24 January 2021

SELAMAT TAHUN BARU 2021

 


Salam sejahtera semua pembaca, 

Belum terlambat utk aku mengucapkan selamat tahun baru 2021 masehi kepada semua pembaca yang selalu menanti-nantikan tulisan baru aku. Aku akui bahawa keadaan sekarang ni yang amat sibuk membataskan aku untuk terus menulis. Aku terlalu sibuk dengan tugasan aku di tempat kerja, dan tambahan dengan appointment aku dgn client berkenaan dengan insurance, hibah, dan macam-macam lagi. Aku sedaya upaya untuk mencari masa untuk terus menulis berkongsi pendapat dan idea berkenaan dengan insurance ini. 

Kepada pembaca sekalian, 

Sepanjang aku bekerja didalam bidang healthcare ini, iaitu dari tahun 2008 sehingga kini, aku telah banyak melihat banyak karenah pesakit. Macam-macam dah aku perhatikan. Ada diantaranya yang tidak mempunyai sebarang wang utk membayar bil hospital, ada yg tak cukup nak byr bil hospital, malah ada yang cuba menyogok wang membolehkan org lain mengeluarkan rekod hospital kepada org lain utk tujuan yang tak elok. 

Pengalaman yg tak boleh aku lupakan, aku simpan sebagai pengajaran dan lebih-lebih lagi memantapkan pegangan diri supaya tidak terjerumus didalam sesuatu perkara yang melanggar undang-undang dan juga agama. 

Sepanjang tahun 2020, aku banyak melihat ramai pesakit yg datang kehospital, dan yang menghubungi aku untuk mendapatkan medical card dan perlindungan insurance, namun hakikatnya mereka tidak boleh memiliki sama sekali disebabkan telah mengidap penyakit yang kritikal seperti jantung, buah pinggang, kanser dan juga hypertension. Maaf memang tak boleh. 

Ada juga yang aku temui, ada medical card akan tetapi tiak boleh digunakan disebabkan medical card telah LAPS atau tidak boleh digunakan disebabkan kegagalan bayaran premium terutama pada medical card stand alone. Ada juga yang mempunya medical card namun limit hanya RM ratus ribu sahaja setahun dan tak cukup nak bayar bil hospital. Ada juga medical card yang tak cover penyakit tertentu memandangkan pesakit telahpun mendapat sakit berkenaan (existing illness condition) sebelum mereka memohon medical card. Dan byak lagi sebenarnya. 

Pada tahun 2021 ini, aku akan bekerja keras lagi menyebarkan pengetahuan dan pengalamana aku didalam hospital utk mereka mendapatkan medical card dan juga insurance lain-lain. 

Apa yg aku sedih, ada dikalangan kawan-kawan yang menolak untuk mendapatkan insurance atas alasan yang amat tidak munasabah antaranya duti tak berapa nak ada disebabkan kumpul untuk membuat renovation rumah dan dapur, ada yang tgh kumpul duit nak buat deposit X70, ada yg kata duit nak pakai utk beli itu dan ini, dan kebanyakkan mereka ini tidak mempunyai sebarang medical card atau insurance dan hanya berharap kepada medical benefit ditempat kerja sahaja. Bayangkan ada kawan-kawan yg telah berumur 40 tahun masih tak ada sebarang perlindungai insurance, dan apabila bersara kelak, duit mana yang hendak mereka harapkan selain KWSP? Dengan duit KWSP yang tak seberapa tu, bagaimana mereka hendak teruskan kehidupan andai kata telah digunakan untuk kegunaan kesihatan bayar bil hospital? Itu belum lagi mereka keluarkan utk I-sinar? 

Pembaca sekalian, saya amat berharap agar saya dihubungi oleh anda sekalian untuk saya bantu mendapatkan sebarang perlindungan kesihatan. Saya berharap pada tahun 2021 ini, saya dapat membantu ramai orang untuk mendapatkan perlindungan insurance seperti medical card, hibah, life insurance dan banyak lagi. Saya telah menyediakan banyak platform untuk anda semua menghubungi saya dan juga saya memberikan banyak input dan output berkenaan insurance ini. Amat berharap agar anda dapat menghubungi saya. 

Akhir kata, 

Selamat menyambut tahun baru 2021, saya doakan pembaca yang selalu membaca penulisan saya ini dikurniakan kesihatan yang baik-baik, rezeki yang banyak dan mampu mengambil insurance dengan saya. 

Sekian terima kasih, 

"LUASKAN KUASA

DD KhairulNizam Mohayan (DDKM)
Trusted 
Insurance Manager 

#Hong Leong Assurance (HLA)
#Hong Leong MSiG Takaful (HLMT)  

No comments:

Post a Comment