01 August 2021

BERAPAKAH YANG SAYA PERLU BAYAR APABILA MENDAPAT RAWATAN DI HOSPITAL SWASTA

Assalamualaikum semua, 

kali ini saya nak bercerita mengenai jumlah bayaran yang perlu dibayar apabila mendapat rawatan dihospital swasta. Namun kali ini, saya telah sediakan beberapa keping gambar, dan membiarkan gambar yang berbicara berkenaan tajuk diatas. Ayuh kita mulakan. Rugi tak baca sampai habis. 































Sekian, terima kasih, 

"LUASKAN KUASA

KhairulNizam Mohayan 
Trusted
Insurance Consultant 

# Hong Leong Assurance 
# Hong Leong MSiG Takaful (HLMT)

20 June 2021

MENGAPA PREMIUM PERLINDUNGAN INSURANCE KESIHATAN SAYA BERTAMBAH SETIAP TAHUN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 

Apa khabar? Diharap semua pembaca didalam keadaan sihat walfiat didalam keadaan cabaran pendamik COVID-19 yang tengah melanda Malaysia dengan begitu tragis sekali. Apapun, jaga diri jaga kesihatan anda semua.

Hari ini, saya ingin mengupas berkenaan tajuk diatas. MENGAPA PREMIUM PERLINDUNGAN INSURANCE KESIHATAN SAYA BERTAMBAH SETAIP TAHUN. Saya pernah menjawab soalan ini dahulu, pembaca boleh menjejaki tulisan saya didalam list disebelah kanan.

Perlu diingati bahawa setiap tahun, premium medical card dan insurance kita dan umat manusia didalam dunia akan meningkat setiap tahun. Tidak dinafikan hal ini. Apakah kenaikkan ini membebankan atau pun tidak? Ianya bergantung kepada penerimaan dan juga pemahaman anda berkaitan dengan insurance.

Kenaikkan ini adakalanya meninggat diantara dua digit sehingga ada yang memakan sehingga 3 digit bergantung kepada usia. Tetapi, mengapa premium ini meningkat?

Peningkatan ini adalah berdasarkan kepada beberapa faktor yang tidak dapat syarikat insurance terpaksa menaikkan. Disini saya menyenaraikan hanya beberapa sebab sebagai faktor utama.

1) Life style / stail kehidupan zaman ini. 

Tidak dinafikan bahawa semakin meningkat umur dek untuk mengikuti peredaran zaman, manusia juga mengubah keadaan dan cara kehidupan mereka. Dek kerana itu juga, manusia membuat sesuatu perkara tanpa sedari bahawa mereka juga menjurumus keadaan mereka kepada kehidupan yang lebih berisiko. Contoh, ramai dikalangan rakan-rakan saya menyertai aktiviti lasak diusia yang sudah berusia seperti berbasikal dan juga memanjat gunung. Ianya juga adalah satu perkara yang menyebabkan diri terdedah kepada risiko. Adakah tidak boleh melakukan aktiviti tersebut? Boleh sebenarnya tidak menjadi masalah kepada diri anda, malah syarikat insurance juga tidak mengetahui kehidupan dan perubahan style kehidupan anda tersebut. disebabkan faktor itu jugalah, syarikat insurance menaikkan kadar premium tahunan. maka ianya fair-fair situatioan. itu dari segi aktiviti. Bukan sahaja aktiviti lasak mcm tu, malah ada yang lebih berani menceburi aktiviti berlumpa kereta dan motor secara professional. Tidakkah itu mengundang kepada perubahah life style kepada kehidupan anda?

Bukan itu sahaja, perubahan life style juga berlaku dari segi pemakanan. Dari kehidupan yang mengawal pemakanan kepada yang kurang mengawal pemakanan. Dari tidak suka minuman manis kepada yang menimum yang manis. Kepada makanan yang kurang "memberangsangkan" seperti fast food, western food, kepada makanan yang ada style. Ini juga menyumbang keadaan dimana syarikat insurance menaikkan premium tahunan mereka.

