20 June 2021

MENGAPA PREMIUM PERLINDUNGAN INSURANCE KESIHATAN SAYA BERTAMBAH SETIAP TAHUN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 

Apa khabar? Diharap semua pembaca didalam keadaan sihat walfiat didalam keadaan cabaran pendamik COVID-19 yang tengah melanda Malaysia dengan begitu tragis sekali. Apapun, jaga diri jaga kesihatan anda semua.

Hari ini, saya ingin mengupas berkenaan tajuk diatas. MENGAPA PREMIUM PERLINDUNGAN INSURANCE KESIHATAN SAYA BERTAMBAH SETAIP TAHUN. Saya pernah menjawab soalan ini dahulu, pembaca boleh menjejaki tulisan saya didalam list disebelah kanan.

Perlu diingati bahawa setiap tahun, premium medical card dan insurance kita dan umat manusia didalam dunia akan meningkat setiap tahun. Tidak dinafikan hal ini. Apakah kenaikkan ini membebankan atau pun tidak? Ianya bergantung kepada penerimaan dan juga pemahaman anda berkaitan dengan insurance.

Kenaikkan ini adakalanya meninggat diantara dua digit sehingga ada yang memakan sehingga 3 digit bergantung kepada usia. Tetapi, mengapa premium ini meningkat?

Peningkatan ini adalah berdasarkan kepada beberapa faktor yang tidak dapat syarikat insurance terpaksa menaikkan. Disini saya menyenaraikan hanya beberapa sebab sebagai faktor utama.

1) Life style / stail kehidupan zaman ini. 

Tidak dinafikan bahawa semakin meningkat umur dek untuk mengikuti peredaran zaman, manusia juga mengubah keadaan dan cara kehidupan mereka. Dek kerana itu juga, manusia membuat sesuatu perkara tanpa sedari bahawa mereka juga menjurumus keadaan mereka kepada kehidupan yang lebih berisiko. Contoh, ramai dikalangan rakan-rakan saya menyertai aktiviti lasak diusia yang sudah berusia seperti berbasikal dan juga memanjat gunung. Ianya juga adalah satu perkara yang menyebabkan diri terdedah kepada risiko. Adakah tidak boleh melakukan aktiviti tersebut? Boleh sebenarnya tidak menjadi masalah kepada diri anda, malah syarikat insurance juga tidak mengetahui kehidupan dan perubahan style kehidupan anda tersebut. disebabkan faktor itu jugalah, syarikat insurance menaikkan kadar premium tahunan. maka ianya fair-fair situatioan. itu dari segi aktiviti. Bukan sahaja aktiviti lasak mcm tu, malah ada yang lebih berani menceburi aktiviti berlumpa kereta dan motor secara professional. Tidakkah itu mengundang kepada perubahah life style kepada kehidupan anda?

Bukan itu sahaja, perubahan life style juga berlaku dari segi pemakanan. Dari kehidupan yang mengawal pemakanan kepada yang kurang mengawal pemakanan. Dari tidak suka minuman manis kepada yang menimum yang manis. Kepada makanan yang kurang "memberangsangkan" seperti fast food, western food, kepada makanan yang ada style. Ini juga menyumbang keadaan dimana syarikat insurance menaikkan premium tahunan mereka.

Untuk lain-lain contoh, anda boleh melihatnya dari dalam diri dan aktiviti yang anda lakukan, dan buat sedikit pemerhatian, apakah perkara yang anda tidak lakukan dahulu, anda lakukan sekarang?

2) Kenaikkan caj rawatan hospital swasta.

Adil atau tidak anda seorang pekerja tidak mendapat imbuhan seperti kenaikkan gaji yang bagus dan juga bonus yang memberangsangkan? Sudah tentu tidak adil. begitu juga staff yang bekerja keras di sektor perubatan swasta. mereka ini adalah manusia yang memerlukan kenaikkan gaji dan juga bonus untuk pekerjaan mereka. Adakah cukup dgn kenaikkan sebanyak RM10 utk staff bawahan dgn bonus tak sampai satu bulan? Saya boleh katakan tidak adil sama sekali. Justeri itu, macamana hospital nak dptkan duit untuk membayar kenaikkan gaji dan juga bonus pada staff mereka di hospital swasta? Iaitu dengan menaikkan kos rawatan hospital. Bukan itu sahaja, sudah pasti doktor sendiri yang ingin menaikkan caj tersebut dan adakalanya tanpa sebarang sebab. namapun hospital swasta kan.

