15 September 2020

KISAH BENAR 6: BILL HOSPITAL YG TIDAK ADIL


 Salam pembaca sekalian, 

Tgh idea nak menulis, sy terus menulis sambil bersarapan pagi. Bukan apa, kalau ditangguh nanti terlupa dan termalas pulak. 

Tajuk diatas, kisah benar yg terjadi Sabtu lepas 12/09/2020 ketika bertemu dgn seorang client di Taman Medan, PJ. Pasangan suami isteri. Isteri nak amik medical card utk husband. Semua detail telah saya perolehi 4 hari sebelum pertemuan dan quotation telah pun diberikan. Umur husband 41 tahun, tidak merokok dan bekerja sebagai pegawai pemasaran proton edar. Bulanan utk takaful yang dia nak amik RM780.00 sebulan dan konventional RM410.00 sebulan. Sebelum berbincang mengenai medical card, sempatlah saya bertanyakan mengenai keluaran terbaru protong iaitu X50. Harga Minimum RM50k dan maksimum RM98k katanya. Menarik !!! 

Kemudian saya terus masuk kepada medical card. Kenapa lambat amik medical card en? Tanya saya. Sebenarnya, dia ada medical card dgn PXXX ni akan tetapi terbatal disebabkan terlupa nak byr. pembayaran medical cardnya adalah tolak akaun yg dia akan masukkan duit setiap bulan. Bukan dari akaun gaji. So dah tak byr 3 bulan, medical card pun tak aktif lagi. Beliau dah pergi bertanyakan kepada sykt insurance tu akan tetapi dalam pertimbangan untuk mendapatkan kembali wang dari sykt insurance meskipun beliau tahu tak akan dpt semua. Rupanya, medical card yang di guna selama ini adalah jenis stand alone. 

Apabila mengetahui kenapa saya punya mahal sangat, jawapan saya, pakej yang saya bagi tu dah murah sgt berbanding "hidden" items dari syarikat insurance lain. Saya bentangkan satu-satu kenapa amount tersebut mahal. Dengan rider yang saya sertakan sekali termasuk waiver dan juga living allowance, barulah dia faham. 

Satu persoalan yang menarik perhatian saya adalah, apabila dia bertanyakan, kenapa bil hospital swasta sekarang mahal-mahal belaka. Kadang-kadang tak masuk akal harganya. Dia juga memberritahu apabila adik beliau dimasukkan ke hospital akibat demam panas (viral fever) selama 4 hari, Bill nya mencecah RM6k. 

Jawapan saya ringkas. 

Begini encik, memang betul bil hospital swasta sentiasa naik setiap tahun. Ini kerana hospital swasta tak dapat bantuan atau dana dari kerajaan seperti mana hospital kerajaan dapat. Bukan itu sahaja, setiap tahun hospital swasta harus memperbaharui lesen perkhidmatannya dan permohonan berkenaan dimajukan kepada badan yang menyelia perlesenan CKAPS dan UKAPS juga dari kerajaan iaitu KEMENTERIAN KESIHATAN. Nak renew lesen tu juga ada bayaran. 

Bukan itu sahaja en, setiap tahun setiap mesin yang digunakan di hospital dikehendaki untuk diselenggara. Kami tak guna mesin yang rosak, atau tak berfungsi sana sini untuk merawat pesakit. Kami terpaksa memanggil jurutera dari syarikat berkenaan untuk menjalankan service dan adakalanya service berkenaan memakan masa berhari-hari. Ketika itu kami dah rugi dalam ratusan ribu ringgit kerana tidak mesin berkenaan tidak dapat digunakan. Kami terpaksa menghantar pesakit ke hospital terdekat hanya semata-mata untuk menggunakan mesin tu. Bayangkan kalau mesin MRI, CT Scan tak dapat digunakan. peralatan di hospital bukan itu sahaja. Ini termasuk mesin Xray, mesin yg digunakan ketika pembedahan dan mcm-mcm mesin lagi. Setiap mesin ini ada lesennya yang juga diperiksa ketika pembaharuan lesen. En nak guna ke mesin yang ada masalah dalam rawatan en contoh merawat sakit jantung en?. Dia menggangguk diam. Wife dia pun diam je. 

Bukan itu sahaja, ubat-ubatan yang kami beli dari pengilang dan orang tengah juga menaikkan harga utk menampung kos operasi mereka. Kalau mereka naikkan harga, kami juga dihospital terpaksa menaikkan harga. Semua ubat-ubatan dihospital ada tarikh luputnya. Kalau diambil dgn kuantiti yang sikit, mahal harganya. Kalau diambil dgn kuantiti yang banyak, ubat akan expired disebabkan tak guna. Maka disitu juga ada kos yang kami kena keluarkan. 

Malah, kami dihospital swasta juga perlukan bonus dan kenaikkan gaji. Takkan 1 bulan bonus sahaja yang wajar kami terima? Setidaknya mesti 3 hingga 4 bulan. Kenaikkan gaji takkan RM10 je, minimum mesti RM100.00. Betul tak en? tanya saya. Beliau hanya diam mengangguk. 

Itu tidak termasuk ada sesetgh department yang memerlukan tambahan staff akibat dari penambahan pesakit. Di hospital ada lebih kurang 27 department. Ada department yang minta 2 orang, ada yang minta lebih terutama dibahagian NURSING. Itu semua perlukan duit. 

Kos operasi juga meningkat dihospital. Ianya membabitkan penambahbaikkan dibahagian maintanance hospital. Perlukan service utk lampu, aircond, dan juga macam-macam. Kalau nak disenaraikan terlalu banyak sebenarnya en. Sebab itu, hospital swasta memang ada menaikkan harga setiap tahun. Tak tolak, kemungkinan ada sesetgh hospital yang menaikkan caj sehingga 3x setiap tahun. 