Untuk lain-lain contoh, anda boleh melihatnya dari dalam diri dan aktiviti yang anda lakukan, dan buat sedikit pemerhatian, apakah perkara yang anda tidak lakukan dahulu, anda lakukan sekarang?

2) Kenaikkan caj rawatan hospital swasta.

Adil atau tidak anda seorang pekerja tidak mendapat imbuhan seperti kenaikkan gaji yang bagus dan juga bonus yang memberangsangkan? Sudah tentu tidak adil. begitu juga staff yang bekerja keras di sektor perubatan swasta. mereka ini adalah manusia yang memerlukan kenaikkan gaji dan juga bonus untuk pekerjaan mereka. Adakah cukup dgn kenaikkan sebanyak RM10 utk staff bawahan dgn bonus tak sampai satu bulan? Saya boleh katakan tidak adil sama sekali. Justeri itu, macamana hospital nak dptkan duit untuk membayar kenaikkan gaji dan juga bonus pada staff mereka di hospital swasta? Iaitu dengan menaikkan kos rawatan hospital. Bukan itu sahaja, sudah pasti doktor sendiri yang ingin menaikkan caj tersebut dan adakalanya tanpa sebarang sebab. namapun hospital swasta kan.

Adakah anda berani untuk datang kehospital swatsa untuk kes bersalin sebagai contoh dengan keadaan mesin dan kelengkapan dan teknologi bersalin seperti 5 hingga 8 tahun lepas? Sudah pasti tidak mahu bukan? Disebabkan faktor masa, hospital swasta selalu mencari alternatif untuk meningkatkan mutu dengan menyediakan peralatan hospital yang bersesuaian dengan teknologi zaman terkini. Atas faktor keselamatan juga, hospital terpaksa berbelanja jutaan ringgit untuk setiap 3 tahun untuk membeli peralatan canggih yang bersesuaian demi untuk meningkatkan kualiti perubatan yang diberikan.

Bukan itu sahaja, maintanance keatas peralatan hospital juga menelan belaanja yang cukup mahal. Apakah anda akan rasai apabila doktor bedah anda memberitahu, encik / cik / puan bolehlah mengucap syahadah sekarang sbb kita nak mulakan operasi jantung anda. Sebab saya kata demikian adalah kerana mesin bedah kami dah kat 6 bulan tidak diselenggarakan. kita org maintain sendiri secara trial and error? Apakah yang anda rasa ketika itu? nak teruskan pembedahan atau tidak?

Hospital swasta juga selalu memperbaharui peralatan hosptial dari semasa ke semasa. harga hingga jutaan ringgit ini dibeli secara tunai ataupun kredit term utk maksimum 60 hari shj. Contoh pembelian mesin x-ray atau mesin MRI, CTA dan lain lain mesin. Harga memang mahal.

Dari mana datangnya duit semua ini? Adalah dari kenaikkan harga medical yang dikenakan oleh pihak hospital. So jangan pertikaikan lagi kenapa.

3) Tidak ada pengetahuan tentang kenaikkan premium tahunan

Tidak kurang juga, ada beberapa ramai client yang saya temui tidak mengetahui bahawa mereka akan berhadapan premium tahunan mereka akan dinaikkan secara automatik. Rata-rata client yg saya approach, mereka mengatakan bahawa premium kredit kad mereka tidak akan naik sehingga bila-bila. Apabila mengetahui hal berikut, saya mengarahkan mereka untuk terus berhubung dengan syarikat insurance bukan dengan agent. Saya juga mengatakan bahawa tidak munasabah bahawa tiada sebarang kenaikkan sedangkan byk perkara yang berlaku disekeliling anda seperti kenaikkan harga minyak dan barang makanan juga mengalami nasib yang sama.

Hakikatnya, memang setiap tahun akan ada kenaikkan harga premium insurance anda cuma anda tidak mengetetahuinya. Mungkin agent insurance anda tidak memberitahuinya. Dah ramai yang saya jumpa. Akan tetapi, sesiapa yang mengambil polisi dari pada saya, saya akan meberitahunya secara telus.

