkenaan dimajukan kepada badan yang menyelia perlesenan CKAPS dan UKAPS juga dari kerajaan iaitu KEMENTERIAN KESIHATAN. Nak renew lesen tu juga ada bayaran. 

Bukan itu sahaja en, setiap tahun setiap mesin yang digunakan di hospital dikehendaki untuk diselenggara. Kami tak guna mesin yang rosak, atau tak berfungsi sana sini untuk merawat pesakit. Kami terpaksa memanggil jurutera dari syarikat berkenaan untuk menjalankan service dan adakalanya service berkenaan memakan masa berhari-hari. Ketika itu kami dah rugi dalam ratusan ribu ringgit kerana tidak mesin berkenaan tidak dapat digunakan. Kami terpaksa menghantar pesakit ke hospital terdekat hanya semata-mata untuk menggunakan mesin tu. Bayangkan kalau mesin MRI, CT Scan tak dapat digunakan. peralatan di hospital bukan itu sahaja. Ini termasuk mesin Xray, mesin yg digunakan ketika pembedahan dan mcm-mcm mesin lagi. Setiap mesin ini ada lesennya yang juga diperiksa ketika pembaharuan lesen. En nak guna ke mesin yang ada masalah dalam rawatan en contoh merawat sakit jantung en?. Dia menggangguk diam. Wife dia pun diam je. 

Bukan itu sahaja, ubat-ubatan yang kami beli dari pengilang dan orang tengah juga menaikkan harga utk menampung kos operasi mereka. Kalau mereka naikkan harga, kami juga dihospital terpaksa menaikkan harga. Semua ubat-ubatan dihospital ada tarikh luputnya. Kalau diambil dgn kuantiti yang sikit, mahal harganya. Kalau diambil dgn kuantiti yang banyak, ubat akan expired disebabkan tak guna. Maka disitu juga ada kos yang kami kena keluarkan. 

Malah, kami dihospital swasta juga perlukan bonus dan kenaikkan gaji. Takkan 1 bulan bonus sahaja yang wajar kami terima? Setidaknya mesti 3 hingga 4 bulan. Kenaikkan gaji takkan RM10 je, minimum mesti RM100.00. Betul tak en? tanya saya. Beliau hanya diam mengangguk. 

Itu tidak termasuk ada sesetgh department yang memerlukan tambahan staff akibat dari penambahan pesakit. Di hospital ada lebih kurang 27 department. Ada department yang minta 2 orang, ada yang minta lebih terutama dibahagian NURSING. Itu semua perlukan duit. 

Kos operasi juga meningkat dihospital. Ianya membabitkan penambahbaikkan dibahagian maintanance hospital. Perlukan service utk lampu, aircond, dan juga macam-macam. Kalau nak disenaraikan terlalu banyak sebenarnya en. Sebab itu, hospital swasta memang ada menaikkan harga setiap tahun. Tak tolak, kemungkinan ada sesetgh hospital yang menaikkan caj sehingga 3x setiap tahun. 

Peralatan yang kami dihospital swasta gunakan bukan 2nd hand or yang terpakai. Semuanya adalah baru dan tidak pernah digunakan. Ianya adalah bertujuan untuk menjamin keselamatan, dan juga memberikan rawatan yang terbaik kepada pesakit. Kami dihospital amat berharap agar pesakit masuksakit dan keluar sembuh seperti sedia kala. Sebab tu lah bil hospital sentiasa naik. 

Disebabkan kenaikkan tersebut, saya ada melihat beberapa jenis medical card yang menawarkan had tahunan hanya RM200,000.00 sahaja. Malang sungguh saya rasa apabila hal-hal ini tidak diterangkan kepada client sebelum client membeli medical card. Mana cukup RM200,000.00 setahun. Sekarang mungkin cukup, tapi utk 10 - 15 tahun akan datang, cukup ke? RM200,000.00 untuk merawak kanser pun tak cukup, hatta untuk merawat jantung kalau pembedahan CABG (Cardiac Artery Bypass Graft) pun dah makan RM110k sekali pembedahan termasuk dengan stay di hospital. 

