11 June 2022

KISAH BENAR: HIBAH, HARGA UNTUK SATU KECURANGAN

 


Tarikh kejadian : 09/06/2022 

Pada tarikh diatas, saya telah menerima panggilan dari seorang datin katanya untuk membuat hibah diatas nama suaminya yang bergelar dato. Katanya, beliau mendapat no telefon adalah dari sahabatnya yang juga pernah mengambil hibah dengan saya satu ketika dahulu akan tetapi tidak menyebut nama kawannya itu. Kisah ini adalah kisah benar dan saya tidak sabar untuk mencoretkan didalam blog sebagai bacaan umum. Beliau juga telah mengamanahkan kepada saya untuk menyebarkan kisah ini utk pedoman semua. Beliau juga mengamanahkan saya untuk menggunakan nama sebenar suaminya iaitu Dato Che Azman. 

Apabila bertemu dengan beliau pada malamnya, dia nampak tenang dan menyatakan hasrat untuk mengambil simpanan diatas nama suaminya dan nama datin tersebut sebagai penerima hibah. Lantas, dia menunjukkan satu set document yang menyatakan jumlah duit didalam akaun suaminya yang berjumlah tidak kurang dari RM1 juta secara total. Datin berkenaan menyatakan hasrat untuk mengambil hibah diatas nama suaminya dan meletakkan namanya sebagai penerima hibah. Jumlah hibah yang diperlukan adalah RM1 juta !!! 

Tanpa banyak bicara, saya terus membuat quotation dihadapan beliau sbb saya tiada maklumat awal berkenaan suaminya memandangkan pertemuan ini adalah secara drastik. Sedikit maklumat berkenaan dengan profile dato berkenaan 

  • Nama Suami            : Dato Azman Che Azman
  • Umur                        :45 tahun,
  • Pekerjaan                  :business man
  • Merokok atau tidak  : Merokok
  • sukan                        : aktif dalam golf dan marathon

Setelah siap quoataion tersebut, saya menunjukkan kepada beliau. Secara ringkasnya adalah seperti dibawah:- 


Setelah melihat quotation diatas yang telah saya terjemahkan didalam sale tool, terus saya terangkan kepada datin berkenaan secara terperinci Perinciaannya adalah seperti dibawah:- 

  1. Premium athunan yang diminta oleh datin tersebut adalah RM100,000.00 
  2. Mode of payment : tahunan 
  3. Policy term : Untuk package ini, perlindungan insurance yang diberikan adalah untuk 20 tahun sahaja 
  4. Payment term : datin tersebut memilih untuk pembayaran ditolak dari akaun suaminya utk 10 tahun 
  5. Utk pembayaran 10 tahun, jumlah death coverage adalah sebanyak RM3,347,000.00
  6. package ini akan menjadi wave atau tidak perlu bayaran sekiranya dato berkenaan mengidap penyakit kritikal dalam tempoh premium berjalan iaitu 10 tahun. 
  7. sekiranya dato tersebut tidak meninggal dan hidup sampai tempoh matang 20 tahun, maka kebarangkalian dato berkenaan akan mendapat balik wangnya sebanyak RM875K (berdasarkan 5% fund performance), RM1.75 juta (berdasarkan 10% fund performance) atau RM2,67 juta (berdasarkan 15% performance) 

Datin tersebut bertanyakan apa itu waiver. 
Waiver berkenaan membawa maksud andai kata husband dia mengidap penyakit kritikal dalam tempoh 10 tahun sebagai contoh pada tahun ke 5, dato kena jantung, maka pembayaran seterusnya tidak diperlukan sehingga tempoh 10 tahun. Datin terebut mengangguk faham. 

Bagaimana pula suami saya mati dalam tempoh 10 tahun? soalnya. 
Aku menjawab, datin akan mendapat sebanyak RM3,347,000.00 secara HIBAH dan tiada mahkamah syariah dalam malaysia yang boleh against keputusan HIBAH ini. Datin tersebut tersenyum. 

Lantas, dia membuka cerita. 

Husband dia iaitu Dato tersebut telah curang dengan dia dengan berkhawin satu lagi dengan perempuan lain, dan yang menjadikan hati datin tersebut sakit adalah, isteri kedua yang dinikahi suaminya itu berumur 33 tahun itu dibelikannya sebuah condo yang terletak di Mont Kiara. Betambah remuk hatinya apabila mendapat tahu bahawa perkhawiman tersebut tanpa diketahuinya dan telah menjangkau 8 bulan. ... saya hanya diamkan sahaja ketika dia bercerita. 

Lantas, dia melahirkan rasa kekecewaannya itu pada sahabatnya dan dia mengesyorkan datin ini membuat saving plan keatas nama husbandnya dan menghibahkan segalanya keatas nama datin tersebut. Bukan itu sahaja, selepas process ini selesai, datin akan membuka 3 lagi akaun keatas nama anaknya yang mana nama datin tersebut sebagai trustee. 

Sebelum datin tersebut berjumpa dengan saya, dia ada bertanyakan hal harta semua dengan pejabat agama, berapakan dia dan anak-anak dia akan dapat sekiranya suaminya telah meninggal. Disebabkan itu lah, datin berkenaan ada menunjukkan kepada saya jumlah duit didalam hampir kesemua akaun suaminya, tidak kurang dari RM1 juta. 