Untuk bacaan tambahan, sila klik link dibawah :-

1) Mengapa premium perubatan saya terus meningkat - Berita Harian, Nov 2019.

2) Fakta sebenar mengenai insurance / takaful perubatan dan kesihatan - Berita Harian, Nov 2019. 

Akhir sekali, sebagai penutup saya merumuskan apa yang sampaikan diatas didalam bentuk yang mudah difahami

Adakah kad perubatan yang anda miliki sekarang cukup untuk menampung keperluan kesihatan anda selama lima (5) tahun akan datang? Semua hospital swasta menaikkan caj perkhidmatannya setiap tahun mengikut kos operasi seperti di bawah: -

✅ Gaji dan bonus kakitangan
✅ Peningkatan perkhidmatan hospital
✅ Kenaikan kos overhed kakitangan
✅ Kos penyelenggaraan peralatan hospital
✅ Kos penggantian peralatan hospital baru
✅ Kos membeli ubat dari pengeluar juga menaikkan harganya
✅ Kos pembayaran kepada syarikat luar
✅ dan Kos operasi lain 

Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih diatas pembacaan anda semua.

Sekian, terima kasih.

"LUASKAN KUASA"

KhairulNizam Mohayan
Trusted
Insurance Consultant

# Hong Leong Assurance (HLA)
# Hong Leong MSiG Takaful (HLMT)

08 June 2021

PINJAMAN KENDERAAN, BAGAIMANA MELINDUNGINYA DENGAN INSURANS?


Assalamualaikum,

Hari ini saya telah ditanyakan oleh seorang client berkenaan, bolehkah saya mengambil perlindungan insurance utk kenderaan barunya? Saya tanya tujuan dia untuk dia mengambil perlindungan insurance terhadap kenderaannya. Katanya, umur dia dah 41 tahun, takut nanti kereta tak habis bayar tapi dia dah meninggal dunia. Lantas, sy pun propose pada dia solution.

Untuk makluman semua, dia mengambil kereta Honda CRV 1.5 TC-P 4WD berharga RM162,500.00. Bulanan bayaran yang dia lakukan keatas pinjaman tersebut adalah RM1780.00 sebulan selama 9 tahun. Dengan umur belian sekaang 41 tahun, ini bermakna pada umur beliau 50 tahun barulah kenderaan tersebut habis dibayar. Namun katanya, dalam umur beliau 41 sehingga kepada umur 50 tahun, mcm mcm boleh berlaku terutama kematian. Justeru itu, langkah bijak apabila menghubungi saya untuk bertanyakan hal ini.

Saya mencadangkan beliau untuk mengambil plan polisi insurance hibah dari HLMT iaitu HLMTServ-i-Salam. Secara detailnya adalah seperti dibawah:-

Nama Client : Shamsuddin
Tarikh Lahir : 14/07/1980 (41 tahun)
status merokok : Tidak
Suminsured : RM200k.
Bulanan : RM71.67


Berdasarkan gambar diatas, client hanya perlu membayar sebulan RM71.67 sahaja untuk melindungi kenderaan kesayangannya. 

Katakan en shamsuddin terkena TPD akibat dari kemalangan jalan raya atau apa-apa pun, maka beliau akan diberikan pampasan sebanyak RM200,000.00. Maka dgn duit berkenaan, dapatlah beliau melangsaikan hutang kenderaannya itu. Ataupun sekiranya en shahsuddin meninggal dunia, maka pihak HLMT akan membayar pampasan penuh kepada warisnya sebanyak RM200k. Maka tidaklah menjadi beban kepada isteri dan anak-anaknya untuk membayar bulanan kenderaan tersebut.

Untuk maklumat lanjut, boleh lanjutkan pembacaan anda disini dan seterusnya boleh lah signup untuk pendaftaran.

HLM Takaful i-Salam 


Sekian Terima Kasih,

"LUASKAN KUASA"

DD KhairulNizam Mohayan (DDKM)
Trusted
Insurance Consultant

# Hong Leong Assurance (HLA)
# Hong Leong MSiG Takaful (HLMT)

06 June 2021

COVID 19 : ADAKAH SAYA DILINDUNGI OLEH KAD PERUBATAN YANG SAYA MILIKI?