Ada yang saya jumpa client, dia mengatakan bahawa ada agent dari sykt insurance ni mengatakan kepada beliau, sekarang had tahunan RM200k, akan tetapi kalau kena penyakit kritikal, insurance akan naikkan sehingga RM500K. Cukup ke? Kalau terkena kanser, ubat untuk kimoterapy setiap kali treatement adalah RM28,000.00 (ubat sahaja tau) tak termasuk lain-lain caj. Bayangkan kalau setahun 5x kimo, berapaa dah cajnya. dah RM140,000.00 tidak termasuk lain-lain caj semasa dihospital. 

Bukan itu sahaja, perkongsian client saya ada yang mengatakan bahawa ada agent yang memberitahun mengapa perlukan perlindungan sebanyak juta-juta waktu sekarang. Bukan pakai pun, tak guna pun sekarang. nanti dah masuk umur 45 tahun barulah apply. Sedih saya mendengar kenyataan tersebut. 

Saya memberitahunya, en tau tak apabila skrg ni memang murah, akan tetapi bila nak upgrade medical card ketika umur berkenaan, harganya mahal. Amat mahal. kalau skrg pun dah harganya mcm ni utk takaful, ketika itu nanti berapa agaknya. lagi mahal encik. Amat-amat mahal. dan kemungkinan besar en tak akan amik pun medical card ni. Percaya lah. 

Pernah dgr kanser stage 4? Terus dapat stage 4. Kalau dah kena time tu, sempat ke nak upgrade medical card. Harapanya tinggal harapan je en. Tak akan dapat. So ketika sihatlah kena amik insurance. 

"Buying life insurance is like fixing a leak in your roof. The longer you wait, the more expensive it gets"

Jadi mengapa harus menunggu lagi. lagi lama menunggu lagi lama makin tinggi bill hospital, makin tinggi en kena bayar bill hospital. 

Alhamdulillah, hari tu saya close beliau dan isterinya sorang satu. Anak-anaknya dia kata nanti dahulu. Mungkin tahun depan bersama takaful. 

Saya mengucapkan syukur kerana berjaya membantu 2 orang hamba ALLAH mendapatkan perlindugan insurance terutamanya medical card. Bukan senang nak yakinkan orang yang "lokek" untuk membayar insurance tetapi "tidak lokek" kepada benda-benda yang tidak berfaedah lain. 

Bagi saya, kerjaya saya di hospital banyak membantu saya dalam menyakinkan orang ramai betapa pentingnya medical card dan insurance. Dalam masa yang sama, saya juga mempromosikan hospital tempat saya bekerja iaitu di CARDIAC VASCULAR SENTRAL KUALA LUMPUR (CVSKL), kepada kesemua client saya. Saya tidak malu menjadi insurance consultant kerana nawaitu saya demi ALLAH ingin membantu seramai orang yang boleh untuk mengambil Insurance dgn saya. Saya jgua katakan, kalau tuan dan puan nak dptkan 1st class treatement dihospital, datanglah CVSKL. Medical card tahunan dah RM2.5 juta tu, kalau demam masuklah CVSKL. Rasailah sendiri pengalaman hospital ditgh tgh KL Sentral. Hospital bertaraf hotel 5 bintang. he he he. 

Akhir sekali, sebelum saya akhiri pertemuan dgn client tadi, en tadi siap offer kat saya untuk merasai pengalaman test drive X50 bulan depan. Alhamdulillah. saya juga ada mengatakan bahawa saya juga berminat dgn kereta bercakap X70 tu yg boleh buka bumbung. Insya ALLAH katanya, dia boleh uruskan kelak. 

Alhamdulillah segala puji bagi ALLAH, dapat saya bantu 2 orang pada hari berkenaan, dan lagi 2 orang pada hari AHAD keesokkan hari ni untuk medical card sahaja. 

Anda bila lagi. Jgn lepaskan peluang untuk review dan dapatkan medical card dari saya. Klik pada tab "FREE QUOTATION" diatas atau boleh klik pada pautan sebelah kanan --------------> dan boleh whatsapp saya dari medium berkenaan. 

