08 September 2020

PENIPUAN DIDALAM INSURANCE


Salam sejahtera pembaca sekalian, 

Hari ini saya nak kupas isu tentang penipuan didalam insurance. Saban hari saya didendangkan mengenai cakap-cakap tentang, jangan lah apply insurance. Pembohong sebenarnya. Masa nak apply mudah, masa nak claim susah giler. Pernah anda dengar kata-kata sedemikian? Atau anda sebenarnya juga bersetuju dengan kata demikian? Mari baca kupasan saya ini. Kupasan saya ini adalah berdasarkan pengalaman saya didalam insurance selama hampir 5 tahun (AIA + Hong Leong Insurance Group), hasil diskusi saya bersama mentor-mentor saya, pengalaman dihadapan mata saya sendiri yang berlaku di hospital, dan juga hasil pemerhatian saya secara rawak apabila saya menjalankan street promotion. 

Apakah anda setuju apabila saya mengatakan bahawa syarikat insurance tidak pernah berbohong kepada mana-mana client mengenai polisi produk yang ditawarkan. Kesemua claus ada jelas dinyatakan didalam buku polisi insurance yang diberikan apabila anda memohon produk perlindungan dari mana-mana syarikat insurance yg ada didalam dunia ini. Persoalannya, adakah anda baca? Berapa kali anda selidik? Dan andai kata anda tidak faham mengenai polisi tersebut, adakah anda menghubungi perunding insurance anda? Hakikatnya, anda sebenarnya mengharapkan perunding insurance anda menerangkan satu persatu. Anda bersetuju dgn kenyataan saya? Mengapa anda tidak membaca polisi berkenaan? Andai tidak faham, maka barulah bertanya. Bukan ke begitu? 

Setiap kali apabila ada client yang ingin membuat pertanyaan mengenai produk insurance dan ingin mendapatkan quotation, saya terlebih dahulu akan bertanyakan beberapa soalan ringkas antaranya:- 

        a)    nama penuh 
        b)    tarikh lahir 
        c)    pekerjaan dan jenis pekerjaan 
        d)    merokok atau tidak 
        e)    budget bulanan 
        f)    jumlah sum-insured yang diinginkan 

Antara soalan yang femes ditanyakan kembali kepada saya adalah, kalau merokok sehari sebatang, dikira merokok atau tidak? Hisap vape dikira merokok atau tidak? jawapannya, seandainya anda merokok walaupun secara part time, ianya tetap merokok. Anda hisap vape, dan dikatakan vape tidak mengganggu fungsi paru-paru juga dikira merokok. Pada bahagian ini, kebanyakkan mereka sudah gentar kerana, apabila mereka dikategori sebagai merokok, mereka tahu bahawa premium insurance akan tinggi. 

Bagaimana pula dengan pekerjaan dan jenis pekerjaan. Kategori pekerjaan ini merupakan satu aspek dimana, meletakkan risiko pekerjaan kepada insurance. Lagi tinggi risiko pekerjaan, maka akan tinggi scoring pekerjaan tersebut yang akan mengakibatkan peningkatan jumlah premium insurance nya. Apabila ditambah dengan keadaan dia yang merokok, maka semakin tinggilah premiumnya. 

kelas pekerjaan didalam insurance terbahagi kepada 4 iaitu:- 

    Kelas 1: 
    Mereka-mereka yang bekerja didalam banggunan dan kurang berisiko
    Cth: Guru, pengurus jabatan, bankers, CEO, COO dll 

    Kelas 2: 
    Mereka-mereka yang bekerja diluar bangunan, yang lebih berisiko dari kategori kelas 1
    Cth: Jururawat, doktor, pelajar dibawah 18 tahun, org yg selalu out-station dll

    Kelas 3: 
    Mereka-mereka yang terlibat dengan mesin ringan yang berisiko 
    Cth: pekerja kilang, jurutera, petani, fast-food dll 

    Kelas 4: 
    Mereka-mereka yang terlibat dengan mesin berat dan berbahaya 
    Cth: kontraktor binaan, pesawah, pekerja pelantar minyak dll. 

Untuk mengetahui pekerjaan anda didalam kelas kategori mana, setiap database didalam setiap syarikat insurance telah dimasukkan. Hanya perlu buat cariannya sahaja. Sebab itu, kebiasaanya, kalau saya tanya pekerjaan seseorang client tersebut, saya akan bertanyakan banyak soalan untuk kepastian. Cth: Client saya seorang businessman, seharusnya didalam kategori satu, namun apabila persoalan saya tanyakan menjurus kepada lebih mendalam, rupanya client saya tu seorang businessman yang terlibat didalam kontraktor dan tanggungjawab dia harus turun site setiap hari untuk melihat perkembangan projek yang dia buat. Maka, kategori tersebut terkelas didalam Kelas 3. 

Didalam rundingan untuk closing, biasanya saya akan bertanyakan satu soalan ringkas. Ada apa-apa maklumat yg saya tak tahu, tapi tuan / puan ingin kongsikan kepada saya termasuk maklumat kesihatan? Soalan nampak simple tapi payah nak jawab. Ada yg kata tak ada, ada yang kata, saya pernah masuk ward, saya pernah jumpa doktor, saya tak pernah sakit dan macam-macam lagi. Banyak jawapan sebenarnya.

