Tajuk diatas amat menarik. Ini disebabkan saya baru shj approach seorang pegawai bank yang muda, baru grad dari universiti, dan rezekinya diterima bekerja disebuah bank sebagai salah seorang executive dimasa COVID 19 ini. Syukur rezekinya. Sebenarnya, saya terjumpa sahaja beliau dikedai makan berseorangan dan terdengar beliau sedang bercakap dgn boss nya barangkali melalui telefon. Saya mendekatinya.
Saya memperkenalkan diri dengan menyebut seseorang yang suka bekerja dgn alam iaitu membantu orang lain. Dia agak pelik melihat saya. Lalu sy mengatakan bahawa saya bekerja di hospital jantung CVSKL dan juga mempunyai rangkaian pekerjaan lain iaitu sebagai auditor, sebagai tutor di universiti, sebagai penasihat kepada sesiapa yang memerlukan, sebagai seorang perunding hartanah, sebagai seorang perunding insurance dan juga takaful. Dia hanya mengangguk faham.
Saya juga bertanyakan sedikit kerja apa yang dia buat. Bekerja dgn salah sebuah bank sebagai sales executive iaitu menjual produk bank seperti insurance, credit card, saving, unit trust tapi baru je join tak sampai 3 bulan. Muda lagi. Saya tanya dia, sepanjang keje sebagai executive bank, dah banyak ke close sale? Dia kata agak susah sikit sbb COVID 19 ni. Rupanya yang dia hubungi tadi adalah boss nya yg bertanyakan mengenai jumlah sales yang dia buat sepangjang minggu ini. Boss dia call dihari sabtu pagi. What the mess !!! Common, cuti is cuti, keje is keje.
Dia agak stress disitu. Saya bgtau dia jgn stress-stress tapi bersyukurlah ada keje time covid ni. Saya tanya dia sepanjang keje sales ni, kereta apa pakai? dia jawab, dia pakai myvi kakak dia memandangkan dia tinggal serumah dgn kakak dia di USJ. Saya bgtau dia bagus tu. Jimat tak payah beli kereta waktu sekarang. Guna apa yang ada.
Soalan saya lagi, sepanjang bekerja ni dah ada medical card? Dia ckp tak ada medical card even sebarang perlindungan. Saya tanya kenapa? Dia kata tak terfikir. Saya tanya balik, boss tak suruh amik medical card or insurance ke? Dia kata tak. Yg ada boss dia suruh dia amik kad kredit dan juga ASB Loan. Sy tanya, amik tak? dia ckp kakak dia tak bagi amik. Alhamdulillah kata saya. Betul apa yang kakak awak suruh buat tu jawab saya.
Kenapa tak amik medical card, jawapan dia tu amat bahaya, tidak terfikir. Dan lagi menambah bahaya adalah boss dia suruh tambah hutang. Amat bahaya. Namun kakaknya ada sebagai penyelamat.
Saya faham bahawa insruance adalah bukan sesuatu perkara yang indah untuk dibincangkan lebih-lebih lagi kepada anak-anak generasi sekarang ni atau dikenali generasi Z agaknya. Mereka lebih berminat untuk menambah hutang agar dikenali dan hidup dalam keadaan yang bergaya. Kata pepatah, biar papa asal bergaya. Mereka tidak sama sekali memikirkan bahawa diri mereka sesungguhnya lebih bernilai dari apa yang mereka inginkan.
Saya telah berada didalam industri ini agak lama, dan telah melihat ramai anak muda skrg lebih kepada kereta berjenama HONDA, handphone IPHONE yang paling latest, kehidupan yang megah dan bermacam-macam lagi. Lebih malang seperti budak yang saya critakan diatas, andailah dia tidak memberitahu kakaknya cadangan boss dia tu, saya rasa dia telah terjerat dgn hutang pada usia muda.
Ramai anak muda sekarang tidak berminat dgn insurance ini memandangkan mereka beranggapan mereka masih muda dan sihat. Hal-hal ini tidak pernah diajar di mana-mana universiti malah pihak universiti tidak pernah memberikan tunjuk ajar dan pengetahuan bagaimana pentingnya insurance pada setiap pelajarnya. Sedih bukan !!!. Yg mereka selalu terapkan adalah mempunyai kerjaya yang bagus seandainya mempunyai result yang bagus. Rata-rata saya temubual pelajar saya mengatakan mereka tidak didedahkan dengan kebaikkan insruance ini samada di rumah (ibu-bapa) dan juga para pensyarah. Mereka selalu diajukan dgn kaedah belajar rajin-rajin dan bila dapat result dapat elok, maka mudah mendapat kerja. Baik persoalan saya, adakah betul sekarang ni kesemua pelajar yg grade ini 100% mendapat pekerjaan meskipun mereka mendapat keputusan yang cemerlang? berapakah peratusannya?
Hakikatnya, perkara pertama yang sepatutnya para graduan ini apabila keluar dari univesiti adalah mendapatkan perlindungan insurance. Kenapa? Baik, saya terangkan. Terdapat tiga sebab utama mengapa mereka perlu mendapatkan insurance samada ketika belajar di universiti ataupuna telah mendapat pekerjaan. Tiga sebab utama itu adalah:-
TIDAK SELAMANYA HIDUP MEMBUJANG
Sekian, terima kasih,
"LUASKAN KUASA"
DD KhairulNizam Mohayan
Trusted
Insurance Manager
# Hong Leong Assurance
# Hong Leong MSiG Takaful