08 November 2020

KISAH BENAR 8: BUAT APA BAYAR MAHAL-MAHAL, KALAU ADA YANG MURAH

Salam sejahtera semua pembaca sekalian,

Hari ini saya nak bercerita mengenai satu kejadian dan saya akan relate satu kejadian itu dengan dua kisah benar yang berlaku didepan mata saya.

Baru-baru ini, saya ada membeli satu ebook berkaitan dengan medical card budget. Harga promosi ebook berkenaan adalah RM19.00 dari harga asal RM39.00. Setelah memperhalusi dan membaca ebook berkenaan setebal 33 muka surat, saya dapat ianya memang berkaitan dengan medical card yang budget akan tetapi merupakan sebuah kad yang bersifat kepada stand alone.

Pembaca sekalian, untuk makluman, stand alone medical dari mana-mana syarikat insurance memang murah, hatta dari Hong Leong Assurance sendiri. AIA pun mempunyai pakej medical card yang stand alone, pun harganya amat murah.

Setiap medical card ini mempunyai limit dari RM100k sehingga kepada RM1 juta. Dari ebook berkenaan, penulis mempromosikan med card dari syakt yang diwakilinya sehingga penggunaan RM1 juta ringgit setahun. Agak tinggi dan memang murah.

Didalam ebook berkenaan juga, ada diceritakan testimoni beberapa individu yang telah pun ambil med card tersebut. Antara testimoninya adalah, bayaran premium yang tinggi, bulanan premium asyik tertunggak dan sehingga kepada penggunaan medical card tersebut seperti dah byr byk tahun, tapi med card tak pakai lagi, dan merasakan seakan-akan rugi.

Pembaca sekalian,

Tujuan seseorang itu mengambil medical card adalah untuk membantu seseorang itu bayar bil hospital apabila dimasukkan ke hospital. Apabila seseorang itu dimasukkan kedalam hospital, maka apabila dia keluar kelak, sudah pasti semua org tak mahu bayar duit hospital tersebut dan meletakkan kepada sykt insurance untuk membayarnya.

Bayangkan, anda baru bayar RM5,000 premium tetiba anda telah disahkan mengidap sakit jantung dan perlu melalui fasa pembedahan yang memakan jumlah yang besar sehingga RM100k lebih. Bukan ke jimat. Baru bayar RM5k, tetapi dah masuk ward disebabkan jantung. Kena belah dada pulak tu. Malah apa yang menariknya, ada sesetgh medical card ini dilengkapi dengan pakej rider premium waiver, iaitu premium tidak perlu bayar akan tetapi perlindungan dan coverage tersebut sehingga umur maksimum sehingga 100 tahun. Menarik bukan?

Itu tujuan medical card itu diambil.

Akan tetapi tahukah anda bahawa, medical card jenis stand alone tidak mempunyai pakej tersebut. Sebab itu murah. Hanya medical card yang mempunyai rider waiver dan ILP pakej kebanyakkan mampu memberikan service seperti dinyatakan diatas.

Anda bayangkan, medical card stand alone anda bayar sebulan RM50 (RM50.00 x 12 bulan = RM600.00 utk cover RM1 juta ringgit, Apabila masuk ward disebabkan jantung, maka anda tidak perlu byr apa apa disebabkan coverage anda besar iaitu RM1 juta ringgi setahun. Akan tetapi, anda dikehendaki terus membayar premium bulanan RM50 itu sehingga selama-lamanya untuk mengelakkan daripada lapse. Itu utk kes serangan jantung. Bagaimana pula dgn kanser?

Berbeza dengan med card yg bukan jenis stand alone, sudah tentu anda bayar mahal. Saya amik cth diri saya, premium bulanan yang saya bayar adalah RM258.00 utk penggunaan RM2.5 juta setahun disertakan waiver utk premium saya. Andai kata, saya terkena serangan jantung, maka saya tidak lagi perlu membayar sebarang premium langsung sehingga saya berumur 80 tahun, dan dalam masa yang sama, saya ada benefit kematian dan cacat kekal sebanyak RM50,000.00.