Adakah anda berani untuk datang kehospital swatsa untuk kes bersalin sebagai contoh dengan keadaan mesin dan kelengkapan dan teknologi bersalin seperti 5 hingga 8 tahun lepas? Sudah pasti tidak mahu bukan? Disebabkan faktor masa, hospital swasta selalu mencari alternatif untuk meningkatkan mutu dengan menyediakan peralatan hospital yang bersesuaian dengan teknologi zaman terkini. Atas faktor keselamatan juga, hospital terpaksa berbelanja jutaan ringgit untuk setiap 3 tahun untuk membeli peralatan canggih yang bersesuaian demi untuk meningkatkan kualiti perubatan yang diberikan.

Bukan itu sahaja, maintanance keatas peralatan hospital juga menelan belaanja yang cukup mahal. Apakah anda akan rasai apabila doktor bedah anda memberitahu, encik / cik / puan bolehlah mengucap syahadah sekarang sbb kita nak mulakan operasi jantung anda. Sebab saya kata demikian adalah kerana mesin bedah kami dah kat 6 bulan tidak diselenggarakan. kita org maintain sendiri secara trial and error? Apakah yang anda rasa ketika itu? nak teruskan pembedahan atau tidak?

Hospital swasta juga selalu memperbaharui peralatan hosptial dari semasa ke semasa. harga hingga jutaan ringgit ini dibeli secara tunai ataupun kredit term utk maksimum 60 hari shj. Contoh pembelian mesin x-ray atau mesin MRI, CTA dan lain lain mesin. Harga memang mahal.

Dari mana datangnya duit semua ini? Adalah dari kenaikkan harga medical yang dikenakan oleh pihak hospital. So jangan pertikaikan lagi kenapa.

3) Tidak ada pengetahuan tentang kenaikkan premium tahunan

Tidak kurang juga, ada beberapa ramai client yang saya temui tidak mengetahui bahawa mereka akan berhadapan premium tahunan mereka akan dinaikkan secara automatik. Rata-rata client yg saya approach, mereka mengatakan bahawa premium kredit kad mereka tidak akan naik sehingga bila-bila. Apabila mengetahui hal berikut, saya mengarahkan mereka untuk terus berhubung dengan syarikat insurance bukan dengan agent. Saya juga mengatakan bahawa tidak munasabah bahawa tiada sebarang kenaikkan sedangkan byk perkara yang berlaku disekeliling anda seperti kenaikkan harga minyak dan barang makanan juga mengalami nasib yang sama.

Hakikatnya, memang setiap tahun akan ada kenaikkan harga premium insurance anda cuma anda tidak mengetetahuinya. Mungkin agent insurance anda tidak memberitahuinya. Dah ramai yang saya jumpa. Akan tetapi, sesiapa yang mengambil polisi dari pada saya, saya akan meberitahunya secara telus.

Untuk bacaan tambahan, sila klik link dibawah :-

1) Mengapa premium perubatan saya terus meningkat - Berita Harian, Nov 2019.

2) Fakta sebenar mengenai insurance / takaful perubatan dan kesihatan - Berita Harian, Nov 2019. 

Akhir sekali, sebagai penutup saya merumuskan apa yang sampaikan diatas didalam bentuk yang mudah difahami

Adakah kad perubatan yang anda miliki sekarang cukup untuk menampung keperluan kesihatan anda selama lima (5) tahun akan datang? Semua hospital swasta menaikkan caj perkhidmatannya setiap tahun mengikut kos operasi seperti di bawah: -

✅ Gaji dan bonus kakitangan
✅ Peningkatan perkhidmatan hospital
✅ Kenaikan kos overhed kakitangan
✅ Kos penyelenggaraan peralatan hospital
✅ Kos penggantian peralatan hospital baru
✅ Kos membeli ubat dari pengeluar juga menaikkan harganya
✅ Kos pembayaran kepada syarikat luar
✅ dan Kos operasi lain 

Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih diatas pembacaan anda semua.

Sekian, terima kasih.

"LUASKAN KUASA"

KhairulNizam Mohayan
Trusted
Insurance Consultant

# Hong Leong Assurance (HLA)
# Hong Leong MSiG Takaful (HLMT)

No comments:

Post a Comment