Hasil perkongsian datin tersebut dengan pejabat agama berkenaan dengan agama, dibawah ini adalah kiraan pembahagian harta yang akan diperolehi sekiranya suaminya meninggal 

  • 2 isteri : 12/96 
  • ibu kepada suaminya : 12/96
  • 2 anak perempuan (pasangan datin dan suaminya) : 34/96 
  • 1 anak lelaki (pasangan datin dan suaminya) : 34/96

Katakan dato meninggalkan harta bernilai RM10,000,000.00, maka kiraan tersebut adalah seperti dibawah 

  • 2 isteri, setiap sorang akan mendapat: RM625,000.00 
  • Ibu kepada suaminya akan mendapat: RM1,250,000.00
  • 2 orang anak perempuannya akan mendapat setiap sorang: RM1,770,833,33 
  • 1 anak lelakinya akan mendapat: RM3,541,666,67 

Sebagai seorang isteri, apakah perasaan tuan melihat pembahagian harta tersebut dikongsikan kepada isteri keduanya, apabila org yang bersusah payah yang membantunya adalah saya siang dan malam. --- dia dah start nangis. Aku hanya mendiamkan diri. Jauh disudut hati kecil aku, aku meletakkan bahawa bahawa datin ini betul dan suaminya salah. 

Setelah hampir 3 jam duduk berbincang pasal package simpanan ini termasuk dengan mengisi borang secara online, saya memberitahu kepada datin tersebut yang saya perlukan tandantangan suaminya beserta salinan kad pengenalan. Dia kata minta saya dtg kepejabat suaminya pada esok (10/06/2022) pada jam 8 malam atau lepas solat Isyak. 

ketika aku jumpa husband dia tadi, tak banyak ckp, cuma dia tanya berapa isterinya akan dapat apabila dia mati kelak. Dengan jujur saya kata lebih kurang RM3 juta. Dia mengangguk perlahan. 

Jujur saya katakan, penampilan dan raut wajah dato terbabit memang good looking, tak terlalu tinggi, tidak berisi dan struktur badan memang tegap, wajah dgn tiada jambang tapi ada misai dan janggut yang bercantum dan juga berkulit putih dan rambut yang tersisir rapi. Memang package lengkap kalau seorang perempuan atau janda memang mudah terpikat. 



Datin tu juga ada memberitahu bahawa, curang itu bukan kebetulan, tetapi suaminya memilih untuk curang. Aku hanya mengangguk perlahan. Memang itu adalah pilihan bukan secara "ter" "ter" "ter" ni.

Datin tu juga ada memberitahu bahawa ada kelainan sikap suaminya beberapa bulan kebelakangan ini terutama suka bangun pagi, bersenam, marathon, suka dengar muzik lagi rindu rindu cinta cinta ini, dah pandai pakai perfume mahal mahal dan soft, rokok pun kdg hisap dan kadang tak, pakai pomed minyak rambut, penampilan jaga amat rapi atas alasan ada jumpa org kenamaan utk projek itu ini, dan yang paling ketara, ada meeting outstation setiap hari jumaat sampai ahad. Tak pernah miss. 

Diakhiar pertemuan, datin tersebut memberitahu agar kisahnya dicoretkan didalam blog saya ini supaya menjadi panduan dan juga pedoman kepada semua wanita diluar sana. Beliau juga memberitahu saya agar menyarankan setiap wanita yang tahu bahawa suami mereka ada kemampuan dari segi kewangan seperi suaminya untuk memaksa suami mereka mengambil hibah sampai juta juta ini sebagai perlindungan diri dan anak anak andai kata suami meninggal dunia. Setidak tidak, tiada siapa boleh rebut duit hibah ini dari diri para isteri. Beliau juga menyarankan bahawa jadikan dirinya sebagai contoh untuk tidak selalu ditindas. 

Ditanya kalau benar suaminya telah meninggal dunia, bagaimana pula dengan faraidh tersebut? katanya ringkas, kalau sy dah dapat RM3 juta, adakah saya nak heran dengan jumlah RM625,000.00 tersebut. Kalau bini no dia nak duit RM625k tu, dia uruskan lah sendiri semua harta suaminya kesayangannya itu. Ingat murah nak kena bayar utk uruskan faraid lagi lagi harta yang byk mcm tu. Saya tak akan amik tau pasal harta tersebut. Cukuplah dengan RM3 juta tersebut. Saya boleh manage. 

Dan hari ini 10/06/2022, saya berjaya menyelamatkan maruah seorang isteri beserta dengan anak-anaknya dengan membantunya membuatkan hibah keatas namanya diatas kecurangan sikap suami yang tidak amanah dan reti bersyukur. 

Akhir dari saya, 
Kisah ini saya coretkan sebagai panduan, dan juga iktibar. Kisah ini saya kongsikan adalah untuk memberitahu bahawa kisah ini bernar dan langkah awal yang perlu diambil oleh diri seluruh wanita di Malaysia ini untuk memastikan hak mereka sebagai isteri sentiasa terpelihara terutama selepas kematian suami. Hibah bukan perkara mainan, maka tunaikanlah tanggungjawab anda untuk memastikan pasangan hidup anda mendapat perlindungan hibah yang secukupnya meskipun anda tidak curang. Hibah bukan sahaja utk persediaan bagi yang akan dicurangi, akan tetapi ianya adalah tanda kasih sayang suami keatas isterinya. 

Hibah untuk semua bangsa, bukan sahaja bangsa melayu islam. Kerana konsep hibah adalah, wang hanya boleh dituntut oleh orang yang dinamai sahaja didalam polisi insurance suami. Tiada halangan yang boleh menghalang hibah dari terus sampai kepada penerima yang telah dinamai. Maka buatlah hibah wahai para isteri.

Sekian, terima kasih. 

KhairulNizam Mohayan 
Trusted 
Insurance Consultant 
Hong Leong MSiG Takaful (HLMT) 
Hong Leong Assurance (HLA)