Untuk lebih menarik, mari kita baca case study dibawah:- 

==============================================================================
CASE STUDY 1

Seorang lelaki yang berumur 35 tahun tidak merokok dan telah memohon medical card. Dari soal selidik yang dijalankan, dia mengatakan tidak mempunyai sejarah kemasukkan ke ward dan juga tidak mempunyai penyakit lain. Bulanan yang dia mampu adalah sebanyak RM380.00

Tiga tahun kemudian, dia dimasukkan keward kerana pengsan dirumah. Bermakna ketika ini umurnya 38 tahun. Macam biasa, prosess kemasukkan ward dijalankan dari emergency department seterusnya kedalam ward especially ICU. Process mendapatkan GL dari medical card juga dilakukan ketika rawatan diberikan kepada pesakit. Hasil dari pemeriksaan dan rawatan yang diberikan, dia telah didapati mempunyai tekanan darah yang tinggi, serta sejarah kencing manis. 

Apabila syarikat insurance menerima laporan tersebut, kad perubatan tersebut dibatalkan serta merta. Mengapa? Rekod menunjukkan bahawa pesakit berkenaan ada mempunyai sejarah hypertension / darah tinggi sejak 5 tahun yang lepas dan pernah dimasukkan ke ward serta menjalani rawatan susulan sebagai pesakit luar. Akibat dari itu, medical kad lelaki terbabit dibatalkan serta merta (walaupun belum discharge) dan segala wang yang dibayar untuk premium dipulangkan kepada lelaki tersebut. Kos rawatan utk lelaki tersebut hanyalah RM4,000.00 namun, disebabkan kejadian tersebut, lelaki berkenaan terpaksa membayar kos rawatan tersebut menggunakan benefit majikan. Nasib baik. 

Hasil daripada tindakan tersebut, lelaki berkenaan kini amat susah hendak memohon mana-mana medical card melainkan terpaksa membayar lebihan atau loading. 
==============================================================================
==============================================================================
CASE STUDY 2

Seorang lelaki membuat bising disebuah hospital swasta untuk process kemasukkan isterinya yang untuk rawatan jantung kali pertama. Ini kerana, isterinya telah di rujuk dari hospital swasta lain memandangkan hospital berkenaan tidak mempunyai peralatan canggih seperti hospital yang isterinya dirujuk. Hasil dari perkongsian seorang sahabat yang mendakwa bahawa medical card pesakit tersebut telah didapati reject. Pegawai kemasukkan hospital itu telah memberitahu husband pesakit tersebut agar menghubungi syarikat insurance untuk mengetahui hal yang sebenar meskipun pegawai terbabit telah ditemplak beberapa kali. Namun kesabaran pegawai terbabit terus diuji. Pegawai berkenaan terus memujuk sehingga terpaksa meminta bantuan dari pengurus jabatan khidmat pelanggan namun terus mendesak. Akhirnya, pegawai tersebut dgn keras menyatakan bahawa med card wife encik reject sebab dah lama tak bayar. 

Bukan kepalang terkejut menerima berita tersebut. Lantas suami berkenaan terus pergi sambil mencemuh syarikat insurance dgn menyatakan, baru tak bayar beberapa bulan dah tak boleh nak guna ke. Kata insurance tolong org. Ni tak, baru tak bayar beberapa bulan terus tak boleh pakai. Penipu punya syarikat insurance. soalan saya, kenapa tak bayar kan? 

Letak situasi anda ditempat wife tadi. Sedihkan, dah lah kena sakit jantung, medical card tak boleh pakai. Apabila saya selidik, med card pesakit tersebut adalah jenis stand alone dan bukan ILP. Dah lapse kat 5 bulan. Saya amat sedih. Kesedihan tersebut saya kongsi dgn wife saya. Dia terdiam je. Saya boleh bayang kesedihan isterinya itu. 

===============================================================================

Pembaca sekalian, 

Sebenarnya, anda tidak perlu menipu apabila berurusan dengan syarikat insurance. Bagaimana sayarikat insurance tahu tentang anda? Sebenarnya, setiap kali anda datang kehospital sebagai pesakit luar atau dalam, hospital akan menyalurkan maklumat anda kepada beberapa badan lain dan salah satunya Life Insurance Associate Malaysia (LIAM). Setiap maklumat anda ada disana. Ini tidak termasuk syarikat insurance anda menyalurkan maklumat ini kepada LIAM juga. Saluran maklumat ini adalah secara sah disisi undang-undang dan juga dibawah akta PDP. Anda sebenarnya telah pun menurunkan tandatangan didalam borang yang dipanggil CONSENT form ketika pendaftaran, dan sekiranya anda tidak menandatangani borang tersebut, anda tidak boleh dirawat sama sekali. Ianya juga tertakluk dibawah undang-undang Malaysia (Malaysia LAW) dan juga Private Healthcare Facilities (PHFSA). 