Dari penghujung tahun tahun 2019 sehingga tahun 2021 adalah tahun yang cukup mencabar diatas planet muka bumi ini dek kerana kehadiran satu penyakit yang menyerang manusia sehingga membawa maut yang dikenali sebagai COVID-19. Tidak perlu saya menghuraikan lebih panjang berkenaan dengan penyakit ini kerana umum telahpun mengetahui apa itu penyakit COVID-19 dan kesannya kepada manusia sehingga ada yang membawa kepada kematian. 

Tetapi hari ini, saya bukan nak kupas panjang lebar apa itu COVID-19 akan tetapi persoalan yang sering ditanyakan kepada saya iaitu apakah atau adakah saya dilindungi oleh plan medical card yang saya ambil sekiranya saya telah disahkan mendapat penyakit COVID-19 ini. 

Daripada pembacaan saya dari beberapa laman web syarikat insurance di Malaysia termasuk pendedahan dari latihan yang saya di HLA dan juga HLMT, tiada sebarang medical card atau perubatan yang boleh digunakan untuk membayar kos rawatan akibat COVID-19 dimana-mana hospital swasta di dalam Malaysia. Sehingga artikel ini ditulis, ianya disokong oleh kenyataan oleh President APHM Dr Kuljit Singh [Pesakit Covid 19 Mungkin Perlu Bayar Rawatan Di Hospital Swasta, Malaysia Kini (2021)] yang menyatakan bahawa 

"syarikat insurance agak berat hati mahu berbuat demikian (iaitu untuk memberikan perlindugan keatas penyakit COVID-19). Kerana mereka (sykt insurance) memandang ini sebagai pandemik dan mereka meletakkan pandemik sebagai kriteria pengecualian didalam polisi insurance mereke. Kerana apabila mereka perlu menanggung pandemik, mereka rugi banyak. Tetapi kami (APHM) menggesa syarikat insurance untuk mempertimbangkan kembali hal ini."

Perkara ini telah dimuktamadkan dimana pengalaman syarikat insuruance berhadapan dengan kes pendamik sebelum ini iaitu INFLUANZA A H1NI dan juga racun arsenik yang pernah melanda dunia satu ketika dahulu. Berikutan dari kes itu, kebanyakkan syarikat insurance telah pun mengubahsuai polisi mereka dengan meletakkan bahawa kes pandemik tidak ditanggung oleh syarikat insurance. 

Berdasarkan kenyataan diatas, jelas bahawa tiada sebarang medical card pun yang boleh melindungai seseorang itu apabila mereka dimasukkan kedalam hospital swasta. Namun begitu, kepada mereka yang ada memiliki medical card, mereka masih lagi mendapat benefit tambahan dari syarikat insurance mereka. Untuk dari syarikat insurance lain, saya tidak pasti apakah additional benefit tersebut namun untuk pemegang medical card dari HLA dan juga HLMT, dibawah ini adalah kenyataanya.

Sekiranya pemegang Kad Perubatan dari HLA atau HLMT (samada yang telah lama memiliki kad perubatan atau yang masih baru) yang disahkan secara klinikal bahawa mereka telah dijangkiti COVID-19, maka mereka layak untuk menerima benefit tambahan tanpa ada sebaran PENAMBAHAN KOS seperti dibawah:- 

1) Progam ini berjalan dari 28/02/2020 sehingga 30/09/2021, atau setelah habis dana sebanyak RM1 juta (yang mana lagi awal) 

2) RM200 sehari akan diberikan kepada mereka yang dijangkiti sehimgga maksimum selama 30 hari dan dimasukkan kemana-mana pusat kesihatan seperti Hospital Besar Kerajaan, Hospital Swasta dan juga Pusat Kuanrintin dibawah perlaksanaan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) shj (kuanrintin dirumah tidak diambil kira). Sekiranya pesakit dikuarintin selama 14 hari, maka dia layak menerima benefit tambahan sebanyak RM200 x 14 hari = RM2,800.00

3) Sekiranya berlaku kematian akibat dari COVID-19 tidak kira sekiranya mereka dimasukkan ke hospital sebelum kematian, sebanyak RM10,000.00 pembayaran akan dibuat sekaligus kepada ahli keluarga orang yang diinsurancekan. 