Sekian, terima kasih, 


KhairulNizam Mohayan 
Trusted 
Insurance Consultant
0139008424

# Hong Leong Assurance (HLA) 
# Hong Leong MSiG Takaful (HLMT)

12 September 2020

PROSES MEMOHON MEDICAL REPORT & INSURANCE CLAIM DARI HOSPITAL

 

Salam pembaca sekalian, 

Hari ni saya akan share proses memohon medical report dan insurance claim dari hospital. Disebabkan ramai yang bertanya mengenai process ini, maka saya akan kongsikan. Untuk makluman, proses ini adalah lebih kurang sama diguna pakai dikebanyakkan hospital didalam MALAYSIA namun ada beberapa perkara yang mengkehendaki pembaca atau pesakit menghubungi hospital untuk mendapatkan kepastian lebih-lebih lagi berkenaan dengan caj pemprosessan medical report dan insurance claim. 

Sebelum huraian saya memasuk fasa yang lebih mendalam, mari kita fahami apa dan tujuan kita memohon medical report dan insurance claim. 

Medical Report dan Insurance Claim adalah satu process dimana samada pesakit atau juga syarikat insurance memohon laporan perubatan dari pihak hospital untuk sesuatu process claim insruance atau juga untuk simpanan dirinya. Medical report dan insurance claim ini tidak terhad kepada pesakit dan juga insurance company sahaja, malah ada beberapa individu atau organisasi lain yang turut dibenarkan memohon laporan perubatan dari hospital seperti KWSP, SOKSO, Pejabat Peguam, Mahkamah, Pihak Polis, Jabatan Kebajikkan Masyarakat, JPA, dan juga majikan tempat anda bekerja. 

Tujuan laporang perubatan ini dimohon adalah untuk mendapatkan fakta yang tepat berkenaan dengan keadaan kesihatan seseorang itu samada ianya benar-benar tulen atau sebaliknya. Adakalanya, maklumat yang disampaikan oleh pesakit itu sendiri tidak tepat atau mungkin tidak cukup untk sesuatu organisasi itu perlukan. Maka disinilah permohonan laporan perubatan itu dimohon. 

Ada diantara pesakit yang memohon laporang perubatan bagi tujuan untuk memohon pengeluaran duit dari KWSP bagi membayar bil dan rawatan, maka dia akan menghantar borang KWSP untuk diisikan. Kalau utk claim SOCSO, maka borang permohonan dari SOCSO yang dia akan hntr. Bagi pihak polis pula, kebanyakkan borang permohonan adalah berkaitan dengan assault dan juga kemalangan dan banyak lagi. Setiap permohonan adalah berbeza mengikut jenis permohonan dan organisasi terbabit. 

Bagaimana hendak memohon laporan perubatan tersebut? 

Sebenarnya, memohon laporan perubatan tidak lah sesusah mana. Mudah sahaja sebenarnya. Dibawah ini adalah tatacara memohon laporan perubatan dihospital:- 

    a) Pemohon adalah pesakit 
        - Salinan kad pengenalan depan dan belakang (1 page) 
        - Borang Insurance / surat permohonan insurance 
        - Consent form dari pesakit / pemohon
        - Bayaran process 

    b) Pemohon adalah 3rd party (insurance dan Legal Firm)
        - Salinan kad pengenalan depan dan belakang pesakit 
        - Salinan kad pengenalan pemohon (insruance agent / legal firm) 
        - Borang insurance / surat permohonan insurance 
        - Consent form dari pesakit
        - Bayaran process 

    c) Pemohon untuk ahli keluarga yang telah meninggal dunia 
        - Sijil asal sijil kematian (akan dibuat salinan oleh staf medical record)
        - Salinan kad pengenalan pemohon (yg namanya ada didalam sijil kematian) 
        - Consent form dari pemohon 
        - Bayaran process

    d) Pemohon dibawah umur 21 tahun 
        - Salinan kad pengenalan pemohon 
        - salinan kad pengenalan ibu / bapa / penjaga 
        - consent form 
        - Borang permohonan insurance 
        - Bayaran process

Untuk bayaran process, bayaran process adalah tertakluk dibawah peruntukkan jadual 13 didalam akta PRIVATE HEALTHCARE FACILITIES SERVICES ACT (PHFSA). Dibawah ini adalah contoh bayaran pemprosesan medical report. Walaubagaimanapun, ianya adalah tertakluk dibawah hospital masing-masing.