Peralatan yang kami dihospital swasta gunakan bukan 2nd hand or yang terpakai. Semuanya adalah baru dan tidak pernah digunakan. Ianya adalah bertujuan untuk menjamin keselamatan, dan juga memberikan rawatan yang terbaik kepada pesakit. Kami dihospital amat berharap agar pesakit masuksakit dan keluar sembuh seperti sedia kala. Sebab tu lah bil hospital sentiasa naik. 

Disebabkan kenaikkan tersebut, saya ada melihat beberapa jenis medical card yang menawarkan had tahunan hanya RM200,000.00 sahaja. Malang sungguh saya rasa apabila hal-hal ini tidak diterangkan kepada client sebelum client membeli medical card. Mana cukup RM200,000.00 setahun. Sekarang mungkin cukup, tapi utk 10 - 15 tahun akan datang, cukup ke? RM200,000.00 untuk merawak kanser pun tak cukup, hatta untuk merawat jantung kalau pembedahan CABG (Cardiac Artery Bypass Graft) pun dah makan RM110k sekali pembedahan termasuk dengan stay di hospital. 

Ada yang saya jumpa client, dia mengatakan bahawa ada agent dari sykt insurance ni mengatakan kepada beliau, sekarang had tahunan RM200k, akan tetapi kalau kena penyakit kritikal, insurance akan naikkan sehingga RM500K. Cukup ke? Kalau terkena kanser, ubat untuk kimoterapy setiap kali treatement adalah RM28,000.00 (ubat sahaja tau) tak termasuk lain-lain caj. Bayangkan kalau setahun 5x kimo, berapaa dah cajnya. dah RM140,000.00 tidak termasuk lain-lain caj semasa dihospital. 

Bukan itu sahaja, perkongsian client saya ada yang mengatakan bahawa ada agent yang memberitahun mengapa perlukan perlindungan sebanyak juta-juta waktu sekarang. Bukan pakai pun, tak guna pun sekarang. nanti dah masuk umur 45 tahun barulah apply. Sedih saya mendengar kenyataan tersebut. 

Saya memberitahunya, en tau tak apabila skrg ni memang murah, akan tetapi bila nak upgrade medical card ketika umur berkenaan, harganya mahal. Amat mahal. kalau skrg pun dah harganya mcm ni utk takaful, ketika itu nanti berapa agaknya. lagi mahal encik. Amat-amat mahal. dan kemungkinan besar en tak akan amik pun medical card ni. Percaya lah. 

Pernah dgr kanser stage 4? Terus dapat stage 4. Kalau dah kena time tu, sempat ke nak upgrade medical card. Harapanya tinggal harapan je en. Tak akan dapat. So ketika sihatlah kena amik insurance. 

"Buying life insurance is like fixing a leak in your roof. The longer you wait, the more expensive it gets"

Jadi mengapa harus menunggu lagi. lagi lama menunggu lagi lama makin tinggi bill hospital, makin tinggi en kena bayar bill hospital. 

Alhamdulillah, hari tu saya close beliau dan isterinya sorang satu. Anak-anaknya dia kata nanti dahulu. Mungkin tahun depan bersama takaful. 

Saya mengucapkan syukur kerana berjaya membantu 2 orang hamba ALLAH mendapatkan perlindugan insurance terutamanya medical card. Bukan senang nak yakinkan orang yang "lokek" untuk membayar insurance tetapi "tidak lokek" kepada benda-benda yang tidak berfaedah lain. 

Bagi saya, kerjaya saya di hospital banyak membantu saya dalam menyakinkan orang ramai betapa pentingnya medical card dan insurance. Dalam masa yang sama, saya juga mempromosikan hospital tempat saya bekerja iaitu di CARDIAC VASCULAR SENTRAL KUALA LUMPUR (CVSKL), kepada kesemua client saya. Saya tidak malu menjadi insurance consultant kerana nawaitu saya demi ALLAH ingin membantu seramai orang yang boleh untuk mengambil Insurance dgn saya. Saya jgua katakan, kalau tuan dan puan nak dptkan 1st class treatement dihospital, datanglah CVSKL. Medical card tahunan dah RM2.5 juta tu, kalau demam masuklah CVSKL. Rasailah sendiri pengalaman hospital ditgh tgh KL Sentral. Hospital bertaraf hotel 5 bintang. he he he. 

Akhir sekali, sebelum saya akhiri pertemuan dgn client tadi, en tadi siap offer kat saya untuk merasai pengalaman test drive X50 bulan depan. Alhamdulillah. saya juga ada mengatakan bahawa saya juga berminat dgn kereta bercakap X70 tu yg boleh buka bumbung. Insya ALLAH katanya, dia boleh uruskan kelak. 

Alhamdulillah segala puji bagi ALLAH, dapat saya bantu 2 orang pada hari berkenaan, dan lagi 2 orang pada hari AHAD keesokkan hari ni untuk medical card sahaja. 

Anda bila lagi. Jgn lepaskan peluang untuk review dan dapatkan medical card dari saya. Klik pada tab "FREE QUOTATION" diatas atau boleh klik pada pautan sebelah kanan --------------> dan boleh whatsapp saya dari medium berkenaan. 

Sekian, terima kasih, 


KhairulNizam Mohayan 
Trusted 
Insurance Consultant
0139008424

# Hong Leong Assurance (HLA) 
# Hong Leong MSiG Takaful (HLMT)

No comments:

Post a Comment