08 June 2021

PINJAMAN KENDERAAN, BAGAIMANA MELINDUNGINYA DENGAN INSURANS?


Assalamualaikum,

Hari ini saya telah ditanyakan oleh seorang client berkenaan, bolehkah saya mengambil perlindungan insurance utk kenderaan barunya? Saya tanya tujuan dia untuk dia mengambil perlindungan insurance terhadap kenderaannya. Katanya, umur dia dah 41 tahun, takut nanti kereta tak habis bayar tapi dia dah meninggal dunia. Lantas, sy pun propose pada dia solution.

Untuk makluman semua, dia mengambil kereta Honda CRV 1.5 TC-P 4WD berharga RM162,500.00. Bulanan bayaran yang dia lakukan keatas pinjaman tersebut adalah RM1780.00 sebulan selama 9 tahun. Dengan umur belian sekaang 41 tahun, ini bermakna pada umur beliau 50 tahun barulah kenderaan tersebut habis dibayar. Namun katanya, dalam umur beliau 41 sehingga kepada umur 50 tahun, mcm mcm boleh berlaku terutama kematian. Justeru itu, langkah bijak apabila menghubungi saya untuk bertanyakan hal ini.

Saya mencadangkan beliau untuk mengambil plan polisi insurance hibah dari HLMT iaitu HLMTServ-i-Salam. Secara detailnya adalah seperti dibawah:-

Nama Client : Shamsuddin
Tarikh Lahir : 14/07/1980 (41 tahun)
status merokok : Tidak
Suminsured : RM200k.
Bulanan : RM71.67


Berdasarkan gambar diatas, client hanya perlu membayar sebulan RM71.67 sahaja untuk melindungi kenderaan kesayangannya. 

Katakan en shamsuddin terkena TPD akibat dari kemalangan jalan raya atau apa-apa pun, maka beliau akan diberikan pampasan sebanyak RM200,000.00. Maka dgn duit berkenaan, dapatlah beliau melangsaikan hutang kenderaannya itu. Ataupun sekiranya en shahsuddin meninggal dunia, maka pihak HLMT akan membayar pampasan penuh kepada warisnya sebanyak RM200k. Maka tidaklah menjadi beban kepada isteri dan anak-anaknya untuk membayar bulanan kenderaan tersebut.

Untuk maklumat lanjut, boleh lanjutkan pembacaan anda disini dan seterusnya boleh lah signup untuk pendaftaran.

HLM Takaful i-Salam 


Sekian Terima Kasih,

"LUASKAN KUASA"

DD KhairulNizam Mohayan (DDKM)
Trusted
Insurance Consultant

# Hong Leong Assurance (HLA)
# Hong Leong MSiG Takaful (HLMT)

No comments:

Post a Comment