Tarikh kejadian : 09/06/2022
Pada tarikh diatas, saya telah menerima panggilan dari seorang datin katanya untuk membuat hibah diatas nama suaminya yang bergelar dato. Katanya, beliau mendapat no telefon adalah dari sahabatnya yang juga pernah mengambil hibah dengan saya satu ketika dahulu akan tetapi tidak menyebut nama kawannya itu. Kisah ini adalah kisah benar dan saya tidak sabar untuk mencoretkan didalam blog sebagai bacaan umum. Beliau juga telah mengamanahkan kepada saya untuk menyebarkan kisah ini utk pedoman semua. Beliau juga mengamanahkan saya untuk menggunakan nama sebenar suaminya iaitu Dato Che Azman.
Apabila bertemu dengan beliau pada malamnya, dia nampak tenang dan menyatakan hasrat untuk mengambil simpanan diatas nama suaminya dan nama datin tersebut sebagai penerima hibah. Lantas, dia menunjukkan satu set document yang menyatakan jumlah duit didalam akaun suaminya yang berjumlah tidak kurang dari RM1 juta secara total. Datin berkenaan menyatakan hasrat untuk mengambil hibah diatas nama suaminya dan meletakkan namanya sebagai penerima hibah. Jumlah hibah yang diperlukan adalah RM1 juta !!!
Tanpa banyak bicara, saya terus membuat quotation dihadapan beliau sbb saya tiada maklumat awal berkenaan suaminya memandangkan pertemuan ini adalah secara drastik. Sedikit maklumat berkenaan dengan profile dato berkenaan
- Nama Suami : Dato Azman Che Azman
- Umur :45 tahun,
- Pekerjaan :business man
- Merokok atau tidak : Merokok
- sukan : aktif dalam golf dan marathon
Setelah siap quoataion tersebut, saya menunjukkan kepada beliau. Secara ringkasnya adalah seperti dibawah:-
- Premium athunan yang diminta oleh datin tersebut adalah RM100,000.00
- Mode of payment : tahunan
- Policy term : Untuk package ini, perlindungan insurance yang diberikan adalah untuk 20 tahun sahaja
- Payment term : datin tersebut memilih untuk pembayaran ditolak dari akaun suaminya utk 10 tahun
- Utk pembayaran 10 tahun, jumlah death coverage adalah sebanyak RM3,347,000.00
- package ini akan menjadi wave atau tidak perlu bayaran sekiranya dato berkenaan mengidap penyakit kritikal dalam tempoh premium berjalan iaitu 10 tahun.
- sekiranya dato tersebut tidak meninggal dan hidup sampai tempoh matang 20 tahun, maka kebarangkalian dato berkenaan akan mendapat balik wangnya sebanyak RM875K (berdasarkan 5% fund performance), RM1.75 juta (berdasarkan 10% fund performance) atau RM2,67 juta (berdasarkan 15% performance)
Lantas, dia membuka cerita.
Husband dia iaitu Dato tersebut telah curang dengan dia dengan berkhawin satu lagi dengan perempuan lain, dan yang menjadikan hati datin tersebut sakit adalah, isteri kedua yang dinikahi suaminya itu berumur 33 tahun itu dibelikannya sebuah condo yang terletak di Mont Kiara. Betambah remuk hatinya apabila mendapat tahu bahawa perkhawiman tersebut tanpa diketahuinya dan telah menjangkau 8 bulan. ... saya hanya diamkan sahaja ketika dia bercerita.
Lantas, dia melahirkan rasa kekecewaannya itu pada sahabatnya dan dia mengesyorkan datin ini membuat saving plan keatas nama husbandnya dan menghibahkan segalanya keatas nama datin tersebut. Bukan itu sahaja, selepas process ini selesai, datin akan membuka 3 lagi akaun keatas nama anaknya yang mana nama datin tersebut sebagai trustee.
Sebelum datin tersebut berjumpa dengan saya, dia ada bertanyakan hal harta semua dengan pejabat agama, berapakan dia dan anak-anak dia akan dapat sekiranya suaminya telah meninggal. Disebabkan itu lah, datin berkenaan ada menunjukkan kepada saya jumlah duit didalam hampir kesemua akaun suaminya, tidak kurang dari RM1 juta.
Hasil perkongsian datin tersebut dengan pejabat agama berkenaan dengan agama, dibawah ini adalah kiraan pembahagian harta yang akan diperolehi sekiranya suaminya meninggal
- 2 isteri : 12/96
- ibu kepada suaminya : 12/96
- 2 anak perempuan (pasangan datin dan suaminya) : 34/96
- 1 anak lelaki (pasangan datin dan suaminya) : 34/96
- 2 isteri, setiap sorang akan mendapat: RM625,000.00
- Ibu kepada suaminya akan mendapat: RM1,250,000.00
- 2 orang anak perempuannya akan mendapat setiap sorang: RM1,770,833,33
- 1 anak lelakinya akan mendapat: RM3,541,666,67
Setelah hampir 3 jam duduk berbincang pasal package simpanan ini termasuk dengan mengisi borang secara online, saya memberitahu kepada datin tersebut yang saya perlukan tandantangan suaminya beserta salinan kad pengenalan. Dia kata minta saya dtg kepejabat suaminya pada esok (10/06/2022) pada jam 8 malam atau lepas solat Isyak.
ketika aku jumpa husband dia tadi, tak banyak ckp, cuma dia tanya berapa isterinya akan dapat apabila dia mati kelak. Dengan jujur saya kata lebih kurang RM3 juta. Dia mengangguk perlahan.
Akhir dari saya,
Kisah ini saya coretkan sebagai panduan, dan juga iktibar. Kisah ini saya kongsikan adalah untuk memberitahu bahawa kisah ini bernar dan langkah awal yang perlu diambil oleh diri seluruh wanita di Malaysia ini untuk memastikan hak mereka sebagai isteri sentiasa terpelihara terutama selepas kematian suami. Hibah bukan perkara mainan, maka tunaikanlah tanggungjawab anda untuk memastikan pasangan hidup anda mendapat perlindungan hibah yang secukupnya meskipun anda tidak curang. Hibah bukan sahaja utk persediaan bagi yang akan dicurangi, akan tetapi ianya adalah tanda kasih sayang suami keatas isterinya.
Hibah untuk semua bangsa, bukan sahaja bangsa melayu islam. Kerana konsep hibah adalah, wang hanya boleh dituntut oleh orang yang dinamai sahaja didalam polisi insurance suami. Tiada halangan yang boleh menghalang hibah dari terus sampai kepada penerima yang telah dinamai. Maka buatlah hibah wahai para isteri.
Sekian, terima kasih.
KhairulNizam Mohayan
Trusted
Insurance Consultant
Hong Leong MSiG Takaful (HLMT)
Hong Leong Assurance (HLA)