4) HLMT dan HLA juga menawarkan kepada pesakit penggantian bil perubatan mengikut kategori rawatan covid 19 (seperti jadual dibawah) untuk pesakit yang dimasukkan ke hospital swasta di seluruh Malaysia yang hanya dirujuk oleh KKM / Hospital Kerajaan dengan syarat perlindungan perubatan mengecualikan penyakit berjangkit yang memerkukan kuanrintin oleh undang-undang Malaysia. 

Additional Benefit for HLA
Additional Benefit for HLMT


Pada awal Feb 2021, kerajaan telah mengumumkan plan program immunisasi kebangsaan sebagai langkah pencegahan kepada penyakit COVID-19. Ada kenyataan mengatakan bahawa vaksin ini memberikan kesan sampingan lain kepada penerimanya, namun ada sesetengah penerima vaksin tidak langsung menerima kesan sampingannya. 


dan saya sendiri telah menyahut seruan kerajaan untuk menerima vaksin covid ini 




Bagaimana keadaan dan situasi dimana ada penerima vaksin ini mendapat kesan sampingan? Adakah medical card ini melindungi mereka juga? Jawapannya tetap sama, tidak dilindungi namun ada benefit tambahan juga diberikan kepada pemegang medical card HLA dan HLMT (samada baru atau dah lama). 



Program kami berhasrat untuk melindungi seluruh rakyat Malaysia dari kemungkinan kesan sampingan yang mungkin timbul dari vaksinasi dengan memberikan faedah kemasukan ke hospital setiap hari dan faedah belas kasihan. 

Faedah tambahan ini diberikan kepada semua pemegang medical card samada HLA atau HLMY|T seperti maklumat dibawah:- 

1) Mereka yang mendapat kesan sampingan ini selepas 30 hari suntikan vaksin diterima, dimasukkan keward selama maksimum 7 hari sahaja. Setiap daripada mereka akan menerima RM200.00 hanya untuk 7 hari sahaja. Sekiranya mereka dimasukkan untuk jangka masa 2 minggu, maka HLA / HLMT hanya membayar sekitar RM1400.00 sahaja maksimum. 

2) Sekiranya berlaku kematian, maka HLA akan membayar RM5,000.00 kepada ahli keluarga, manakala HLMT akan membayar sehingga maksimum RM10,000.00 sahaja. 

Secara kesimpulannya, 


Untuk mendapatkan bacaan lanjut. boleh layari 

1) COVID-19 Complimentary Benefit HLA 

Sebelum saya mengakhiri penulisan saya hari ini, diharap agar pembaca dapatlah menjaga diri masing-masing dan orang sekeliling yang disayangi. Patuhi SOP dan apa jua saranan kerajaan demi menurunkan kadar statistik COVID-19 ini dengan segera. 

Sekian, Terima Kasih, 

"LUASKAN KUASA"

DD KhairulNizam Mohayan (DDKM)
Trusted 
Insurance Consultant 

# Hong Leong Assurance (HLA) 
# Hong Leong MSiG Takaful (HLMT) 


24 January 2021

SELAMAT TAHUN BARU 2021

 


Salam sejahtera semua pembaca, 

Belum terlambat utk aku mengucapkan selamat tahun baru 2021 masehi kepada semua pembaca yang selalu menanti-nantikan tulisan baru aku. Aku akui bahawa keadaan sekarang ni yang amat sibuk membataskan aku untuk terus menulis. Aku terlalu sibuk dengan tugasan aku di tempat kerja, dan tambahan dengan appointment aku dgn client berkenaan dengan insurance, hibah, dan macam-macam lagi. Aku sedaya upaya untuk mencari masa untuk terus menulis berkongsi pendapat dan idea berkenaan dengan insurance ini. 