Medical card stand alone ni, seandai kata satu bulan miss bayar, maka medical card tersebut tak boleh pakai buat selama-lamanya. Bahayakan. Berbeza dgn yg bukan jenis stand alone. Sbb tu perlunya sum insured dan juga ILP dalam medical card. Supaya ianya dapat "membantu" anda ketika tgh ada krisis kewangan utk byr medical card. 

Polisi medical card stand alone mudah luput. Sebulan tanpa ada sebarang bayaran, maka medical card terus luput sama. Bayangkan kalau dah byr 5 tahun, tetiba miss satu bulan, terus tak boleh pakai. Peribahasa yang sesuai utk med card stand alone ni adalah, bersenang-senang dahulu, kemudian menjadi susah. Ketahuilah, semua med card stand alone memang murah dan mampu milik.

Medical card ILP pula tidak mudah luput kerana dia ada cash value. Mana dtgnya cash value tu? Dari suminsured yang ada dalam med card tersebut. Ini akan membuatkan anda selamat andai kata masa tahun kelima, tak mampu byr utk 2 3 bulan, maka sykt insurance akan ambil dari cash value tu utk topup bulan yg anda miss tu. Selanjutnya, med card boleh pakai mcm biasa.

Saya nak kaitkan dgn satu kejadian benar yg berlaku.

Ketika saya ada appointment dgn seorang client di sebuah hospital juga berkenaan dengan med card, saya terdgr satu pasangan yang daftar masuk ke hospital untuk jalani pembedahan jantung. Kos pembedahan jantung berkenaan memakan jumlah sebanyak RM110k (secara anggaran). Namun apa yang menyedihkan, medical card yang beliau ada tidak cukup untuk kos rawatan tersebut dan dikehendaki menambah sejumlah RM29,000.00 sebagai deposit. Medical card yang dia ada adaalah jenis stand alone berjumlah RM100k setahun. Malangnya, sebanyak RM34,000.00 telah digunakan semasa menerima rawatan di IJN selama 5 hari dan beliau dirujuk kepada hospital berkenaan. Saya masih igt kata-kata beliau, "mcmana ni abg, med card tak cukup, kena tambah RM29,000.00 lagi utk deposit" - kata isterinya. Lantas si suami kata, tak pe, kita pinjam sesapa yang ada dahulu. "kalau susah susah sgt, tak payah operation lah abg, sy boleh makan ubat shj". Saya mendengar hati berasa sayu sangat. Sayu yg amat-amat.

kisah kedua pulak, boss saya hntr satu gambar mengandungi ayat dibawah;

" Saya ******* dengan ini menyeru sahabat-sahabat dan semua natizen untuk sumbangan derma ikhlas bagi membolehkan anak sahabat baik saya ******* menjalani pembedahan urat sendi dari pakar di hospital ******. Rawatan berkenaan menelan kos hampir RM95,000.00. malangnya had takaful anaknya hanya sehingga RM50,000.00 dan kos selebihnya terpaksa ditanggung sendiri. Saya berharap sahabat-sahabat dan natizen semua dapat membantu dan juga mendoakan supaya semua urusan beliau dipermudahkan ".


Sedihkan berita tu. Anak orang berkenaan baru berumur 8 tahun.

Diatas hanyalah 2 kisah sebagai contoh dari apa yang ingin saya sampaikan. Justeri itu, saya amat berharap agar anda semua berfikir banyak kali sebelum mengambil medical card. Tahukah anda, premium sentiasa naik dan akan naik setiap hari bersesuaian dengan umur anda. Lagi lama, lagi mahal. Apa kata, anda ambil yang mahal sekarang, akan dtg ianya akan menjadi murah.

Sampai disini sahaja usalan saya.

Sekian terima kasih,

"LUASKAN KUASA"

DD KHAIRULNIZAM MOHAYAN (DDKM)
Trusted
Insurance Manager

# Hong Leong Assurance (HLA)
# Hong Leong MSiG Takaful (HLMT)

No comments:

Post a Comment