Maka dengan itu, HENDAKLAH anda berterus-terang sahaja mengenai kesihatan yang anda alami. Seandainya tidak pasti, nyatakan sahaja, saya pernah menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital sekian dengan dr sekian, pada tarikh sekian. Dan hasil pemeriksaan tersebut, saya tidak ada sebarang penyakit. Itu lebih elok. 

Paling tidak pun, selepas permohonan anda itu, syarikat insurance akan mengeluarkan satu underwriting iaitu dengan mengatakan, anda perlu menjalani pemeriksaan kesihatan sekali lagi di Panel kesihatan yang lain dengan kos ditanggung oleh anda sendiri, ataupun, surat permohonan medical report dari hospital yang anda pergi itu dengan kos yang ditanggung oleh anda sendiri. hasil dari permohonan dari underwriting tersebut, akan memungkinkan:- 

    a) Anda layak dengan premium asal 
    b) anda layak dengan premium asal, akan tetapi penyakit anda hadapi tidak di cover, 
    c) Anda disahkan mengidap penyakit yang dinyatakan dan dikenakan LOADING. 

Selepas mendapat jawapan dari underwriting tersebut, terpulang kepada pemilihan yang hendak anda pilih. Samada nak teruskan dengan sykt tersebut, atau tidak. Atau anda boleh sahaja tidak mengambil sebarang perlindungan insurance akan tetapi risiko adalah keatas anda dan ahli keluarga anda. 

Kata ada system boleh cek, kenapa sykat insurance luluskan juga medical card saya meskipun boleh dapat tau saya menipu. jawapan saya ringkas. Setiap permohonan diprosess oleh orang yang berbeza. Berbeza sikap, watak, karakter, dan juga personaliti. Mereka bukan memproses permohonan anda seorang sahaja, akan tetapi beribu dalam satu hari. Lebih-lebih lagi waktu closing setiap bulan, ada yang nak bantu agent / perunding insurance kejar target dan macam-macam lagi. Justeru itu, apabila dia memprocess permohonan anda yang ada cubaan menipu ini, mereka luluskan sahaja namun, didalam system sykt insurance telah dinyatakan bahawa anda ada penyakit itu dan ini tetapi tidak mendedahkan. Dan apabila anda dimasukkan keward disebabkan oleh penyakit tersebut, maka ketika itulah medical card anda tidak boleh dipakai. Makanya, ini berlaku seperti CASE STUDY 1 diatas. 

Bukan itu sahaja, ada sesetgh syarikat insurance mengenakan kaedah pay and claim kepada clientnya. Hal ini adalah kerana syarikat insurance mendapati terdapat kecelaruan maklumat yang diberikan oleh anda dan juga pihak hospital. Cuba anda fikirkan, dari mana syarikat insurance tahu? Sudah tentulah dari permohonan GL (Guarentee Letter) hospital kepada syarikat insurance. Apabila anda telah discharge, pihak insurance akan memohon complete medical report dari hospital dengan beberapa item yang mereka akan minta terutama detail laporan investigation test mcm xray, ECG, CTI, CTA, blood investigation dan mcm-mcm lagi. Anda rasa, anda boleh lari dari masalah yang anda cipta? Tidak sama sekali. 

Kalau betul anda tidak sakit, tidak mengapa. Kalau ada berpenyakit, katakan sahaja. Mengapa hendak menipu. Ini adalah kesilapan yang anda sendiri lakukan dan harus tanggung dimana, ketika waktu sihat dan umur muda, tak nak apply med card awal-awal. Apabila dah ada penyakit memang mahal, dan anda pula melakukan percubaan penipuan. 

MENIPU ITU KAN SATU JENAYAH, LAGI LAGI BERKENAAN DIRI ANDA KEPADA SYARIKAT INSURANCE. MENIPU ITU ADALAH SATU DOSA JUGA TAU

Saya tanya sekali lagi, masihkah anda ingin mengatakan syarikat insurance menipu anda? Seandainya ada masih mengatakan anda benar, anda boleh laporkan kepada PIDM, BNM dan juga LIAM. Tidak menjadi masalah. 

Sekarang siapa yang tipu siapa. Kerja anda pembaca sekalian adalah, ulangkaji polisi anda sedalam-dalamnya, amik masa sikit untuk membaca dan highlight bahagian mana yang tak berapa faham. Bertanyakan kepada perunding insurance anda. Andai dia pun tak pasti, mereka akan bertanyakan hal ini kepada unit manager. Insya ALLAH, perunding insurance yang AMANAH dia akan MEMUDAHKAN ANDA. 

Sebelum saya akhiri, silalah join social media saya dibawah ini. Saya akan kongsikan banyak lagi info yang berguna.

1) TELEGRAM 
2) PAGE FB 
3) SUSCRIBED WEBSITE SAYA INI 

Sekiranya berminat untuk mendapatkan info berkenaan dgn produk, boleh lah klik pada pautan / link sebelah kanan ----> 

Sekian, terima kasih, 


KhairulNizam Mohayan 
Trusted 
Insurance Consultant 
0139008424 

# Hong Leong Assurance (HLA) 
# Hong Leong MSiG Takaful (HLMT)
 

No comments:

Post a Comment