NO

DESCRIPTION

PRICE

1

Attending Physician Statement  

Up to RM80.00

2

Comprehensive Medical Report (legal firm)

Up to RM285.00

3

Court Attending Fee / day 

RM 570.00

4

Expert witness

RM2,290.00

5

Medical Report (Medical officer)

Up to RM230.00

6

Medical Report (Specialist doctor)

Up to RM570.00

7

Permohonan EPF / SOCSO

RM75.00

8

Pihak Polis & Jabatan Kebajikan Masyarakat 

FOC

9

Salinan report, serta admin fee

RM10.00

10

Perkhidmatan Kurier

RM10.00

Bayaran diatas adalah untuk 1 jenis report. katakan pesakit memohon laporan perubatan utk KWSP dan juga SOCSO, maka cajnya adalah RM75.00 x 2 = RM150.00


Harus ditekankan disini, bayaran diatas adalah diwajibkan. Namun atas budi bicara doktor, bayaran tersebut dapat dikurangkan. Masa yang diambil untuk doktor menyiapkan setiap laporan adalah 14 hari waktu bekerja (tidak termasuk sabtu dan ahad, public holiday). Namun ada sesetgh laporang mengambil masa yang lebih dari 14 hari diatas beberapa faktir yang tidak dapat dielakkan. 

Setiap laporan hendaklah dihantar mengikut medium masing masing bergantung kepada kesesuaian hospital tersebut. Begitu juga dengan mengambil laporan tersebut. Ada yang boleh diambil dengan datang sendiri ke hospital, dan ada juga yang boleh dikurier. Apapun semuanya adalah bergantung kepada pihak pengurusan yang bertanggung jawab. 

Akhir sekali, diharap perkongsian ini dapat membantu pembaca sedikit sebanyak mengenai tatacara memohon laporan perubatan dihospital. 

Sekian, terima kasih. 

KhairulNizam Mohayan 
Trusted 
Insurance Consultant 
019008424

# Hong Leong Assurance (HLA) 
# Hong Leong MSiG Takaful (HLMT)

08 September 2020

PENIPUAN DIDALAM INSURANCE


Salam sejahtera pembaca sekalian, 

Hari ini saya nak kupas isu tentang penipuan didalam insurance. Saban hari saya didendangkan mengenai cakap-cakap tentang, jangan lah apply insurance. Pembohong sebenarnya. Masa nak apply mudah, masa nak claim susah giler. Pernah anda dengar kata-kata sedemikian? Atau anda sebenarnya juga bersetuju dengan kata demikian? Mari baca kupasan saya ini. Kupasan saya ini adalah berdasarkan pengalaman saya didalam insurance selama hampir 5 tahun (AIA + Hong Leong Insurance Group), hasil diskusi saya bersama mentor-mentor saya, pengalaman dihadapan mata saya sendiri yang berlaku di hospital, dan juga hasil pemerhatian saya secara rawak apabila saya menjalankan street promotion. 

Apakah anda setuju apabila saya mengatakan bahawa syarikat insurance tidak pernah berbohong kepada mana-mana client mengenai polisi produk yang ditawarkan. Kesemua claus ada jelas dinyatakan didalam buku polisi insurance yang diberikan apabila anda memohon produk perlindungan dari mana-mana syarikat insurance yg ada didalam dunia ini. Persoalannya, adakah anda baca? Berapa kali anda selidik? Dan andai kata anda tidak faham mengenai polisi tersebut, adakah anda menghubungi perunding insurance anda? Hakikatnya, anda sebenarnya mengharapkan perunding insurance anda menerangkan satu persatu. Anda bersetuju dgn kenyataan saya? Mengapa anda tidak membaca polisi berkenaan? Andai tidak faham, maka barulah bertanya. Bukan ke begitu? 

Setiap kali apabila ada client yang ingin membuat pertanyaan mengenai produk insurance dan ingin mendapatkan quotation, saya terlebih dahulu akan bertanyakan beberapa soalan ringkas antaranya:- 

        a)    nama penuh 
        b)    tarikh lahir 
        c)    pekerjaan dan jenis pekerjaan 
        d)    merokok atau tidak 
        e)    budget bulanan 
        f)    jumlah sum-insured yang diinginkan 

Antara soalan yang femes ditanyakan kembali kepada saya adalah, kalau merokok sehari sebatang, dikira merokok atau tidak? Hisap vape dikira merokok atau tidak? jawapannya, seandainya anda merokok walaupun secara part time, ianya tetap merokok. Anda hisap vape, dan dikatakan vape tidak mengganggu fungsi paru-paru juga dikira merokok. Pada bahagian ini, kebanyakkan mereka sudah gentar kerana, apabila mereka dikategori sebagai merokok, mereka tahu bahawa premium insurance akan tinggi. 

