Dari penghujung tahun tahun 2019 sehingga tahun 2021 adalah tahun yang cukup mencabar diatas planet muka bumi ini dek kerana kehadiran satu penyakit yang menyerang manusia sehingga membawa maut yang dikenali sebagai COVID-19. Tidak perlu saya menghuraikan lebih panjang berkenaan dengan penyakit ini kerana umum telahpun mengetahui apa itu penyakit COVID-19 dan kesannya kepada manusia sehingga ada yang membawa kepada kematian.
Tetapi hari ini, saya bukan nak kupas panjang lebar apa itu COVID-19 akan tetapi persoalan yang sering ditanyakan kepada saya iaitu apakah atau adakah saya dilindungi oleh plan medical card yang saya ambil sekiranya saya telah disahkan mendapat penyakit COVID-19 ini.
Daripada pembacaan saya dari beberapa laman web syarikat insurance di Malaysia termasuk pendedahan dari latihan yang saya di HLA dan juga HLMT, tiada sebarang medical card atau perubatan yang boleh digunakan untuk membayar kos rawatan akibat COVID-19 dimana-mana hospital swasta di dalam Malaysia. Sehingga artikel ini ditulis, ianya disokong oleh kenyataan oleh President APHM Dr Kuljit Singh [Pesakit Covid 19 Mungkin Perlu Bayar Rawatan Di Hospital Swasta, Malaysia Kini (2021)] yang menyatakan bahawa
"syarikat insurance agak berat hati mahu berbuat demikian (iaitu untuk memberikan perlindugan keatas penyakit COVID-19). Kerana mereka (sykt insurance) memandang ini sebagai pandemik dan mereka meletakkan pandemik sebagai kriteria pengecualian didalam polisi insurance mereke. Kerana apabila mereka perlu menanggung pandemik, mereka rugi banyak. Tetapi kami (APHM) menggesa syarikat insurance untuk mempertimbangkan kembali hal ini."
Perkara ini telah dimuktamadkan dimana pengalaman syarikat insuruance berhadapan dengan kes pendamik sebelum ini iaitu INFLUANZA A H1NI dan juga racun arsenik yang pernah melanda dunia satu ketika dahulu. Berikutan dari kes itu, kebanyakkan syarikat insurance telah pun mengubahsuai polisi mereka dengan meletakkan bahawa kes pandemik tidak ditanggung oleh syarikat insurance.
Berdasarkan kenyataan diatas, jelas bahawa tiada sebarang medical card pun yang boleh melindungai seseorang itu apabila mereka dimasukkan kedalam hospital swasta. Namun begitu, kepada mereka yang ada memiliki medical card, mereka masih lagi mendapat benefit tambahan dari syarikat insurance mereka. Untuk dari syarikat insurance lain, saya tidak pasti apakah additional benefit tersebut namun untuk pemegang medical card dari HLA dan juga HLMT, dibawah ini adalah kenyataanya.
Sekiranya pemegang Kad Perubatan dari HLA atau HLMT (samada yang telah lama memiliki kad perubatan atau yang masih baru) yang disahkan secara klinikal bahawa mereka telah dijangkiti COVID-19, maka mereka layak untuk menerima benefit tambahan tanpa ada sebaran PENAMBAHAN KOS seperti dibawah:-
1) Progam ini berjalan dari 28/02/2020 sehingga 30/09/2021, atau setelah habis dana sebanyak RM1 juta (yang mana lagi awal)
2) RM200 sehari akan diberikan kepada mereka yang dijangkiti sehimgga maksimum selama 30 hari dan dimasukkan kemana-mana pusat kesihatan seperti Hospital Besar Kerajaan, Hospital Swasta dan juga Pusat Kuanrintin dibawah perlaksanaan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) shj (kuanrintin dirumah tidak diambil kira). Sekiranya pesakit dikuarintin selama 14 hari, maka dia layak menerima benefit tambahan sebanyak RM200 x 14 hari = RM2,800.00
3) Sekiranya berlaku kematian akibat dari COVID-19 tidak kira sekiranya mereka dimasukkan ke hospital sebelum kematian, sebanyak RM10,000.00 pembayaran akan dibuat sekaligus kepada ahli keluarga orang yang diinsurancekan.
4) HLMT dan HLA juga menawarkan kepada pesakit penggantian bil perubatan mengikut kategori rawatan covid 19 (seperti jadual dibawah) untuk pesakit yang dimasukkan ke hospital swasta di seluruh Malaysia yang hanya dirujuk oleh KKM / Hospital Kerajaan dengan syarat perlindungan perubatan mengecualikan penyakit berjangkit yang memerkukan kuanrintin oleh undang-undang Malaysia.
Additional Benefit for HLA |
2) Sekiranya berlaku kematian, maka HLA akan membayar RM5,000.00 kepada ahli keluarga, manakala HLMT akan membayar sehingga maksimum RM10,000.00 sahaja.
"LUASKAN KUASA"
Insurance Consultant
# Hong Leong Assurance (HLA)
# Hong Leong MSiG Takaful (HLMT)
No comments:
Post a Comment