29 October 2020

FAKTA MENGENAI INSURANCE DI HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN NABI MUHAMMAD SAW

Selawat dan salam keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda dan tak lupa juga sahabat baginda yang sama-sama berjuang menegakkan syiar Islam di seluruh dunia. 

Assalamualaikum semua pembaca sekalian, apa khabar semua? Harap didalam keadaan sihat walfiat. 

Hari ini, saya nak share beberapa lagi fakta berkenaan dengan insurance. 



FAKTA 1:

Perkara yang paling penting untuk diingati adalah sesuatu perkara itu / kejadian tidak diingini boleh terjadi tanpa sebarang hint dan masa. Ketika sihat dan tidak mempunyai sebarang perlindungan insurance adalah satu perkara yang amat kejam!!!. Keluarga anda (isteri dan anak-anak) berhak mendapat perlindungan yg seharusnya diberikan oleh anda. Insurance hanyalah alat atau tools yang membantu mereliasasikan impian anda untuk melihat kebahagian anda. Insurance tidak dapat menggantikan kehilangan orang yg tersayang, namun ia dapat meringankan org yang anda tinggalkan.

 

Fakta 2: 

Medical Insurance merupakan satu perkara yang sebenarnya dapat membantu menyelamatkan nyawa dan kehidupan anda dari pelbagai masalah berkait dgn kesihatan dan nyawa. Dalam kebanyakkan kes, insurance itu dipersembahkan didalam keadaan yang amat rumit, mahal, dan menggerikan sehingga orang yg mendengarkannya boleh jatuh sakit akibat terkejut ketika berurusan. 


Fakta 3:

Insurance nyawa adalah produk terbaik, paling biasa, paling berkesan, untuk mewujudkan nilai berharga dalam kehidupan ahli keluarga anda apabila anda telah tiada. Berapakah nilai yang sepatutnya? Ianya adalah sepuluh kali nilai gaji anda dalam setahun (10 x  annual income).


Fakta 4: 

Ingat, ianya adalah penting anda harus ada polisi insurance. Sekiranya anda hilang pekerjaan disebabkan kemalangan atau penyakit kritikal, polisi insurance dari syarikat anda tidak akan dapat menampung kehidupan anda sekeluarga, malah anda terus dilupai sebagai seorang pekerja yang terbaik. Sekiranya anda ada polisi dari insurance yang anda ambil, sekurang-kurangnya, ia boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan apabila anda tidak bekerja. 


Fakta 5: 

Lagi lama anda bertangguh untuk mengambil insurance, maka semakin mahal premium yang anda kena bayar. Ini kerana premium dibuat untuk sentiasa naik dan terus naik. Bil hospital pun selalu naik dan naik. Maka, mana yang akan menyebabkan anda bertangguh untuk mendapatkan insurance dgn segera? 


Fakta 6:

Tahukah anda kenapa ketua keluarga bertanggungjawab keatas keselamatan dan perlindungan insurance ahli keluarganya? Jawapannya, pernah anda menaiki kapal terbang? Apabila dalam situasi kecemasan, dan topeng kecemasan dijatuhkan, siapakah yang perlu memakai topeng kecemasan terlebih dahulu? sudah pasti suami / husband / ayah yang pakai dahulu baru lah anak- anak. Begitu juga lah dalam insurance. 


Cukuplah setakat malam ini sahaja. Actually dalam kepala saya ni banyak lagi perkara nak tulis. Banyak sgt sgt. Antaranya berkaitan dgn revolusi duit serta value dalam kehidupuan seharian manusia, kesan COVID dalam ekonomi dan mata wang dunia, dan saya nak sambung berkenaan kepentingan pengagihan duit dalam beberapa jenis perlaburan dan simpanan. Insya ALLAH, akan saya huraikan satu satu.

Sekian, terima kasih,

DD KhairulNizam Mohayan (DDKM)
Trusted
Insurance Manager

# Hong Leong Assuranc (HLA)
# Hong Leong MSiG Takaful (HLMT)