Bagaimana pula dengan pekerjaan dan jenis pekerjaan. Kategori pekerjaan ini merupakan satu aspek dimana, meletakkan risiko pekerjaan kepada insurance. Lagi tinggi risiko pekerjaan, maka akan tinggi scoring pekerjaan tersebut yang akan mengakibatkan peningkatan jumlah premium insurance nya. Apabila ditambah dengan keadaan dia yang merokok, maka semakin tinggilah premiumnya. 

kelas pekerjaan didalam insurance terbahagi kepada 4 iaitu:- 

    Kelas 1: 
    Mereka-mereka yang bekerja didalam banggunan dan kurang berisiko
    Cth: Guru, pengurus jabatan, bankers, CEO, COO dll 

    Kelas 2: 
    Mereka-mereka yang bekerja diluar bangunan, yang lebih berisiko dari kategori kelas 1
    Cth: Jururawat, doktor, pelajar dibawah 18 tahun, org yg selalu out-station dll

    Kelas 3: 
    Mereka-mereka yang terlibat dengan mesin ringan yang berisiko 
    Cth: pekerja kilang, jurutera, petani, fast-food dll 

    Kelas 4: 
    Mereka-mereka yang terlibat dengan mesin berat dan berbahaya 
    Cth: kontraktor binaan, pesawah, pekerja pelantar minyak dll. 

Untuk mengetahui pekerjaan anda didalam kelas kategori mana, setiap database didalam setiap syarikat insurance telah dimasukkan. Hanya perlu buat cariannya sahaja. Sebab itu, kebiasaanya, kalau saya tanya pekerjaan seseorang client tersebut, saya akan bertanyakan banyak soalan untuk kepastian. Cth: Client saya seorang businessman, seharusnya didalam kategori satu, namun apabila persoalan saya tanyakan menjurus kepada lebih mendalam, rupanya client saya tu seorang businessman yang terlibat didalam kontraktor dan tanggungjawab dia harus turun site setiap hari untuk melihat perkembangan projek yang dia buat. Maka, kategori tersebut terkelas didalam Kelas 3. 

Didalam rundingan untuk closing, biasanya saya akan bertanyakan satu soalan ringkas. Ada apa-apa maklumat yg saya tak tahu, tapi tuan / puan ingin kongsikan kepada saya termasuk maklumat kesihatan? Soalan nampak simple tapi payah nak jawab. Ada yg kata tak ada, ada yang kata, saya pernah masuk ward, saya pernah jumpa doktor, saya tak pernah sakit dan macam-macam lagi. Banyak jawapan sebenarnya.

Untuk lebih menarik, mari kita baca case study dibawah:- 

==============================================================================
CASE STUDY 1

Seorang lelaki yang berumur 35 tahun tidak merokok dan telah memohon medical card. Dari soal selidik yang dijalankan, dia mengatakan tidak mempunyai sejarah kemasukkan ke ward dan juga tidak mempunyai penyakit lain. Bulanan yang dia mampu adalah sebanyak RM380.00

Tiga tahun kemudian, dia dimasukkan keward kerana pengsan dirumah. Bermakna ketika ini umurnya 38 tahun. Macam biasa, prosess kemasukkan ward dijalankan dari emergency department seterusnya kedalam ward especially ICU. Process mendapatkan GL dari medical card juga dilakukan ketika rawatan diberikan kepada pesakit. Hasil dari pemeriksaan dan rawatan yang diberikan, dia telah didapati mempunyai tekanan darah yang tinggi, serta sejarah kencing manis. 

Apabila syarikat insurance menerima laporan tersebut, kad perubatan tersebut dibatalkan serta merta. Mengapa? Rekod menunjukkan bahawa pesakit berkenaan ada mempunyai sejarah hypertension / darah tinggi sejak 5 tahun yang lepas dan pernah dimasukkan ke ward serta menjalani rawatan susulan sebagai pesakit luar. Akibat dari itu, medical kad lelaki terbabit dibatalkan serta merta (walaupun belum discharge) dan segala wang yang dibayar untuk premium dipulangkan kepada lelaki tersebut. Kos rawatan utk lelaki tersebut hanyalah RM4,000.00 namun, disebabkan kejadian tersebut, lelaki berkenaan terpaksa membayar kos rawatan tersebut menggunakan benefit majikan. Nasib baik. 