Kepada pembaca sekalian, 

Sepanjang aku bekerja didalam bidang healthcare ini, iaitu dari tahun 2008 sehingga kini, aku telah banyak melihat banyak karenah pesakit. Macam-macam dah aku perhatikan. Ada diantaranya yang tidak mempunyai sebarang wang utk membayar bil hospital, ada yg tak cukup nak byr bil hospital, malah ada yang cuba menyogok wang membolehkan org lain mengeluarkan rekod hospital kepada org lain utk tujuan yang tak elok. 

Pengalaman yg tak boleh aku lupakan, aku simpan sebagai pengajaran dan lebih-lebih lagi memantapkan pegangan diri supaya tidak terjerumus didalam sesuatu perkara yang melanggar undang-undang dan juga agama. 

Sepanjang tahun 2020, aku banyak melihat ramai pesakit yg datang kehospital, dan yang menghubungi aku untuk mendapatkan medical card dan perlindungan insurance, namun hakikatnya mereka tidak boleh memiliki sama sekali disebabkan telah mengidap penyakit yang kritikal seperti jantung, buah pinggang, kanser dan juga hypertension. Maaf memang tak boleh. 

Ada juga yang aku temui, ada medical card akan tetapi tiak boleh digunakan disebabkan medical card telah LAPS atau tidak boleh digunakan disebabkan kegagalan bayaran premium terutama pada medical card stand alone. Ada juga yang mempunya medical card namun limit hanya RM ratus ribu sahaja setahun dan tak cukup nak bayar bil hospital. Ada juga medical card yang tak cover penyakit tertentu memandangkan pesakit telahpun mendapat sakit berkenaan (existing illness condition) sebelum mereka memohon medical card. Dan byak lagi sebenarnya. 

Pada tahun 2021 ini, aku akan bekerja keras lagi menyebarkan pengetahuan dan pengalamana aku didalam hospital utk mereka mendapatkan medical card dan juga insurance lain-lain. 

Apa yg aku sedih, ada dikalangan kawan-kawan yang menolak untuk mendapatkan insurance atas alasan yang amat tidak munasabah antaranya duti tak berapa nak ada disebabkan kumpul untuk membuat renovation rumah dan dapur, ada yang tgh kumpul duit nak buat deposit X70, ada yg kata duit nak pakai utk beli itu dan ini, dan kebanyakkan mereka ini tidak mempunyai sebarang medical card atau insurance dan hanya berharap kepada medical benefit ditempat kerja sahaja. Bayangkan ada kawan-kawan yg telah berumur 40 tahun masih tak ada sebarang perlindungai insurance, dan apabila bersara kelak, duit mana yang hendak mereka harapkan selain KWSP? Dengan duit KWSP yang tak seberapa tu, bagaimana mereka hendak teruskan kehidupan andai kata telah digunakan untuk kegunaan kesihatan bayar bil hospital? Itu belum lagi mereka keluarkan utk I-sinar? 

Pembaca sekalian, saya amat berharap agar saya dihubungi oleh anda sekalian untuk saya bantu mendapatkan sebarang perlindungan kesihatan. Saya berharap pada tahun 2021 ini, saya dapat membantu ramai orang untuk mendapatkan perlindungan insurance seperti medical card, hibah, life insurance dan banyak lagi. Saya telah menyediakan banyak platform untuk anda semua menghubungi saya dan juga saya memberikan banyak input dan output berkenaan insurance ini. Amat berharap agar anda dapat menghubungi saya. 

Akhir kata, 

Selamat menyambut tahun baru 2021, saya doakan pembaca yang selalu membaca penulisan saya ini dikurniakan kesihatan yang baik-baik, rezeki yang banyak dan mampu mengambil insurance dengan saya. 

Sekian terima kasih, 

"LUASKAN KUASA

DD KhairulNizam Mohayan (DDKM)
Trusted 
Insurance Manager 

#Hong Leong Assurance (HLA)
#Hong Leong MSiG Takaful (HLMT)