Hasil daripada tindakan tersebut, lelaki berkenaan kini amat susah hendak memohon mana-mana medical card melainkan terpaksa membayar lebihan atau loading. 
==============================================================================
==============================================================================
CASE STUDY 2

Seorang lelaki membuat bising disebuah hospital swasta untuk process kemasukkan isterinya yang untuk rawatan jantung kali pertama. Ini kerana, isterinya telah di rujuk dari hospital swasta lain memandangkan hospital berkenaan tidak mempunyai peralatan canggih seperti hospital yang isterinya dirujuk. Hasil dari perkongsian seorang sahabat yang mendakwa bahawa medical card pesakit tersebut telah didapati reject. Pegawai kemasukkan hospital itu telah memberitahu husband pesakit tersebut agar menghubungi syarikat insurance untuk mengetahui hal yang sebenar meskipun pegawai terbabit telah ditemplak beberapa kali. Namun kesabaran pegawai terbabit terus diuji. Pegawai berkenaan terus memujuk sehingga terpaksa meminta bantuan dari pengurus jabatan khidmat pelanggan namun terus mendesak. Akhirnya, pegawai tersebut dgn keras menyatakan bahawa med card wife encik reject sebab dah lama tak bayar. 

Bukan kepalang terkejut menerima berita tersebut. Lantas suami berkenaan terus pergi sambil mencemuh syarikat insurance dgn menyatakan, baru tak bayar beberapa bulan dah tak boleh nak guna ke. Kata insurance tolong org. Ni tak, baru tak bayar beberapa bulan terus tak boleh pakai. Penipu punya syarikat insurance. soalan saya, kenapa tak bayar kan? 

Letak situasi anda ditempat wife tadi. Sedihkan, dah lah kena sakit jantung, medical card tak boleh pakai. Apabila saya selidik, med card pesakit tersebut adalah jenis stand alone dan bukan ILP. Dah lapse kat 5 bulan. Saya amat sedih. Kesedihan tersebut saya kongsi dgn wife saya. Dia terdiam je. Saya boleh bayang kesedihan isterinya itu. 

===============================================================================

Pembaca sekalian, 

Sebenarnya, anda tidak perlu menipu apabila berurusan dengan syarikat insurance. Bagaimana sayarikat insurance tahu tentang anda? Sebenarnya, setiap kali anda datang kehospital sebagai pesakit luar atau dalam, hospital akan menyalurkan maklumat anda kepada beberapa badan lain dan salah satunya Life Insurance Associate Malaysia (LIAM). Setiap maklumat anda ada disana. Ini tidak termasuk syarikat insurance anda menyalurkan maklumat ini kepada LIAM juga. Saluran maklumat ini adalah secara sah disisi undang-undang dan juga dibawah akta PDP. Anda sebenarnya telah pun menurunkan tandatangan didalam borang yang dipanggil CONSENT form ketika pendaftaran, dan sekiranya anda tidak menandatangani borang tersebut, anda tidak boleh dirawat sama sekali. Ianya juga tertakluk dibawah undang-undang Malaysia (Malaysia LAW) dan juga Private Healthcare Facilities (PHFSA). 

Maka dengan itu, HENDAKLAH anda berterus-terang sahaja mengenai kesihatan yang anda alami. Seandainya tidak pasti, nyatakan sahaja, saya pernah menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital sekian dengan dr sekian, pada tarikh sekian. Dan hasil pemeriksaan tersebut, saya tidak ada sebarang penyakit. Itu lebih elok. 

Paling tidak pun, selepas permohonan anda itu, syarikat insurance akan mengeluarkan satu underwriting iaitu dengan mengatakan, anda perlu menjalani pemeriksaan kesihatan sekali lagi di Panel kesihatan yang lain dengan kos ditanggung oleh anda sendiri, ataupun, surat permohonan medical report dari hospital yang anda pergi itu dengan kos yang ditanggung oleh anda sendiri. hasil dari permohonan dari underwriting tersebut, akan memungkinkan:- 

    a) Anda layak dengan premium asal 
    b) anda layak dengan premium asal, akan tetapi penyakit anda hadapi tidak di cover, 
    c) Anda disahkan mengidap penyakit yang dinyatakan dan dikenakan LOADING. 

Selepas mendapat jawapan dari underwriting tersebut, terpulang kepada pemilihan yang hendak anda pilih. Samada nak teruskan dengan sykt tersebut, atau tidak. Atau anda boleh sahaja tidak mengambil sebarang perlindungan insurance akan tetapi risiko adalah keatas anda dan ahli keluarga anda. 

Kata ada system boleh cek, kenapa sykat insurance luluskan juga medical card saya meskipun boleh dapat tau saya menipu. jawapan saya ringkas. Setiap permohonan diprosess oleh orang yang berbeza. Berbeza sikap, watak, karakter, dan juga personaliti. Mereka bukan memproses permohonan anda seorang sahaja, akan tetapi beribu dalam satu hari. Lebih-lebih lagi waktu closing setiap bulan, ada yang nak bantu agent / perunding insurance kejar target dan macam-macam lagi. Justeru itu, apabila dia memprocess permohonan anda yang ada cubaan menipu ini, mereka luluskan sahaja namun, didalam system sykt insurance telah dinyatakan bahawa anda ada penyakit itu dan ini tetapi tidak mendedahkan. Dan apabila anda dimasukkan keward disebabkan oleh penyakit tersebut, maka ketika itulah medical card anda tidak boleh dipakai. Makanya, ini berlaku seperti CASE STUDY 1 diatas. 

Bukan itu sahaja, ada sesetgh syarikat insurance mengenakan kaedah pay and claim kepada clientnya. Hal ini adalah kerana syarikat insurance mendapati terdapat kecelaruan maklumat yang diberikan oleh anda dan juga pihak hospital. Cuba anda fikirkan, dari mana syarikat insurance tahu? Sudah tentulah dari permohonan GL (Guarentee Letter) hospital kepada syarikat insurance. Apabila anda telah discharge, pihak insurance akan memohon complete medical report dari hospital dengan beberapa item yang mereka akan minta terutama detail laporan investigation test mcm xray, ECG, CTI, CTA, blood investigation dan mcm-mcm lagi. Anda rasa, anda boleh lari dari masalah yang anda cipta? Tidak sama sekali. 

Kalau betul anda tidak sakit, tidak mengapa. Kalau ada berpenyakit, katakan sahaja. Mengapa hendak menipu. Ini adalah kesilapan yang anda sendiri lakukan dan harus tanggung dimana, ketika waktu sihat dan umur muda, tak nak apply med card awal-awal. Apabila dah ada penyakit memang mahal, dan anda pula melakukan percubaan penipuan. 

MENIPU ITU KAN SATU JENAYAH, LAGI LAGI BERKENAAN DIRI ANDA KEPADA SYARIKAT INSURANCE. MENIPU ITU ADALAH SATU DOSA JUGA TAU

Saya tanya sekali lagi, masihkah anda ingin mengatakan syarikat insurance menipu anda? Seandainya ada masih mengatakan anda benar, anda boleh laporkan kepada PIDM, BNM dan juga LIAM. Tidak menjadi masalah. 

Sekarang siapa yang tipu siapa. Kerja anda pembaca sekalian adalah, ulangkaji polisi anda sedalam-dalamnya, amik masa sikit untuk membaca dan highlight bahagian mana yang tak berapa faham. Bertanyakan kepada perunding insurance anda. Andai dia pun tak pasti, mereka akan bertanyakan hal ini kepada unit manager. Insya ALLAH, perunding insurance yang AMANAH dia akan MEMUDAHKAN ANDA. 

Sebelum saya akhiri, silalah join social media saya dibawah ini. Saya akan kongsikan banyak lagi info yang berguna.

1) TELEGRAM 
2) PAGE FB 
3) SUSCRIBED WEBSITE SAYA INI 

Sekiranya berminat untuk mendapatkan info berkenaan dgn produk, boleh lah klik pada pautan / link sebelah kanan ----> 

Sekian, terima kasih, 


KhairulNizam Mohayan 
Trusted 
Insurance Consultant 
0139008424 

# Hong Leong Assurance (HLA) 
# Hong Leong MSiG Takaful (HLMT)